Berkampung di DEMC lg

Hujung bulan lepas temankan suami kt ward 302, starting smlm temankan cik mek sorang ni plak kat warf 413. Dalam masa dua bulan, saya terpaksa 'bercuti' kt sini.

Hilda diagnosed as bronchitis. Hmmm mmg penyakit budak budak kecik zaman sekarang kan? Start dengan demam last week, weekend dia happy and ceria. Masuk hari Isnin minggu ni dia start batuk dan selsema plak. Kami ulang bawa dia je Klinik An Nisa. Doc kata paru paru dia dh start berbunyi. Dan sebab demam yg berulang since minggu lepas, maka Doc minta buat blood test. Hasilnya platlet darah putih semakin naik, platlet darah merah nampak gak cair dan memang ada bacaan utk jangkitan virus. Sorry, mama tak reti cerita dlm bahasa medical. So Doc referkan Hilda kat Paed DEMC. Doc memang suruh kami standby baju sebelum bawak ke DEMC, sebab possibility utk kena warded tu ada.

So balikla rumah jap, amek baju dan keperluan lain. Kt DEMC, jumpa dengan Doc Koshi. Ceria amat Doc Koshi ni. Pandai dia amek hati budak budak. Doc check here and there lagi sekali dan memang dia suruh Hilda masuk ward utk treatment nebuliser dan fisioterapi. Kami dah pernah experience the same thing time Hannah dulu.

Dan mula lah lepak kt DEMC. Budak ni tetap ceria dan aktif! Tak dok diam dia explore bilik baru, main cak cak kt langsir, panjat side table.

Alhamdulillah, pagi ni selepas 6kali sesi nebuliser dan 1sesi fisioterapi, Hilda dah tak batuk batuk teruk lagi. Tidur pon lena. Even tengah kena neb malam td, dia nyenyak je tidur.

Insya allah, dia akan recover soon.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Pureen Warehouse Sale 2012

Salam Isnin!!

Alamak! Kenapa blogger dh berwajah baru?? Terkial-kial jugak tadi nk familiarkan button-button yg biasa. Tapi takper lah, perubahan memang selalu terjadi dalam hidup kita kan, so accept dengan redha :) Lama-lama nnt surely boleh get used to it :)

So hari ni nk update story pasal sales Pureen Sabtu lepas. Anakanda bertiga kena pegi sekolah setengah hari. Seb baik memang dalam seminggu ni, takde cakap kt dorang terutama Hannah, yang mama nk pegi sale. Kalau bgtau konpom dia nak ikut.

Very No No lah kalau tempat macam ni nak angkut korang bertiga nak oi!



Breakfast dulu kt Al-Wadud sebelum tinggalkan dorang kt Taska.. 8.30am terus gerak ke Summit, PJ. Sampai dalam kol 9am, memang dh sesak jalan dekat Summit, penuh orang yg tengah beratur nak masuk ke dalam sale. Huhu meriah! Parking pon memang of course penuh di area berhampiran, so kami parking dekat dengan stesen minyak Caltex. Amek masa sket nk berjalan ke Summit, masa ni Summit dah bukak, so tak crowded dh kt luar.

Masuk dalam, bahagian diapers, botol susu, toiletries masih kosong. Tapi dekat kawasan baju, penuh!! Suami tak rela nk masuk, so saya je lah yg bertungkus lumus meloloskan diri utk menghampiri rak baju. Mak aiii!! Rapatnya orang lebih rapat dari sardin dalam tin! Nak berjalan melintas orang, memang kena ada skill menyelit. Sampai dekat rak, hampa sebab semua dah kosong!! Rak baju yg RM10-RM15 jer yg ada byk choice. Amek juga la sehelai dua. Pusing lagi sekali carik, phewww berpeluh peluh gak la nak meredah. Masalahnya semua rak kosong..Uwaaa! Rasa nak nangis je.

Saya keluar nak cari suami, otw tu nampak di kiri kanan, makcik-makcik dengan 3-4beg penuh baju tengah pilih baju mana berkenan dihati. Owhh macamni rupanya taktik dorang. So saya tunggu juga sambil tanya, ada ke yg makcik-makcik ni taknak.

