Saya tak pernah terfikir yang saya akan terjebak dalam berbisnes pon waktu sekolah or zaman belajar dulu. Yang saya angankan, lepas abes belajar dapat kerja makan gaji. Tiap-tiap hujung bulan ada duit dalam akaun. Kerja best-best gaji pon best.. kononnya lah kan..
Ye lah kan zaman belajar, belum tau betapa hebatnya saingan dlm pekerjaan. Membayangkan yang indah-indah saje. Bila dh grad, dapat lah segulung ijazah tu. Berkonvo bersama pakwe ecececeh.. Bermula lah episod mencari kerja. Bukan senang rupanya. Masa tu, nak dapat peluang dipanggil interview daripada permohohan di Jobstreet adalah agak limited. Mayb sebab masih baru grad. No experience, Pointer pon tak setinggi Gunung Kinabalu. Kompetitor memang ramai.
Setahun saya bekerja di bidang pengkeranian di bumi Kuala Lumpur ni. Kerja sajalah apa yang dapat sebab saya takmau duduk menganggur di kampung. Dalam masa setahun ni, mmg gigih setiap hari apply kerja kt Jobstreet dan website yang seumpama dengannya.
Ermmm, rasa macam panjang pulak kalau nk cerita sejarah saya kerja tu. Pendekkan teruslah pasal SOHO saya ni..Boleh gitu hihih
So selepas hampir 4bulan berkecimpung dalam bisnes Shaklee dan Trial Pack, saya persembahkan My Small Office Home Office. ~ MySOHO.
Masih kecil lagi warehouse saya ni, dan saya target 3-level racking ni akan menjadi Wall Mounted Racking memenuhi ruang bilik kecil yang saya allocate utk simpan semua stok saya.
Ada kawan bertanya, anak-anak tak kacau ke opis saya ni. Buat masa sekarang, mereka memahami. Sesekali masa saya tengah bekerja, mereka akan duduk sama-sama sambil memerhatikan mama. Mungkin satu hari nanti, mereka bakal meluaskan lagi empayar yg mama dh set-up nih :) Siapa tahu kan..
Apa yang saya jual? Bagi yang baru singgah ke sini, saya menjual makanan kesihatan a.k.a vitamins daripada Shaklee. Anda boleh lawati blog Kedai Triple-S untuk bacaan lanjut.
Antara produk yang saya jual. Sesuai untuk semua golongan. Menjaga kesihatan kaum lelaki dan wanita, Tidak ketinggalan warga tua dan kanak-kanak. Fokus juga diberikan kepada golongan yg berusaha mendapatkan anak, ibu mengandung, berpantang dan ibu menyusukan baby.
Bagi yang pernah membeli produk-produk ini, saya akan terus mengforwardkan promosi-promosi yang menarik utk anda. Konsultasi tentang penggunaan produk saya berikan secara percuma. Anda boleh terus keep in touch dengan saya. Anda yang masih belum pernah mencuba, boleh la emailkan saja pada saya apajua kemusykilan anda. Saya tak lokek ilmu punya :)
Terima kasih tak terhingga saya ucapkan kepada semua customer yang telah membeli daripada saya. Kerana andalah saya semakin kukuh berdiri :)
5 Persediaan Untuk Bersalin Yang Ibu Hamil Perlu Buat Supaya Kelahiran Anak
Menjadi Kenangan Terindah
-
Setiap ibu hamil pasti mahukan proses bersalin yang mudah, cepat dan
selamat, kan? Walaupun apa yang bakal berlaku adalah rezeki masing-masing,
namun kita ...
12 words from u:
tahniah lydzar.... mmg kamu berbakat bab berniaga.... akak sokong kamu
teruskan usaha lydzar... : P
wahhhh.....jual shaklee ke babe?....pasni i bole beli from u lah....;-)
eliss memang tak reti nak meniaga, jenis cpt kesian kat orang.hehehe
@Iela Fazielah hehehe berbakat eh..saya cuba-cuba je, alhamdulillah berkenan juga dgn bisnes ni. so nnt kalau akak nk try vitamin utk preggie, or berpantang or breastfeeding nnt, jemput2 la beli dgn saya k :)
@amirah tengs ami..doakan saya berjaya sampai ke puncak cewah
@mrs Fahmi yup dear..jual vits from shaklee. welcome dan marilah bershopping di Kedai Triple S..if nk tau pasal pormosi2 ongoing, emel saje kt saya k
@e.l.i.s.s.m.i.e hehe elis, bakat perlu diasah. insya allah elis pon boleh. cuma sebab belum cuba kan
congrats lydzar..biar kecik tp berhasil.bisnes best dr makan gaji wpon bukan spnjg masa kita diatas...Wat mse skung akk stop dlu amik vitamin n byk makan sayur n byk amik makanan yg kalsium tggi.mmg jagala jugak makan sbb doc pon cakap baby dh beso.tapi akk minat ngn produk shaklee..pas ni klo de rezeki nk teruskn untuk bf n pnjagaan kulit..kehkeh..bio awet muda..
oh.. itulah SOHO tu.. harap semakin maju dan terus berkembang perniagaan lydzar ni.. InsyaAllah..
whoaaa... semer mum bloggers suda berniaga daaa.... sumijelly n awk... kancilbiru suda lama... akak nk jual apa eks? herrmmm... terpk gaks... per2 pon, good luck yea, dik? org yg rajin akan mendpt rejeki yg lebeyy...
seronok dgr orang suka berbisnes..:) keep it up. rezeki ada di mana2, tak cuba kita tak tahu...
Post a Comment