Breastfeeding : Konsep demand vs supply

Ni cara-cara mama dan anak tidur lena sangat waktu malam tadi. Bila dedua lena diulit intan, maka tiadalah demand-supply process diwaktu malam. So bila bangun pagi, tangki terasa penuh saja dan bila di pump-out, dapatla hasil penuh satu botol ni.

6.5oz
Tapi jangan selalu dibuat yer, kerana konsep ini salah! Nak buat macam mana, adakala dua-dua pihak  keletihan, so tertidur lena tanpa sedar adalah diluar kemahuan mereka.

Untuk penghasilan susu ibu yang berterusan dan konsisten, rule demand-supply amatlah penting. Bila ada permintaan maka ada lah penghasilan.

Kita boleh bayangkan, tangki air flush kt toilet kita tu.

stylo tank hehehe

Lets imagine, bila kita gunakan toilet dan flush, air dari tank akan dicurahkan ke toilet bowl utk membersihkannya. Then bila dh abes air tercurah, air akan automaticly di refill oleh saluran paip. Air akan mengalir masuk sampai la tanki tu penuh. Even if baru separuh tank refill, then hasben kita pulak guna toilet. Dia flush lagi..Air yang dh masuk separuh tadi akan habis digunakan. Tp proses yg sama ~refill tank~ akan automatik berlaku lagi. Bila tank dah penuh, pengaliran air akan terhenti.

Macam gitulah kaedahnya demand vs supply. Kalau mahu membuat stok EBM, maka kenalah kerapkan mengepam susu. Biarpon hasilnya hanyalah 1-2oz, ianya masih boleh disimpan sebagai stok. Dan walaupon kita baru saja sudah mengepam, anak pula inginkan direct feeding. Layankan saja. Jangan risau susu tiada. Ada sebenarnya, cuma mungkin pengalirannya agak perlahan. Jika anda sabar menanti, letdown reflex tetap akan tiba setelah beberapa minit direct feeding.

Berbalik pada toilet tank tadi, pengaliran air akan terhenti apabila telah sampai ke aras penunjuk air penuh.
satu signal akan dihantar ke otak. Bila di encrypted ia berbunyi.. Supply dah cukup, takyah hasilkan susu dah.
Memanglah kita boleh collect satu amaun yang agak banyak jika mengepam waktu breast penuh. Maklumla ia dibiarkan dalam tempoh yang lama. Tp cara ini akan memberikan efek jangka panjang. Otak jarang mendapat signal kerana menyangkakan supply adalah mencukupi. Lama kelamaan anda akan dapati supply susu anda semakin berkurangan. Ini lah akibatnya kerana tidak memberi rangsangan dan signal kepada otak utk terus menghasilkan susu. Bukan kita tak boleh nk upkan semula production susu, tapi kena kerja keraslah.

So advise saya..juga utk peringatan diri sendiri juga..

* Kena patuh pada jadual mengepam yang konsisten di tempat kerja dan kerapkann memberi directfeeding dirumah termasuk penyusuan diwaktu malam.

Anda boleh pilih untuk disiplin dan konsisten, atau menggelabah ketika masalah melanda. Pilihan ditangan anda. Saya memilih utk konsisten..walaupon mmg kadang-kadang terlanggar juga prinsip itu (kes malam tadi) hehe

5 words from u:

amirah said...

tapi bulan pose ni mmng penat sgt2 badan ni lydzar..lepas solat terus bum..smp la sahur

Anonymous said...

mamasue nak tergelak ni...mamasue dok relatekan kes hasben mengepam dgn demand/supply tu...hahahahaha!

Unknown said...

@amirah betul, mayb sebab kita kekurangan air kot..

Unknown said...

@mamasue haippp mamasue! hasben pulak yg mengepam ye..hahahaha

mekchu said...

contoh yang sangat senang nak paham.. hehehe.. mmg kena disiplin kaw2 bila nak BF anak ni.. moga terus bersuppy dan demand..

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®