Arang di Banglo

Saya tak sangka rupanya saya cuma amek gambar arang ni je!! Gambar arang sblm sesi bakar barbeque dgn ladies friend saya.

Hahaha rasa nyesal plak sbb dh kurang spicy mengupdate blog tanpa gambar. Nk buat mcmmana kan, kamera saya tu bukan cahaya gelap friendly. Kalo amek gambar waktu malam, gambar kurang cantik. Kalo amek gambar siang, gambar goyang kalau tak cukup pencahayaan.

Kembara ke PD bermula jam 1pm. Syifaa, Senyeorita dan Emi datang jemput saya. Terpaksa minta jasa baik dorg datang sbb saya perlu escape dari Hannah dan Hadif. Taktiknya, papa bawak mereka balik rumah nenek. Dorang dh keluar barulah saya boleh pergi dgn kawan-kawan tanpa tangisan nk ikut.

Safely arrived selepas sesi sesat sekejap dalam kol4pm. Banglo katanya, ada 4bilik yg besar. Bilik utama ada 2queen bed and 1single bed. 3 bilik lagi ada 1queen bed dan 1single bed. Ada swimming pool dan peralatan memasak juga facilities utk barbeque.

(ahli ahli banglo : Syifa, Emi, Mazlina, Sharmini, Saidatul, Senyeorita, Erin, A`a, Haniati)

Tak tunggu semua sampai pon, kami dh mula prepare dan bahagi tugas. Saya bertugas masak mihun je. Dan memerhatikan yg lain bakar membakar :-) dan ofcourse makan!!!

Item yg dibakar ayam, daging, kambing, ikan siakap, seafood, jagung. Menu lain, bihun goreng, salad dan coleslaw, spageti bolognese, sotong goreng tepung, air sirap and soft drinks. Meriahhhhh! Teringat ingat lagi sedapnya sambal kicap made by Erin.

Aktiviti lain selain makan, adalah bersembang tak berhenti dan jugak main games. Card game. Seriously.seronok. Hehehe.

Lepas tu tidur lewat pagi. Esoknya Ahad, aktiviti breakfast dgn makanan malam td dan juga berenang renang di swimming pool. Kami tak sempat ke pantai pon.

Nyonya jaga banglo pun xsabar sabar nk suruh kami checkout agaknya. Kol 11 lg dh dtg cek tong sampah la, cek kuali laa. Ape laa.

Setle sesi bergambar, kami pon check out menuju kenduri Laila pula. Tunggu gambar dari Syifa pulak. The one and only camera yg ada :-)

Published with Blogger-droid v1.7.4

3 words from u:

amirah said...

eee..bestnya hang out ngan kengkawan..siap tido sana lagi ek...ermmm bila la dpt merasa gini sbb kitorg kalo brjumpa siang ke malam pon x sedar..huhu

ummi mien said...

yeah...nyonya tu buat potong mood je. elok aku nak melantak bole plak dia dtg.adoiii...pasni kena cr port lain plak. next time kita g janda baik plak nak?

Liza Razak said...

walaupon 1 malam je tapi bermakna kan :)

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®