Hadif the big brother

My only son nih, insya allah akan genap 3 tahun bulan depan. Papa selalu cakap abang Hadif 'anak mami'~lahir kat Penang kan :)

Makin besar, makin tinggi dan makin byk akal dia ni. Suka sangat buat vocab sendiri yang mencuit hati. Ajaran dari embah bila balik kampung "Hadif - kodip" Hihi.

Tak aci lah kalau dia sorang ada nama gelaran, dia bagi kakak jugak "Hannah - kona". Bila gabung idea dengan kakak jadi pulak "Hilda - koda", "Mama - koza" dan "Papa - kodin" Hahaha.. serius tergelak kalau time dorang tengah potpet berdua pasal nama masing-masing. Adoyaiii kan, mama perah otak pikir nk bagi nama sedap makna elok kt korang.

Vocab lain yang Hadif sorang je tau maknanya "apak-kembeng".. Sapa paham, tolong angkat tangan!! Haha!
Mama dia ni pon tak tau apa maknanya. Bosan bosan dia akan cakap perkataan takde maknanya tu. Bila tanya apadia, dia senyum saje.. last-last dia cakap "mama kembeng"

Dengan kakak Hannah dia selalu ajak bergaduh. Tengok la gambar tu. Ntah apa dia cakap sampai kakak nangis merajuk. Memang dh jadi kawan ketawa menangis bersama la dorang berdua ni.


Tapi bila dgn adik, memang cukup sayang. Nak minum susu carik telinga adik, nak tidur carik tangan adik. Nak mandi pagi pon kena jugak kejutkan adik, sbb dia nk mandi dengan adik. Tapi kadang-kadang saja jugak dia lepakkan tapak kaki dia kt kepala adik.

Adik bila nampak abang, terus senyum girang.


Mama, perasaan selalu berbaur. Gembira, suka, seronok bila mereka ada depan mata. Kadang-kadang emosi terganggu juga, mama jadi sedih, tertekan dan celaru bila anak-anak tak nak dengar cakap mama.
3 lawan 1 kan. Adat lah melayan ragam anak-anak. Semoga mama berkesempatan melihat mereka membesar dan berjaya di dunia dan akhirat. Amin.

Published with Blogger-droid v1.7.4

6 words from u:

ibuhebat said...

anak akak yg first n second pun mcm anjing ngan kucing. yg along tu mulut kuat betul menyakat yg abg ngah. Tapi cukup syg dgn adik no.3.. harap2 dah besar dorang rapat n saling sayang menyayangi hendaknya.

Hanis Azla said...

the only son yang punya keistimewaan tersendiri dalam hati mamanya yer.. Semoga Hadif membezar membesar menjadi anak soleh yang membahagiakan hati keluarga..

MAMASUE said...

seronok baca cerita hadif ni...

Iela Fazielah said...

hmm......seronok tgk keletah anak2 kan.... irfan hujung bln ni nak msk 3thn... kejap je rs diaorg dah besar...tp mmg kelakar la hadif.... imaginasi dia inggi..tu pasal di bole pelbgaikan ayat

Atia Adina said...

hadif hadif.....gambar last sekali tu comel lah....sayang sangat kat adik yer???.....

sygDsyg said...

hadif kodip? hahaha same to my lil hero . Hadif Azfar, balik kg, mak ngan pak sedara dok pggl adif kodip ... kira femes gak ar kan nama tuh hihih

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®