Permohonan Penukaran Pinjaman (3%) kepada Pembiayaan Ujrah (1%)

Sharing lagi kita..

Korang yg berhutang dgn ALONG PTPTN dah aware pasal ni??
Sesiapa yg berkenaan yg nk mengurangkan kadar cekik leher pinjaman PTPTN ni boleh la mula update maklumat anda di website PTPTN.
Mari la kita ramai-ramai memohon. Klik je kt link ni utk buat pendaftaran permohonan. Permohonan Penukaran Pinjaman (3%) kepada Pembiayaan Ujrah (1%)

Nanti korang akan dapat email dari webmaster mengatakan pendaftaran korang telah berjaya. Webmaster akan bagi link utk membuat pengemaskinian bagi pertukaran pinjaman (3%) kepada pembiayaan Ujrah (1%)

 

Dekat link tu nnt korang akan update information korang, dah kerja ke belum, anak yatim ke tak, maklumat ibu bapa dan sebagainya.


Dan akan dapat lagi satu email dari webmaster menyatakan permohonan kita dalam proses. 

So kita tunggu la permohonan kita utk mengurangkan kadar interest diterima atau tak. Hmm harap2 la diterima. Kos pentadbiran yg dikenakan kt aku sekarang adalah RM47++ . Kalau la kos ni dapat berkurang jadi RM1, memang konpom aku akan disiplin membayarnya setiap bulan :)

Pleasela PTPTN, aku ni pon baru survive nk hidup. Gaji pon bukan la tahap boleh beli  beli blouse, beli kasut, beli handbag, toys Fischer Price setiap bulan.  Jangan la caj kos pentadbiran macam ALONG tu. 
Have a heart..

16 words from u:

Kancilbiru said...

sudah update...:P

tu la kalau dapat kurg banyak mesti semangat nak bayar kan.

wahida said...

patutnye dr dulu kadar interest PTPTN ni dah turun...mmg cekik darah tol!!!

Eliss said...

aku apsal tak muleh :( heran.

Unknown said...

@Kancilbiru betul..rm47 tu boleh beli susu anmum stage3 2 kotak tau..huhuh

Unknown said...

@wahida dorang ni kira bukan nk tolong student. but more mcm institusi kewangan yg lain, nk untung je

Unknown said...

@e.l.i.s.s.m.i.e aiks, tak boleh..keluar error apa?

ayukhairy said...

lydzar, dah update..skrg ni tengah tunggu reply dari diaorg plak..btw, ada 1 lagi info tau ttg pembayaran ptptn ni..kalau sesiapa yang sign loan ptptn start dari tahun 2001 ke atas, so korang boleh keluarkan sebahagian wang dari KWSP utk bayar balik ptptn tu..check dgn KWSP..TAPI, masalahnya ayu tak boleh nak apply sebabnyaaaaaaaaaaa....ayu n suami sign loan ptptn tu tahun 2000 (thn pertama),FRUST GILER laaaa..

amirah said...

nak cuba jugak la..tak buat2 lagi

maslinamansor said...

nak p tgk jap website PTPTN...

Atia Adina said...

ad tak boleh...keluar mesej ni
Rekod pinjaman anda dalam proses semakan. Permohonan boleh dibuat mulai 1 Januari 2011....

PTPTN ni tah apa tah kan?sama jer kalo kita gi wat pinjaman bank....nak untung jer....bukan nak membantu....

MyKhalish Journey said...

ptptn owhh ptptn... huhu... sebut jek yg nih, rs cam pening trus.. xpela, ku pun mau try test apply. mn tau dpt dkrg kan skit mthly. hehhee..

wanie-homestayparitraja said...

dah apply dah...huhuh

ENNA said...

GOOD INFO..HEHE..BALIK NIH NAK TRUS APPLY.

Mek Rose said...

sy dulu guna yayasan terengganu. then sambung lajar lagi guna MARA..
MARA dah lama ade pengurangan ni. PTPTN mmg cekik darah ye? haihh..sian org2 melayu yg nak belajar. dah abis lajar kene bayar hutang yg lebih dari yg dipinjam...

Anonymous said...

Hai semua,


harap2 dapat berkongsi info.

Kalau saya takde majikan dan bekerja sendiri, perlu tak isi bahagian majikan? sebab sistem tak benarkan biar kosong..

lagi satu, ada dengar kalau tawaran ujrah diluluskan, bayaran akan ditolak di bhgn majikan. Kalau kerja sendiri, potong dari bank akaun ke?

Anonymous said...

Anda membuat beberapa poin bagus di sana. Saya melakukan pencarian pada subyek dan ditemukan terutama orang akan persetujuan dengan blog Anda.

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®