Nebuliser session

Demam anak bujang aku tak kebah-kebah lagi. Since Isnin sampai la hari ni. Dah Jumaat dah ni. Badan masih agak panas. So Abg mintak aku bawak dia pegi klinik lagi tanya keadaan Hadif kt doktor. Mula-mula dalam hati aku membantah sebab ubat dan antibiotik tak abes lagi, so nk buat apa bawak pi lagi. Aku syak ni mesti kes viral fever lagi. Macam yg bulan-bulan lepas tu. Kang dpt ubat yg sama jugak kot.

Nak dijadikan cerita, supaya jgn ingkar cakap suami. Pagi tadi jam 3am, mcm biasa la mak-mak orang time anak dia demam. Memang takkan tidur lena la. Sekejap2 mesti terjaga nk rasa suhu badan anak. So tiba lah masa bagi Hadif makan ubat. Baru je sedut 2.5ml ubat dari botol dgn syringe,  botol terlepas dari tangan. Tumpahla hampir kesemua ubat demam tu ke atas tilam. Adoi!! Huhu maka dengan itu, patuhilah kata-kata suami kuikuikui!

Kena jugak la pegi klinik lagi nk amek ubat demam utk dihantar bersama-sama si pendemam kt taska  
~aku hantar jugak ke taska sebab sepanjang pemantauan Hadif kt rumah aritu, lepas dia makan ubat..dia akan tidur dan lepas tu akan aktif bermain macam biasa. Less worry bila tengok keaktifan dia tu~

Kt klinik An-nisa tadi, ingatkan terus nk cakap kt Doc aku datang nk amek ubat demam je. Tp Doc tu, as professional she is, dia kaji dulu la history Hadif's visit ke klinik tu. Memang dalam masa 2 minggu dah 2 kali kami berulang ke situ. So dia suggest aku buat blood test nk tengok kenapa kerap sangat demam dalam masa yg singkat. OK mama setuju je Doc. Dan Doc tu detect Hadif punya nafas mcm ala-ala laju yg semput. Check-check dada dia, memang Doc kata banyak kahak. So dia advise Hadif amek nebuliser. OK Doc, mama setuju je jugak. Whatever it is, yang penting sakit Hadif dapat dikenalpasti why and why.

Ni 2nd time bujang aku tu kena cucuk kt jari utk amek darah. Cool je mamat ni. Tak sakit kot. Maklumla time baby dulu memang selalu pon kena amek darah ni check darah utk jaundis. Tp yg dulu amek kt kaki bukan kt jari. Nurse pon puji dia good boy :)

Result blood test, demam yg disebabkan oleh virus atau lebih mesra dipanggil viral fever. Demam yg mcm ni memang selalunya akan amek masa yg lama utk baik.

Masa utk nebuliser pulak. Maafkan kualiti gambar 2mp ini. Hasil tangkapan Nokia C3 dalam lighting yg tidak cukup. C3 takdak flash ye, sila jangkakan ketidaksharpan gambar jika cahaya tak cukup terang.



Mula-mula memang tak nangis, tp kenapa lama sangat topeng ultraman ni duduk kt muka adik mama? Adik boring lalu adik nangis la kerimasan.

Dan Doc juga siap kaji berat badan anak bujang ku ini. Keputusan, Hadif adalah underweight boy. So Doc suggest tukarkan susu dia pada yg susu lebih berlemak supaya boleh membina body fat dan menaikkan berat badannya. Thru blood test result tadi, susu yg Hadif consume skg ni dh cukup dari segi kandungan iron, cuma tak cukup dari segi fat saja..Cadangan Doc adalah susu Pediasure ataupon Enfagrow. Huhu mahalnya susu-susu itu..Tapi takpa, duit boleh dicari..insya allah petang kang mama pegi beli ye.
~alangkah bagusnya kalau Hadif masih fully breastfeed..dulu berat badan dia naik konsisten dan jarang demam..apakan daya uwaaaaaaaaa~

Doakan anakku itu cepat sembuh..amin

14 words from u:

Kancilbiru said...

betul tu...duit boleh cari..kesihatan sukar diganti...

insya Allah ada habuan untuk hadif dari Nya..

Anonymous said...

semoga hadif cpt sihat...utk mommalydzar,utk susu pediasure & enfagrow tu,check jugak kandungan fat nya,mana tau tak brapa byk gak...klu mommalydzar pegi Klinik Soraya tu, mmg Dr dia suka suggestkan susu tu...

Atia Adina said...

kesiannya hadifff.....moga cepat sihat yer....eh???kenapa hadif dah tak bf?

Mek Rose said...

rafiq pn penah amek neb. sian tgk. tak sampai ati den

pediasure tu mmg ok sgt2 tau lydzar
dia complete

anak buah sy yg underweight to pon skang nai berat badan dia..makin tombam..wekekkeke

niaa said...

hai lydzar...i'm ur silent reader...since anak u slalu demam why not....cuba bawak dia jumpa paed (kalau u pg demc suggest jumpa dr koshi..very nice paed) dr my experience bab2 anak demam ni solution n explaination dr paed lbh details...

Unknown said...

@Kancilbiru doa-doakan mama dia dapat byk duit ye..hehehe

Unknown said...

@mamasue tq mamasue..mmg nk kena check gak ni. mana satu fat yg lebih tinggi

Unknown said...

@Atia Adina hadif tak bf sebab nenen mama dia dh stop production. picit2 pon takdak hasil. peknen ni mmg buat susu kering laa..

Unknown said...

@rose --{@ ibuRafiq @}-- insya allah nnt dh timbang tara mana yg lebih byk fat, akan tukar susu lain..

teringin tengok anak sendiri jd tembam..

Unknown said...

@niaa ermm nnt kalau demam prolong, akan dibawak ke paed jugak..insya allah

maslinamansor said...

harap hadif cepat sembuh...

Kita sebagai ibu... demi anak2, apa pun sanggup.

Mrs. Bee said...

hadif, auntie noma doakan hadif cepat sembuh dan x demam lagi eh pasni..insyaAllah.. :)

MummyEcha said...

cian nyer ngan hensem boy nie...auntie doakan hadif cepat sembuh yer....rajin2 makan ubat k

Sharinginfoz said...

lepas ambil nebuliser baru ok kan

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®