Ye lah kan zaman belajar, belum tau betapa hebatnya saingan dlm pekerjaan. Membayangkan yang indah-indah saje. Bila dh grad, dapat lah segulung ijazah tu. Berkonvo bersama pakwe ecececeh.. Bermula lah episod mencari kerja. Bukan senang rupanya. Masa tu, nak dapat peluang dipanggil interview daripada permohohan di Jobstreet adalah agak limited. Mayb sebab masih baru grad. No experience, Pointer pon tak setinggi Gunung Kinabalu. Kompetitor memang ramai.
Setahun saya bekerja di bidang pengkeranian di bumi Kuala Lumpur ni. Kerja sajalah apa yang dapat sebab saya takmau duduk menganggur di kampung. Dalam masa setahun ni, mmg gigih setiap hari apply kerja kt Jobstreet dan website yang seumpama dengannya.
Ermmm, rasa macam panjang pulak kalau nk cerita sejarah saya kerja tu. Pendekkan teruslah pasal SOHO saya ni..Boleh gitu hihih
So selepas hampir 4bulan berkecimpung dalam bisnes Shaklee dan Trial Pack, saya persembahkan My Small Office Home Office. ~ MySOHO.
Masih kecil lagi warehouse saya ni, dan saya target 3-level racking ni akan menjadi Wall Mounted Racking memenuhi ruang bilik kecil yang saya allocate utk simpan semua stok saya.
Ada kawan bertanya, anak-anak tak kacau ke opis saya ni. Buat masa sekarang, mereka memahami. Sesekali masa saya tengah bekerja, mereka akan duduk sama-sama sambil memerhatikan mama. Mungkin satu hari nanti, mereka bakal meluaskan lagi empayar yg mama dh set-up nih :) Siapa tahu kan..
Apa yang saya jual? Bagi yang baru singgah ke sini, saya menjual makanan kesihatan a.k.a vitamins daripada Shaklee. Anda boleh lawati blog Kedai Triple-S untuk bacaan lanjut.
Antara produk yang saya jual. Sesuai untuk semua golongan. Menjaga kesihatan kaum lelaki dan wanita, Tidak ketinggalan warga tua dan kanak-kanak. Fokus juga diberikan kepada golongan yg berusaha mendapatkan anak, ibu mengandung, berpantang dan ibu menyusukan baby.
Bagi yang pernah membeli produk-produk ini, saya akan terus mengforwardkan promosi-promosi yang menarik utk anda. Konsultasi tentang penggunaan produk saya berikan secara percuma. Anda boleh terus keep in touch dengan saya. Anda yang masih belum pernah mencuba, boleh la emailkan saja pada saya apajua kemusykilan anda. Saya tak lokek ilmu punya :)
Terima kasih tak terhingga saya ucapkan kepada semua customer yang telah membeli daripada saya. Kerana andalah saya semakin kukuh berdiri :)







