Sharing, tentang molekul air.

Salam Jumaat semua!


Apa yg saya update kt Fan Page Kedai Triple S, saya update kt sini jugekkk!! Hehehe. Sebabnya, saya tau korang kt sini tak LIKE lagi Fan Page saya tu. So rugi lah korang sebab tak dpt update yg saya update kt sana :P





JOM LIKE KEDAI TRIPLE S!!

Sharing, tentang molekul air. 

Kajian saintifik di Jepun : Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama dengan tekun melakukan penyelidikan tentang perubahan molekul air. Air murni dari mata air di Pulau Honshu didoakan secara agama Shinto, lalu didinginkan sehingga -5 °C di makmal, kemudian diambil gambar dengan mikroskop elektron dengan kamera halaju tinggi. Ternyata molekul air tersebut membentuk kristal segi enam yang indah.





Cuba lihat bentul molekul air ini. Indahnya bila dibacakan sesuatu yang baik kepadanya. 


Mungkin ini juga akan berlaku, pembentukan molekul yang cantik kepada air susu perahan kita bila kita bacakan surah-surah lazim atau surah Yaasin ketika sedang mengepam. Indahnya nikmat susu ibu, bertambah indah bila kita bacakan doa atau ayat-ayat al-Quran..

Jom semua, lepas ni sambil mengepam kita tukar hobi hadap FB, tengok tv etc kepada bacaan AlQuran pula :)

Magnum Time!

Acara seminggu sekali, makan aiskrim berjemaah :)

Cara pertama adalah, sebaik je naik kereta request kt mama :"Mama, abang nak pegi sana" sambil tunjuk arah kanan menuju ke MyMydin.

Mood baik :OK JOM!
Mood malas : Ala takyah la..kita balik rumah terus lahh

Cara kedua, turun dari kereta terus masuk MyMydin. Hadif akan stay tune dulu kt rak gula-gula+mainan kt tepi entrance. Hannah cuba nk amek bakul walaupon sebenarnya tak perlu sebab mama cuma nk beli Nestle Bliss dan dorang nk beli aiskrim

Cara ketiga : Scan sampai habes peti ais krim, lalu membuat perbincangan untuk pilih aiskrim mana. Dan keputusan sepakat dibuat, capai aiskrim agak mahal sahaja hukhukhuk. Piliha tetap : Mini Cornetto dan Mini Magnum.  Ambil dengan restu mama, mama sila bayar.

Balik rumah sungguh happy, tak tolong mama bawak masuk beg masuk rumah dh request nak makan aiskrim.

Finally, MAGNUM time!!

my HM.
Sedappppp mama!
Mama takleh share ngn adik tau!

Fuuuhhh nikmat!

Si Penyampai

Salam semua!! Di pagi hari Selasa, apakah mood anda?

Mood saya, masih gembira. Gembira la sebab its pay day sudaaaahhh hehe.. Lepas ni siap-siap nak agih-agih kt pihak terlibat. Sapa lagi nak, angkat tangan!!! Acah aje, pihak terlibat tu of kos la pihak-pihak yg wajib jer. Hehe..Owhhh sekejapan ajelah amaun dalam tu berkurang nnt.

OK back to tajuk. Apa reaksi anda berdepan dengan si 'penyampai'?

Saya sehabis baik cuba STAY COOL bila berjumpa dengan si 'penyampai'. Kadangkala meter 'hangin' naik juga, tp bila analisa semula cerita si penyampai,mungkin adalah tu silap dan salah saya dimana-mana, yang saya tak perasan. Mula-mula memang susah nk terima sebab EGO, tp bila EGO besar jadi ego kecik, maka berlapang dada dan mula menerima kritikan dan anggp ia adalah kritikan membina.

Alhamdulillah, saya rasa selesai satu kisah pagi ni. Terima Kasih wahai 'penyampai' :)

Pssstt : harap tak berjumpa dgn cerita 'penyampai' setiap hari.

Team K3S di Majlis Ilmu

Team menggali ilmu dalam kelas serba pink. Suami dan anak-anak diangkut bersama. Memang macam ni lah kelas ilmu Shaklee kami. Keluarga main peranan paling penting, jadi walau dimana mama berada, keluarga juga masih utama. Diangkut semua ikut bersama. Hehe

Memang suasana agak bising dan meriah, tp as long as anak2 dan suami ada disekeliling, hati mama dh tenang nk mengutip ilmu dan berguru. :)


Cikgu with ker kids, anak murid also with their kids

Spot where I am?