So dari unwanted bag jer lah saya dok gali dan pilih. Alhamdulillah, ada jugak lah yg berkenan dihati. Ada banyak juga la seluar baju harga RM3 yg dapat saya ambil. Jadi baju yg harga RM15, saya letakkan semula..

3-4 spot jugak la saya berhenti dalam pencarian baju murah-murah ni. Bila bangun rasa mcm nk pitam je. Hihi. Agak-agak dh cukup, ajak suami pegi bayar...tapi dia suruh take time dan carik lagi dalam beg-beg yang ada kt sepanjang jalan tu..

Dan akhirnya, saya dh malas lagi dah nak menggali, saya ajak juga dia pegi bayar. Suami sempat ambil wet tissue, head to toe wash dan sekotak baby gift utk kawan dia. Sementara beratur tu, sempat juga saya melencong ke rak botol susu.

Tu dia tengok barisan. Dari hujung entrance, dan saya berada dihujung sebelah sini. Amek masa 1jam setengah juga sebelum sampai ke kaunter bayaran. Sepanjang berbaris ni pon saya boleh nampak ada lagi beberapa beg unwanted ditinggalkan ditengah jalan. Aduhaiii kesiannya baju-baju ni dan juga orang yg datang menjelang tengahari sbb memang pilihan dh semakin sikit.



1.10pm setel buat bayaran. Saya spend Rm275 hari tu. Puas hati sebab dpt banyak juga baju untuk Hilda. Lupa nk kira berapa pasang. Memang target nak carik baju untuk Hilda. 2 pasang  untuk Hadif, dan 2 helai je baju utk Hannah. Botol sorang satu je :) Seb baik kakak dgn abang tak banyak soal kenapa baju adik yang banyak :)


Masa gotong royong lipat baju pagi semalam, dh selamat beberapa helai baju lama Hilda masuk tong sampah. Memang dh lusuh sgt, so dh takde rasa sayang nk simpan lagi. Buat lap-lap kt dapur tu je lah nnt. :)

Overall memang berbaloi. Next time kalau terasa nk pegi lagi, harus bergerak dari rumah lebih awal, supaya saya boleh masuk awal dan boleh jadi antara kategori 'makcik-makcik' yg kaut semua baju masuk beg dorang tu!!!! Hahahha!!



 

Pureen Warehouse Sale

Esok nak pegi Warehouse Sale Pureen YEAY!!!

Suami dah setuju nak pegi. Anak-anak mama tinggal kt taska kejap yer..Tak sesuai nak bawak korang ikut sama. Kang misi mama tak tercapai.. Misi utama nk carik baju untuk Hilda. Last shopping baju dia raya tahun lepas. Huhuhu kesian..Mama pon dh bosan tengok baju2 yg dia pakai tiap hari. Untuk kakak dgn abang, bonus la kot kalau ada. Rasa-rasa mcm banyak baju utk baby compare to toddler, kan?

Hehe excited!! 1st time nk sampai sane.


Untuk sarapan dan untuk lunch dan untuk diner

Ini breakfast semalam dan hari ni. :)

Cinch tea mix

ESP campur Holicks

Lunch kelmarin dan semalam tiada gambar adalah menumpang puak-puak yg sedang bertraining..makan jugak walaupon saya tak training haha! Alhamdulillah rezeki 2 hari jimat belanja.

Lunch hari ni juga tiada gambar, makan asam pedas ikan tenggiri yg agak lain rasanya dari asam pedas pari kepunyaan Ayu yg sungguh sedap. HukHukHuk jenis ikan je berbeza, tp kenapa tukang masak asam pedas pari lebih istimewa??? Harganya sama, RM10..rasa kuah dan saiz ikannya sungguh berbeza. Baru je nk cuba sesuatu yang berbeza..dh diuji dgn ketidakselesaan seperti ini. Nampaknya lepas ni kena order asam pedas ikan pari semula lah mcm dulu-dulu.

Diner semalam adalah lauk sardin dan telur dadar, diner hari ni masih kupikirkan apalah nk dimasak nanti.

Sekian entry makan hari ni. :)



Demam lagi

Ehem, patutnya entry semalam jadi entry hari ni sebab post gambar saje kan. Hihi.

