Risau risau risau

Tengah malam tadi badan Hilda dedar. Itupon Papa yang perasan masa dia tengah belek anak sorang demi sorang. Maklumla asek balik lambat je sekarang, tak sempat jumpa time anak-anak tengah sedar. Tak sempat nak bergurau senda dan main-main dengan anak. Terharu gak hati ni.

Mama memang tak perasan sebab sebelum tidur Hilda macam biasa je. Dok kejar mama yang ke hulu hilir buat kerja rumah. Bila dia dh jerit kuat sket baru la mama angkat dia dan ajak tidur. :D

So bila Papa perasan badan Hilda panas, dia kejutkan la Mama. Mintak bagi ubat dan amek air nk jaram kepala dan badan Hilda. Macam biasa Mama larut 3-4titik Basic-H, amek towel kecik dan basahkan. So proses menjaram badan pon bermula. Hilda tak suka. Daripada muka mamai-mamai terus buntang mata dia bila towel basah diletakkan atas kepala dia. Pantas jugak dia capai towel tu dan tolakkan ke tepi.

Hihi!! Bukan setakat Hilda tak suka, Mama pon tak suka bila Papa jaram kepala Mama masa demam dulu. Tapi nak buat macam mana, itu je la salah satu cara nk percepat-turunkan suhu badan yang tengah demam. Dah jaram 5-10minit, suapkan 1ml ubat demam. Membebel-bebel bahasa dia dengan mata layu. Last-last tidur semula.

Pagi tadi dah bawak ke Klinik An-Nisa. Harap-harap Hilda tak meragam kt taska.



Satu lagi yang merisaukan Mama. Masa tengah breakfast dekat Restoran Al-Wadud pagi tadi, Papa mengadu dada dia sakit malam tadi. Time dia terkejut dan terjaga, tiba-tiba dia rasa sakit dekat dada dibahagian kiri. Tak boleh nak tarik nafas. Papa cuba kejutkan Mama tapi Mama tak sedar. Lena sangat tidurnya tu!

Mama dh mula risau. Lagi-lagi katanya sakit kt dada di bahagian jantung. Benda macam ni bukan boleh diambil mudah. Papa memang ada bgtau, kerja dia sekarang mmg amat stress. Mungkin juga itu salah satu faktor. Takut sangat! Lagi-lagi memang ada juga kawan Mama yang sakit berkaitan jantung diwaktu muda.
Ya Allah ku mohon, jauhkanlah penyakit ini dari suamiku.

Dan pagi ni macam biasa, Mama blogwalking ke blog otai-otai Shaklee, terus terbaca satu entry - Set I Love U Hubby - daripada Kak Cherry yang rasanya memang setepek terkena kt batang hidung mama ni. Uhuk Uhuk!!

Mama memang rasa bersalah. Sebab Mama sangat menjaga supplement intake utk kesihatan diri sendiri. Tapi untuk Papa, Mama tak berapa hirau kan sangat. Salah satu sebabnya, Mama terpaksa hulur vitamin dan air mengadap Papa, baru la Papa nk makan. Kalau nk harap dia makan sendiri, memang susah lah. Padahal stok Vitamin E dan Ostematrix memang sentiasa ada dalam almari Mama.

Kenapa lah Mama tak rajin nk hulurkan vitamin pada Mama. Uhuk Uhuk!! Bila Papa dah mengadu something yang tak enak didengar baru nak rasa menggelabah dan tak keruan!!! ~Menangis!!~

Insya allah, start malam ni, Mama berazam akan jaga juga intake supplement utk Papa. Mama nak satu keluarga sihat sejahtera. Jauhkan la penyakit-penyakit yang tidak diundang itu dari keluarga kami..
Seriously I LOVE U My Hubby



7 words from u:

Anonymous said...

hui..kes serius nih...anak mamasue 2-2 tak sihat arini...nenek dah kol so nt mamasue nak amik halfday.

psl kes en.din tu plak, better pg check je.insyaAllah tak da apa2,mebi muscle. tp check lah utk nak sedapkan hati

amirah said...

kena pergi check up la lydzar..takut ada saluran yg terblock ke..cuba je...pastu makan la jugak vit..

Atia Adina said...

betul kata mamasue....baik bawa en din gi check....puas hati sikit kan?nampak macam merisaukan jer situasi dia tu....moga hilda cepat sihat....hujan ni budak mudah kene penyakit

Iela Fazielah said...

skrg ni mmg org muda2 pun leh kena heart attact.. tgkla berapa ramai pemain sukan negara yg muda2 mati kes tu..tp mintak di jauhkan

Azian Elias said...

Salam kenal..

INSYALLAH semuanya sihat. akak dah jadi nurse for hubby almost 10 yrs dah, kena remind dah makan ubat ke belum.. our job lah tuu.

wahida said...

ish...aku lak yg risau...

harap semuanya ok...bawak jumpa doc tau...

bykkan berdoa ye...siapa tak sayang anak dan suami kan...

akuzle ayu said...

yerlah... dier jaga kita. kita pon knelah jg dier kan?

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®