Tadika Delima Ilmu

Macam yang dh dirancang, hari ni aku bawak Trio HM ke taska yang bakal jadi rumah kedua dorang lepas ni. Lokasi tak jauh dari rumah. Tadika Delima Ilmu..ku ringkaskan jadi TDI dalam cerita seterusnya OK :)

Lama jugak la kami disana, almost 2jam. Sampai saje di TDI, kami disambut oleh the owner. Dijemput kami masuk ke dalam opis. Oleh sebab dh ada beberapa siri diskusi melalu telefon, jadi aku pon dh jelaslah tentang beberapa perkara. Aku saja datang lagi sebab nak tau berapa exact figure yang nk kena bayar dan nk tengok keadaan taska tersebut dgn mata aku sendiri.

Antara tips memilih taska. Sumber dari blog MySuperkids

Bagaimana Memilih Taska Terbaik?

  1. Berjumpa sendiri dengan pengusaha taska dan penjaga.
  2. Membuat research sendiri.
  3. Bertanya dan mengambil testimonial dari mereka yang pernah menghantar anak ke taska tersebut.
  4. Melihat sendiri cara penjagaan yang diamalkan di taska tersebut.
  5. Meneliti program yang ditawarkan di taska tersebut.
  6. Menjalin hubungan baik dengan pemilik dan penjaga di taska.

Sebenarnya TDI ni combination taska dengan tadika.. Salah satu faktor utama kenapa aku pilih TDI ni. Sebab aku memang plan supaya Hannah masuk belajar di Tadika selepas Hilda lahir. Kalau ikutkan tahun, dia dah pon 4 tahun walaupon hakikatnya dia baru berumur 3 tahun 4 bulan. Dah masuk sekolah, ada orang kesah ke dia lahir bulan berapa kan?

So kt TDI ni akan menggunakan buku bacaan Bacalah Anakku dan Read Easy. Aku tanya lagi, subject apa lagi yg kanak-kanak kt sini belajar. Cikgu besar bagitau, utk kanak-kanak 4 tahun hanya subject basic like Bahasa Melayu, English, Pendidikan Islam dan utk kanak-kanak 5 dan 6 tahun akan dimasukkan sekali silibus Bahasa Arab dan Sains. Yang simple la, preparing utk silibus yang sama macam Tahun 1 nnt.

Disamping tu, kanak-kanak juga diajar bacaan doa, bacaan surah dalam solat dan bersolat. Yang ni memang aku cari. :)

Beberapa program lain yang jadi acara tahunan TDI ialah sukan, penggambaran kelas dan hari penyampaian hadiah.

Tips Memilih Taska Terbaik, Sumber dari blog MySuperkids

  1. Pastikan taska tersebut adalah yang berdaftar dengan JKM - jumpa pengusaha taska dan minta dia tunjukkan sijil & dokumen berkenaan.
  2. Kebersihan dan susunatur perabot yang selamat untuk bayi dan kanak-kanak – masuk sendiri untuk tengok keadaan dalam taska.
  3. Taska yang mementingkan nilai-nilai moral dan Islamik.
  4. Akhlak dan tatacara penjaga di taska hendaklah baik.
  5. Taska yang ‘membantu’ kita memberikan yang terbaik untuk anak, misalnya pro-breastfeeding.
  6. Operasi kebersihan yang dilakukan – misalnya sekali seminggu taska dinyahkuman.
  7. Makanan yang disediakan adalah yang berkhasiat.
  8. Program yang dilaksanakan sesuai untuk perkembangan bayi.
Alhamdulillah, berdasarkan sepintas pemerhatian aku, aku berpuas hati dengan cara TDI ini dikendalikan.

Habes je berbincang didalam opis, aku dibawa masuk ke dalam satu persatu bilik di bangunan berkenaan. Bangunan terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Tadika dan Taska. Bersebelahan je. Aku dibawa ke setiap kelas utk kanak-kanak 6,5 dan 4 tahun. Di taska, kanak-kanak disini diasingkan mengikut umur masing. Aku juga sempat menjenguk ke setiap bilik kanak-kanak berumur 3tahun, 2 tahun dan bilik baby.