Jawapannya adalah manjakaki. Eh manjakani lah. Clap clap clap pada peneka yg betul. Since its not a quiz, so takdak hadiah ye. Apepon tahniah pada peneka yg tembak tepat :) Takdek motip pon, saje nk cuba petua lama, walaupon memang dah amalkan Afalfa Complex untuk tujuan yang sama. Tujuan apakah??
I taknak cerita kt sini. Sape nk tau, meh emel eh hihihi!

Cik Hilda Da-Da cikgu panggil, atau Hil-De bak panggilan Abg Hadif, demam lagi. Demam tanpa selsema dan batuk. Dah pegi bawak ke klinik pon, lepas diner..Tapi dari kejauhan nampak ramai sungguhla orang kt dalam tu. Jadi kami berpatah balik kerumah sebab bila dibelek-belek anak dara sorang ni, dia adalah sangat ceria gelak ketawa gurau berjoget goyang kepala dgr lagu kat radio. Mama assume dia ok jer. Tak sangka pulak menjelang malam hari, temperature naik semula dan bermula la episod tak selesa dia. Sape lagi yg kena bertugas kalau bukan mama.

Huhu.. so pagi tadi bawak ke klinik semula. Since dh masuk hari ketiga dia on-off panas badan ni, doktor terus prescribe antibiotik untuk 2 hari. Dia risaukan if ini demam denggi, so hari Jumaat nanti dia suruh datang untuk cek darah pulak. Harap anak mama tak sampai tahap tu.


So start today, Mama kena on Nutriferon setiap hari untuk bantu trigger sistem imun Hilda. Ahahaha sori lah kawan-kawan, i dah addicted to Shaklee, so maybe memang akan sokmo lah ada mention nama-nama produk tu hihihi..Jangan boring tau! :P



Apa ni?

Diterbangkan khas dari Nusantara. Hihi.



Rahsia Tahi Lalat

Rahsia Disebalik Tahi Lalat Pada Tubuh Badan.

Rahsia Tahi Lalat Pada Bibir atas kiri - Ramai kawan, baik hati...

Hmmm rahsia tahi lalat sementara ngn tahi lalat kekal, agak-agaknya sama tak??? Hhihi.

Tak nampak??? Coba kalians close up sket. Nampak tak tahi lalat atas bibir belah kiri yang tidak berwarna hitam tu? Saya dh tutup ngn concealer tebal-tebal kasik jadi nude colour. Heh!! Tak lah, gurau je, itu sebenarnya jerawat seketul yang mula berjinak-jinak bermanja kat atas bibir saya since hari Jumaat lepas. Tak seronok hokeh ditumbuhi jerawat!


Semalam saya dh dapat kasut baru. Sejam pikir nk beli atau tak kasut yg lain dari kebiasaan. Kebiasaan saya adalah sandal/kasut warna hitam/coklat saja. Tetiba smlm sgt tertarik dgn kasut yg ini, ada kaler pink!! First time nih! Sementelah kasut yang lain terlalu tinggi bebenor. Tak sesuai utk mak budak ni pakai sambil nk dukung-dukung anak nanti. Jadilah untuk buat pakai dengan baju-baju kurung yang sesuai matching colournya. Yang tak matching, kita biar je dalam almari takyah pakai. Maklumla pakai baju kurung takat 1 atau 2 kali seminggu je. Kalau pakai seluar jeans, sarung aje Memory Cushion lama tu.

Lalalalalallaaaa...




Published with Blogger-droid v1.7.4

13 April 12 : Hilda Setahun Sebulan

Owhh baru perasan, dh 13 April 2012 rupanya hari ni. Maknanya cik Hilda Marissa turns 1 tahun 1 bulan sudah. Mama boleh pulak lupa yg budak umur satu tahun ada suntikan imunisasi! So walaupon dah cecah setahun sebulan, Hilda tak pi klinik utk injection lagi. Hihi bz apentahlah mama saya tu, kata Hilda.



Takpe dik, ready kan peha atau montot tu esok..kita pi cucuk esok ye..

As at today, Hilda masih belum pandai berjalan lagi. Bangun untuk berdiri dgn sendiri pon belum lagi. Masih kena berpaut pada kerusi. Cemana nk cepat jalan, asal nampak mama, mintak dukung. Kalau mama tak dukung dia marah. Mama malas nk dengar dia marah, so mama dukung je la. Baik kan mama tu. hihi!