Master Hadha and Master Lydzar : Boleh gitu?? Hehe
Ramai yang join kali ni. Alhamdulillah



Sluuurrrppp

Nyam nyam
Harii ni mama saya masak sepegeti sup. Sebab mama dh lama tak masak, mmg suka la saya makan air tangan mama. Enak sedap sekali. Slurrrppp!!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Aktiviti saya hampir setiap malam

Saje nk share, kengkononnya amalan sihat-sihat cantik-cantik MommaLydzar nih. Shaklee oh Shaklee aje lah dia nih. Hahah!!! Nak buat macam mana, my new world is also about Shaklee sekarang kan. So saja lah nk share.

Tu dia bahan-bahan asas, Energizing Soy Protein (ESP), Performance Drink (PD), Nutrigen Lite-Yo, dan Vitamin E. Saya buat/amalkan sebelum tidur.

ESP+PD+Yogurt drink tujuannya untuk :
 (1) supply bekalan protin pada tubuh badan supaya proses penggantian sel yang sihat berlaku, bila sel dalam badan sihat insya allah akan terhasil kulit yang anjal, sihat dan cantik.

(2) Untuk tenaga berterusan, maklumlah mama ni kerja siang malam. Memang dh jadi rutin semulajadi wanita zaman sekarang kot. Kerja umah, kerja opis..dan kerja bisnes bagi yg ada buat part time mcm saya ni. So bila anak-anak dh siap tidur, boleh la mama bangun semula untuk mengerjakan apa-apa yang pending tu.
(3) Jaga sistem penghadaman atau usus supaya sentiasa dibekalkan dengan bakteria-bakteria baik melalui yogurt drinks. Konpom tak ada masalah sembelit atau masalah nk membuang atau masalah penghadaman bila selalu amalkan.

Tu yang dalam mangkuk biru tu, masker yg dibuat dari ESP. dan dalam bekas kecik tu plak, Vitamin E juga untuk dijadikan sebagai masker. Natural masker dari bahan-bahan yg memang ada kt rumah. Maklumlah acik ni takpernah pegi Spa nk treatment bagai. So feeling-feeling spa treatment at home sudah la.

Setiap malam tepek kt muka, sampaikan Hannah berangan nk cepat besar sebab nk letak 'krim untuk kecantikan' macam mama :)

Hasil dia macam mana? Sesapa yang selalu jumpa saya real time, real life, boleh ulas sket tak?? Baik cepat ngaku hehehe..Tinggalkan komen ye :) Hari ni takdek hadiah untuk komen terbaik, tp satu hari nanti saya nk buat Giveaway, hadiah dia item-item yang kt atas tu la...menarik tak :P


Tak lupa tepek gambar My Triple Germs. Amek angin santai ditepi taman. Boring dorang kalau tiap hari terus balik ke rumah.


Psstttt : Sale kt Kedai Triple-S masih lagi berlangsung. Klik Sini.

PD 2012 : Happy moments with FRIENDS

Eh blom Rabu ke? Baru nk buat entry WORDLESS. Kes malasnya nk menaip hehe.

So ni lah hasil mintak'kan gambar dari tuan punya gambar Syifaa. Tulis sket sket jer lah yer :)


Chef on duty : Bihun Goreng jer
Chef bakar membakar

Kasik bakar sama dia

Owhhh FOODS!!!

Next Project : A chubby baby boy :D Hakhakhakkk!!

Ladies and kids :: Uppss yg bertudung hijau  hujung with big girl tu belom berpunya :)

Makan and Chitchat

Yummmehh semuanya :)

Lepas makan main card game ni. BEST and HAPPY moments
Sebelum check out : Banglo Tiara 1, Prot Dickson

Dh macam nk g beraya. Actually we are heading to a wedding after this
Jumpa Idora, our ex-schoolmate kt kenduri

Ini lah pengantinnya : Siti Nur Laila and Hubby
Ada lagi gambar, tp tak download semuanya. Cukup la ini utk jd tatapan kengkawan blog :)

Kita adalah apa yang kita fikirkan. SAYA FIKIR SAYA BOLEH!

Haaaa..panjang gitu tajuknya pagi ni. Pagi nak ke tengahari dah la kan.