Sambil duduk dan memerhatikan Hannah, Hadif dan kanak-kanak lain main di mini playground didalam taska, cikgu besar terus bercerita. Jadual makan, jadual minum susu, dan jadual tidur.

Disini, kanak-kanak 4 tahun keatas tidur diatas katil portable, so ibubapa adalah wajib membeli katil tersebut. Pihak tadika la yg beli, parents cuma bayar saje. Menurut guru besar, katil macam tu lebih mudah diselenggara berbanding tilam atau comforter. Senang nk di bersihkan kot la tetiba ada yg termuntah ke, susu tumpah ke. Disamping mengurangkan bau kepam kalau pakai comforter. Aku pon setuju dgn pendapat cikgu besar. Siap mintak nk tengok lagi cemana rupa katil tu. Dalam kepala dok bayangkan katil yang keras je, sakit la badan anakku nanti. Rupanya tidak. Aku pon tak reti nak cerita macam mana katil tu. Yang penting, insyaallah anak masih boleh tidur dengan selesa. Harga katil RM124.

Lepas tu, cikgu besar bawak kami ke kantin plak. Idokla anak-anak nk kena bawak duit belanja seringgit dua nk membeli kt kantin ni. Dipanggil kantin sebab memang itu adalah ruang makan yang baru siap dibina. Diluar bangunan. Luas dan terbuka. Memang macam kantin sekolah la, cuma takdek meja..dorang makan sambil bersila je. Hannah dan Hadif join makan gak. Hihi tak malu betul anak-anak mama ni.

Dan tak lupa, beberapa kali aku tanya pada cikgu besar pasal handling EBM. Dia tau kot aku nk uji sejauh mana pengetahuan dia. So dia pon cerita la jugak cemana dorang buat pada EBM sebelum diberi minum pada baby. Hehe sorry kak, biasalah kan. Mak-mak zaman sekarang ni..extra concern pasal anak-anak dia.

Hmm memang nampak teratur juga sistem yang dipraktikkan di sini.  

Insya allah, Hannah dan Hadif akan mula ke sekolah hari Selasa depan ~3 Mei dan Hilda menyusul kemudian 12 Mei.. Hukhuk mama pulak menyusul ke opis pada 16 Mei. Huwaaaaaaa!!!

Dan mulai bulan Mei, yuran bulanan utk anak-anak ke TDI adalah RM700 tak termasuk kalau ada OverTime. Semoga Allah memurahkan rezeki papa dan mama..amin..

psstt : another thing yang aku suka, cikgu dan pengasuh kt TDI semuanya melayu..

9 words from u:

Unknown said...

wah,mcm bagus jer taska tu..;)

Mek Rose said...

bila anak bertambah..inila yg pening kan lydzar..kos hantar anak ..huhuhuh..

if lydzar rasa ok semuanya..bagusla..sy nnti pon nak g usha taska yg akak sy suggest tu..owner dia mmg sy kenl sbb pernah satu ofis masa kat fakulti dulu..cuma isteri dia tak pernah jumpe lagi sbb isteri diala bos sebenar..ehehehe...nak kene tgk tempat, susun atur perabot, camno kebersihan makanan & yg paling penting camne anak2 tido..atas lantai kah? atas tilam kah? tapi mungkin tak secanggih taska cam HM akan pergi tu sampai kene beli portable katil ehehhe..

amirah said...

mesti sedih kan nak antar anak2 espcly si kecik pergi taska..isk isk isk

ayukhairy said...

lydzar, teringin la nak tengok katil yg portable tu..nnt, bila2 snap ehh..hehe

Unknown said...

@*azni* harap2 macam tula..tetap akan pantau keadaan dari semasa ke semasa :)

Unknown said...

@rose --{@ ibuRafiq @}-- hehe canggih ke tak tak penting sgt kot. yang penting anak kita serasi duduk sana..kan? kena monitor jugakla keadaan tu

Unknown said...

@amirah hukhukhuk jangan la cakap sekarang pasal tu..harap2 mamanya boleh hadapi dengan tenang. kang tak pepasal, anak happy je gi sekolah, mama pulak over acting kang hihi

Unknown said...

@ayu ok ayu, nnt kot berkesempatan, saya snap n cerita lagi ye

rina said...

kat mana taska ni lydzar? mcm syok ajek

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®