Tapi dia dh semakin faham arahan. Kalau cakap nak mandi, dia buat percubaan bukak baju. Semalam cikgu kt TDI cerita, bila cikgu cakap nk ajak mandi, dia pegi amek beg dia..

Pagi-pagi weekdays, dia paling kerap bangun awal compare kakak dengan abang. So mama tugaskan dia kejutkan kakak dgn abang. Gembira je muka dia gelak-gelak sambil korek mulut abang suruh bangin tidur. Yang pasti bila adik yang kejutkan, kakak dan abang boleh bangun dengan ceria sbb adik muka happy sangat di pagi hari. Cuba mama yang kejutkan, memang byk alasan takmo bangun. Huhh!!

Dah pandai mintak air, waktu makan. 'Nak air...!!" Dia jerit kalau nampak mama pegang cawan. Tapi, sambil pegang tapuwe biskut pon dia bagi tau 'nak air' jugak, padahal dia nk biskut! Hihi comel!

Dah pandai jugak bergaduh dgn abang. Abang kan kuat menyakat. Apa adik pegang, dia pon sibuk nk kacau. Menjerit lah si kecik ni. Dan datang lah rescue ranger Hannah Marissa yg garang menyelamatkan adiknya.

Rambut Hilda yang jarang jugak dh semakin panjang. Rambut dia memang beza dengan kakak yg lebat, hitam dan lurus. Hilda opposite. So aunties imaginelah sendiri ye :)

Ok dik, mama rasa malam ni nak g beli kek je. Hihihihih mama mmg over, birthday/date orang lain, dia yg beria nk makan kek.



Hadif the big brother

My only son nih, insya allah akan genap 3 tahun bulan depan. Papa selalu cakap abang Hadif 'anak mami'~lahir kat Penang kan :)

Makin besar, makin tinggi dan makin byk akal dia ni. Suka sangat buat vocab sendiri yang mencuit hati. Ajaran dari embah bila balik kampung "Hadif - kodip" Hihi.

Tak aci lah kalau dia sorang ada nama gelaran, dia bagi kakak jugak "Hannah - kona". Bila gabung idea dengan kakak jadi pulak "Hilda - koda", "Mama - koza" dan "Papa - kodin" Hahaha.. serius tergelak kalau time dorang tengah potpet berdua pasal nama masing-masing. Adoyaiii kan, mama perah otak pikir nk bagi nama sedap makna elok kt korang.

Vocab lain yang Hadif sorang je tau maknanya "apak-kembeng".. Sapa paham, tolong angkat tangan!! Haha!
Mama dia ni pon tak tau apa maknanya. Bosan bosan dia akan cakap perkataan takde maknanya tu. Bila tanya apadia, dia senyum saje.. last-last dia cakap "mama kembeng"

Dengan kakak Hannah dia selalu ajak bergaduh. Tengok la gambar tu. Ntah apa dia cakap sampai kakak nangis merajuk. Memang dh jadi kawan ketawa menangis bersama la dorang berdua ni.


Tapi bila dgn adik, memang cukup sayang. Nak minum susu carik telinga adik, nak tidur carik tangan adik. Nak mandi pagi pon kena jugak kejutkan adik, sbb dia nk mandi dengan adik. Tapi kadang-kadang saja jugak dia lepakkan tapak kaki dia kt kepala adik.

Adik bila nampak abang, terus senyum girang.


Mama, perasaan selalu berbaur. Gembira, suka, seronok bila mereka ada depan mata. Kadang-kadang emosi terganggu juga, mama jadi sedih, tertekan dan celaru bila anak-anak tak nak dengar cakap mama.
3 lawan 1 kan. Adat lah melayan ragam anak-anak. Semoga mama berkesempatan melihat mereka membesar dan berjaya di dunia dan akhirat. Amin.

Published with Blogger-droid v1.7.4

Wajah baru K3S

Akhirnya siap juga projek renovation blog K3S ni. Amek masa jugak sebab maybe designer agak busy. Apepon saya suka dgn rumah baru saya. Rasa seronok jer nk update blog nnt.