Ada unsur-unsur motivasi pulak tu. Hehe.

Apa yang saya fikirkan?
SAYA AKAN BERJAYA DLM SESI BF HILDA SAMPAI UMURNYA 2 TAHUN.

Dengan izin Allah, apa yang saya pikirkan akan menjadi nyata.

Saya declare disini supaya saya tak patah semangat, saya tidak malas untuk mengepam. saya sentiasa gembira dalam perjalanan penyusuan ni walaupon dah banyak cabaran demi cabaran saya tempuhi.

Sekian. :P


Published with Blogger-droid v1.7.4

Happy 1year 3months darling Hilda Marissa

Yeay! Genap hari ni 1tahun 3bulan sesi penyusuan kami. Alhamdulillah, setakat ni ini tempoh paling lama FULLY BREASTFEED kan anak. Syukur Ya Allah. Patutla mood seronok sangat hari ni. Hehe.

Nanti saya sambung lagi yer.

***Sambung sini  ..tajuk tadi tersalah sudah lalu telah diedit. bukan 13 bulan daaa..tp 1 tahun 3 bulan. Meaning 15bulan lah. Hehe sorry mama salah kira!

Sekarang ni cik Hilda dh semakin pandai berkata-kata. Dalam bahasa dia yg kadangkala bahasa mama juga.

~jalan terhuyung hayang terlanggar sofa lalu jatuh terduduk, ADOI kata dia.
~something terjatuh dari tangan rakannya, AYOOKKKK kata dia
~tengok mama mekap pagi-pagi, hulur tangan, NAK DAK (read bedak ) kata dia
~tengok abang Hadif panjat meja, HADIFFFFFFF!! jerit  dia
~ikut abang melompat atas tilam sambil henjut-henjut kaki dia, PAT PAT PAT kata dia
~paling comel menyanyi lalalaaa lalalalaaa sambil berdiri dan berpusing-pusing berjoget la kekdahnya.
~paling tak comel, bila mama nak buat kerja atau lambat attend dia, dia merajuk menjerit jerit kuat 2-3kali bukan sekali dah, dan melangkupkan muka ke lantai.. huhu yang ni mmg uji iman mama lah. :D

Apepon jua. MAMA LOVES HILDA VERY MUCH.





Published with Blogger-droid v1.7.4

WW : Doa amalan setiap pagi dan petang

Assalamualaikum dan salam ceria semua :)



"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari rundungan sedih dan duka. Aku berlindung kepadaMu dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepadaMu dari sifat pengecut dan kedekut. Aku berlindung kepadaMu dari beban hutang dan penindasan orang."

Fadhilat Wirid
Abu Hurairah (RA) meriwayatkan bahawa Rasulullah (SAW) masuk ke dalam masjid. Tiba-tiba terdapat seorang sahabat bernama Abu Amamah di dalam keadaan ketar, maka baginda bertanya: "Apakah sebab aku lihat kamu berada di masjid yang bukan masa sembahyang?"
Jawab Abu Amamah: "Beberapa urusan hutang telah menyebabkan aku resah gelisah wahai Rasulullah."
Maka jawab baginda : "Tidakkah sepatutnya aku beri satu bacaan yang apabila engkau baca,akan dihilangkan oleh Allah (SWT) penyakit kebingungan itu dan akan terbayar hutang-hutangmu?"
Jawabnya: "Ya!"
Lalu baginda bersabda: "Apabila pagi dan petang, hendaklah membaca (bacaaan di atas)."
Kemudian Abu Amamah berbuat seperti yang diarahkan oleh Rasulullah (SAW), maka Allah (SWT) telah menghilangkan penyakit resahnya, dan segala hutangnya dapat diselesaikan.
(Dikeluarkan oleh Abu Daud).


Alhamdulillah setiap kali memulakan hari dengan doa ini, mood saya sagnat ceria sepanjang hari. Kalau terlupa baca, mesti terasa ada je yg tak kena.

Jom amalkan!! :)

Arang di Banglo

Saya tak sangka rupanya saya cuma amek gambar arang ni je!! Gambar arang sblm sesi bakar barbeque dgn ladies friend saya.