Jemput singgah yer. Laagi selalu singgah lagi bertambah ilmu pengetahuan kalian tentang kesihatan :)

Buat para ibu bapak kt luar sana, bulan ni K3S ada buat promotion, satu produk yang SUPER-BEST untuk anakanda kalian. Sesuai sgt utk semua anak-anak yg umur atas setahun, utk anak2 yg sedang aktif membesar dan especially anak-anak yg ada problem kurang selera makan, memilih makan, sering demam dan selsema, nampak tak aktif dan sembelit. Mak bapak yang ada masalah yg sama mcm ni pon, boleh juga ambil.

Saya sangat mencadangkan lah bagi anak-anak minum Mealshake ni utk atasi masalah dorang tu. 1/2 sudu teh sehari dah memadai. Memang ramai yg dah cuba sangat berpuas hati dengan taraf kesihatan dan selera makan anak dorang..



Grab one canister sementara tengah promo nih. Promo setahun sekali..lepas ni kena beli harga asal balik laaa.
Hehehhe..promosi jap kt sini. Nnt saya update kesah lain pulak


Kasut

Blur blur blur..

Esok cuti. Seronoknya kalau dapat ukur keluasan mana-mana shopping complex.. kan? Dah lama tak jd juruukur macamnih. Huhu!

Cadang-cadang nk carik sandal cantik sebab dh sekian lama kaki ni tak sarung sandal ala wanita ayu. Hari-hari sarung 'memory cushion' tu je, sampai dh almost lunyai. Nak buat macam mana, sbb memang selesa, so itu lah satu-satunya alas kaki yang akan digunakan utk kemana-mana. Hatta pakai baju kurung pegi opis pon akan sarung dia jugak. Hmm tak berapa cantik dipandang tp selesa buat tuan punya kaki. Belasah aje lah.

Oklah, saya nk berfikir kejap nih. Hihi!

Bila nk tidur.

Tiap hari time nk tidur, saya arahkan anak-anak amek tempat masing-masing. Saya dan Hilda ditengah-tengah antara Hannah dan Hadif. Bila saya letak Hilda sebelah Hannah, Hadif menangis. Sebab dia nk baring sebelah Hilda sambil gentel telinga adik. Kena la saya pujuk Hannah supaya mengalah.

"Hannah tidur sebelah mama la best kan, Dapat peluk mama. Ni mama tengah nenen adik belah sini, nnt dia dh kenyang dia nenen belah Hannah pulak, boleh la Hannah peluk adik"
"OKlah, peluk mama lagi best kan?" Aman.

Bila saya letak Hilda disebelah Hadif, Hannah mogok.. Kena lah pujuk Hadif supaya mengalah dengan kakak.
"Abg tidur sebelah mama la ye. Lagi best kan"
Dia jawab "Tak best"
Kakak sampuk "Adik kenalah tidur dgn kakak, sebab adik girl. Hadif tunggu la adik boy Hadif keluar. Baru la Hadif tidur dgn adik boy!!"

Hahahaha oh NO NO NO!!!


Projek Yummy-healthy Mealshake icecream dipagi hari

Salam Jumaat!

Pagi ni nak share keterujaan saya. Maklumla first time nk buat ice-cream ni. Selama ni asek beli je kan.
Alang-alang tengah ada promosi Melashake kt Kedai TripleS saya tu, saya pon pikirkan la lagi apa cara nk pelbagaikan cara berMealshake. Selain bancuh dgn plain water dan campur dalam milo/horlick..

So timbul la idea nk buat ice-cream dengan stok Mealshake kt rumah tu. Google lah resepi klik klik senang je dapat resepinya. Cuma krimer yang dalam resepi dorang tu saya tukar pada Mealshake. Lagi sihat dan berkhasiat gitu. Baca fakta Mealshake. 

Aiskrim ni kalau jual kt kedai, mau harga dia lagi mahal dari Magnum kot :)

Jom tengok apa bahan-bahan yang diperlukan.


1) Mealshake
2) Susu low fat
3) Milo (sebab nk buat ala-ala ice cream coklat)
4) Biskut oreo

Cara-cara : (Ceduk resepi kt myresepi.com)

-Masukkan 2 1/2 cawan susu segar ke dalam blender.
-Campurkan 3 sudu Mealshake, dan 2 sudu Milo
-Masukkan 3 keping biskut oreo. (tak perlu masukkan gula sebab biskut ni dah manis)
-Blenderkan sekejap sampai biskut hancur.
-Masukkan dalam bekas dan bekukan.
-Tunggu selama 2jam atau sebelum ice cream betul2 keras, blender lagi sekali sambil masukkan pecahan biskut Oreo.
-Bekukan semalaman. Dan siap untuk dinikmati.