Hahaha rasa nyesal plak sbb dh kurang spicy mengupdate blog tanpa gambar. Nk buat mcmmana kan, kamera saya tu bukan cahaya gelap friendly. Kalo amek gambar waktu malam, gambar kurang cantik. Kalo amek gambar siang, gambar goyang kalau tak cukup pencahayaan.

Kembara ke PD bermula jam 1pm. Syifaa, Senyeorita dan Emi datang jemput saya. Terpaksa minta jasa baik dorg datang sbb saya perlu escape dari Hannah dan Hadif. Taktiknya, papa bawak mereka balik rumah nenek. Dorang dh keluar barulah saya boleh pergi dgn kawan-kawan tanpa tangisan nk ikut.

Safely arrived selepas sesi sesat sekejap dalam kol4pm. Banglo katanya, ada 4bilik yg besar. Bilik utama ada 2queen bed and 1single bed. 3 bilik lagi ada 1queen bed dan 1single bed. Ada swimming pool dan peralatan memasak juga facilities utk barbeque.

(ahli ahli banglo : Syifa, Emi, Mazlina, Sharmini, Saidatul, Senyeorita, Erin, A`a, Haniati)

Tak tunggu semua sampai pon, kami dh mula prepare dan bahagi tugas. Saya bertugas masak mihun je. Dan memerhatikan yg lain bakar membakar :-) dan ofcourse makan!!!

Item yg dibakar ayam, daging, kambing, ikan siakap, seafood, jagung. Menu lain, bihun goreng, salad dan coleslaw, spageti bolognese, sotong goreng tepung, air sirap and soft drinks. Meriahhhhh! Teringat ingat lagi sedapnya sambal kicap made by Erin.

Aktiviti lain selain makan, adalah bersembang tak berhenti dan jugak main games. Card game. Seriously.seronok. Hehehe.

Lepas tu tidur lewat pagi. Esoknya Ahad, aktiviti breakfast dgn makanan malam td dan juga berenang renang di swimming pool. Kami tak sempat ke pantai pon.

Nyonya jaga banglo pun xsabar sabar nk suruh kami checkout agaknya. Kol 11 lg dh dtg cek tong sampah la, cek kuali laa. Ape laa.

Setle sesi bergambar, kami pon check out menuju kenduri Laila pula. Tunggu gambar dari Syifa pulak. The one and only camera yg ada :-)

Published with Blogger-droid v1.7.4

Tak sabar sangat

Sabar itu separuh daripada iman... :) So cik puan Lydzar, sila bawak bawak bersabar..

Hehe saya ni tak sabar menantikan esok. Sebab esok ada acara berkumpul bertemu ramah mesra dengan kawan-kawan lama. Dan yang paling specialnya, ini adalah Ladies Programme. Hubbys tolong jaga anak ye :)

Saya dh mintak kebenaran dan kerjasama  En Sudin saya. Dia tolong take care Hannah dan Hadif, Hilda pula saya bawak bersama. Insya Allah, Papa boleh handle dua orang yg dh besar tu.

Jadinya Insya Allah esok semoga semua yang dirancang akan berjalan lancar. Selamat pergi dan kembali kepangkuan keluarga tersayang. I am gonna spend 1night at Bungalow Tiara, Teluk Kemang bersama-sama kengkawan ex-SEMESTA. Barbeque dan acara potpetpotpet laaaa..apa lagi kan. heheehe

Cant wait cant wait cant wait!!




Kursus Muslim Profesional

Alhamdulillah, Isnin lepas berpeluang join training Muslim Profesional ni. Anjuran department HR untuk mana-mana staff yang berkelapangan. Actually ada dua sesi, saya masuk sesi yg kedua.

Trainer bernama Zakaria Yasin, dia suruh panggil Pak Ya. Sory tak teringat langsung nk amek gambar.


Permulaan kelas yang ceria, kami diminta berdiri dan sebutkan HEBAT! CERIA! SUKSES! YES!! dengan bersemangat sekali.

Dan seterusnya, pengisian rohani of course la agenda utama sesi ini. Memang tersuntik lah semangat insaf, semangat yang cergas (sebab Pak Ya ni gaya dia tak duduk diam. Ala-ala ready nk buat sparring je hehe) dan rasa mahu memperbaiki diri :) Insya Allah, akan saya cuba perbaiki mana-mana ruang kelemahan dalam diri ini.

Satu tips yang best dia bagi, jika berdepan dengan bos atau sesiapa pun yang sedang marah. Amalkan teknik taichi.

"Jika apa yang saya lihat, apa yang saya dengar, apa yang saya rasa, bukan datangnya dari saya..maka IA BUKAN saya"

Dengan gaya menunjuk pada mata, pada telinga dan pada dada..

Sewaktu sedang dimarahi, jangan pandang tepat pada matanya, tp pandang dagunya. Waktu sedang bertoleransi mencari penyelesaian, juga jangan pandang matanya tapi pandang dahinya :)

Tips bagaimana menjadi seorang yang positif dan ikhlas :
BACA SURAH AL-IKHLAS (QUL HUALLAH HU AHAD) 100X SETIAP HARI SAMPAI MATI.
dengan niat supaya dapat ikhlaskan hati ni.

Tips untuk keberkatan anak-anak.
 BACA SURAH AL-IKHLAS (QUL HUALLAH HU AHAD) 70X SELAMA 7HARI UNTUK SEORANG ANAK.
sambil berdoa agar anak memperoleh keberkatan dalam hidupmya, menjadi anak yang soleh dan solehah juga berjaya dalam kehidupannya.

Ada selingan keratan-keratan video sepanjang training ni. Memang kelas :)

Dan insya allah tips-tips yang Pak Ya bagi saya cuba applykan dalam kehidupan harian saya. Baru la Muslimah Profesional namanya :)


WW : Cik Hilda pergi sekolah

Comel mama pegi sekolah.




Diner di Palma Cafe @ SACC Mall

Saje jenjalan kt SACC Mall sabtu lepas.


Perut lapar, jomlah kita masuk kedai makan mana yg ada kt situ.


Asiari dah pernah masuk, Secret Recipe pon dah, Nandos takmo lah..so mama ajak dorang masuk Palma Cafe ni.. Nampak gambar nasik kerabu yang menyelerakan, tp tekak tak taknak makan nasik kerabu pon.






Time belek-belek menu, tetiba budak baju belang ni cakap:
"Mama, abang nk makan nasik kerabu yang ni" sambil tunjuk gambar nasik kerabu dalam menu.


Mama dengan papa dh tergamam. Mana pulak budak ni belajar nasik biru ni nasik kerabu. Sebabnya seingat-ingat kami, blom pernah bagi tau dia ini yg warna biru ni adalah nasik kerabu. Hihi. Mesti dia belajar somewhere else.


Tak banyak menu yang ada kt sini. (tak amek gambar menu). So yang kami pilih kt bawah ni jer la. Gambar makanan je, gambar minuman takdak. Air sirap dgn air cincau.


Big size cup - Mushroom soup RM9.90


Cukup 3 mangkuk kecik ni.


Chiken Chop RM18.00


Nasi Kukus Ayam Berempah RM9.90
Anak-anak takmau makan. Takde selera sebab masing-masing dilanda demam hari tu.




Bulan Baru ~ bulan Jun!~ Genap Setahun K3S

Salam Jumaat semua!!

Wahhh cepatnya masa berlalu. Jap lagi pejam celik dan bulan July, its time for me to upgrade to version 3.0. Hoihh lambat lagi, ada masa lagi sebulan sebelum upgrade pon. Awat nak nervous awal sangat plak kan. Hihi

Hari ni agak releif. Sejak-sejak berjualan ni, kalau otak tak ligat pikir kerja, mesti ligat pikir pasal sale. :)
Alhamdulillah, untuk bulan May target-target saya semuanya tercapai. Alhamdulillah, 6hb 6, 2012 genap la setahun saya aktif berShaklee. Syukur lagi Ya Allah, target saya untuk mendapat bonus bulanan melebihi gaji basic saya diopis ni tercapai bulan ini. Terima Kasih Ya Allah.

Jadinya Insya Allah bersempena Anniversary Kedai TripleS saya ni, akan ada promosi-promosi, giveaway dan segalanya yg hebat akan berlangsung. Tunggguuuuu yer...hanya di : Kedai Triple S




Jemput Like Page  Kedai TripleS saya untuk lebih info pasal vitamin Shaklee, tips kesihatan, tips kecantikan, tips kelangsingan dan juga tips jana pendapatan melalui Shaklee..upps yg last tu baik PM je saya directly.

OK peeps, selamat meneruskan hari Jumaat. Selamat berweekend!!



 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®