Selepas di blender

Siap!!!

Aiskrim saya tadi, tak sempat nk di blender utk kali kedua lagi. Hehe. Tak sempat sebab belum half membeku kan. Takperlah kita kira halal je. Malam ni boleh terus makan je.

Nak bagitau, Mealshake ni memang sangat sesuai utk kids atau sesiapa yg kurang selera makan dan jenis memilih makanan (kanak-kanak atas setahun, remaja, dewasa, orang tua semua boleh). Makan sayur taknak, makan ikan taknak, makan ayam pon taknak. Ntah apa lah yang dia makan. Fast food paling suka kot!

So Mealshake, sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan, lengkap juga dengan 9 jenis asid amino perlu yang badan kita tak dapat hasilkan sendiri, akan melengkapkan rompong keperluan badan daripada habit pilih makanan tadi. Para picky eater sekalian oleh la amek Mealshake as breakfast, minum pagi atau minum la bebila masa korang suka pon. Ahaksss promote jangan tak promote!!!

Haa ni stok Mealshake yang ada. Sape nak satu, angkat tangan!! Bulan ni harga dia murahhhh bangatttt. Nak beli, kontek saya okeh. 



Owhhh esok lusa saya update gambar saya dan anak-anak hadap ice cream Mealshake ni ye.


Dah 4gigi

Tenggelam timbul minggu ni saya dan blog ni. Nak update tetiba rasa blur, terbiar tak update rasa mcm alahai kesiannya blog ku terbiar. So hari ni kasik up sket gambar anak bongsu dah mula ada gigi.


Dah enpat batang gigi dia sekarang. Start tumbuh agak lambat @11bulan plus. Tp sekali dia naik, baru 1tahun 2minggu, sudah ampat gigiku. Makin seronok la dia gigit keropok lekor liat dan mengekah batang saderi. hihi

Haaa, ni pulak acara nk pegi ikut mama hantar vitamin.Gegirl kena la pakai tudung kan, tp Hilda blom ada tudung sendiri lagi. Pinjam kakak Hannah punya.



Mula dipakaikan dia rimas. Tp bila Papa puji kata cantiknyaaaaaa..dia diam tak usik tudung sambil senyum2 hepi. Hehe.

OK tu je. Mama busy sket ni :)


Sudah discharge

Salam.

Alhamdulillah, suami saya dah pon discharge dari DEMC pada hari Sabtu lepas. Berjaya juga kami harungi dugaan macam ni bersama-sama. Saya sekadar menemankan, membantu dan menyediakan apa yang termampu masa dia di hospital. Untuk mengurangkan sakit, terpaksa juga lah dia menanggung sendiri.. Memang sedih bila terpaksa tengok suami menahan kesakitan sendiri.

Sepanjang 3 hari 2 malam kat DEMC, suami menjalani prosedur CT Scan dan juga Gastroendoskopik. CT Scan saya cuma tunggu diluar, time gastroendoskopik saya berpeluang tengok screen. Rupanya suami kena infection dibahagian ususnya. Bermula dari diarhea minggu sebelumnya, berlanjutan sehingga hampir dua minggu dan akhirnya ususnya dijangkiti kuman. Saya boleh nampak kesan 'bruise' atau luka pada bahagian ususnya. Doktor kata, sakit yg dirasa adalah disebabkan bruise inilah.

Kena habeskan 1/2jug air ubat before CT Scan

Kesian suami ku..
Sepanjang 3h2m kt DEMC, saya bawa juga anak-anak melawat suami. Jam 5pm, saya akan balik ke Subang Bestari amek para HM sekalian. Senang nk jawab kalau anak-anak tanya kenapa Papa tak balik. Habis waktu melawat, saya bawa mereka balik rumah, dan tinggallah Papa sorang dalam ward. Macam tu lah rutinnya hari Khamis dan Jumaat lepas.

Sekarang ni suami MC seminggu. (hukhuk bestnya kalau saya pon cuti sama). He is on antibiotic for one week. Doakan dia kembali sihat ye semua. Dan terima kasih atas sms, FB msg etc etc tentang concern kawan-kawan hari tu.






 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®