Laksa Sarawak

Seumur hidup aku, ini yang pertama..
Pintu hatiku diketuk..
oleh 2 wanita

LAKSA SARAWAK



dah dah, benti nyanyi! benti nyanyi! Hari dh ujan, guruh ribut kt luar tu!

Tapi aku memang nk citer pasal laksa sarawak yg aku fes time ever makan. Asek-asek makan laksa Penang je kan.

Hari tu, aku bawak la pes laksa sarawak yg Abg beli kt Kuching balik rumah mak aku. So semalam adalah adegan masak memasak laksa sarawak ni. Sungguh berbeda rupanya laksa sarawak dgn laksa penang. Dah la guna bihun, pastu kuah dia plak tak ada letak ikan blended tu..Dalam kepala aku ni, asal laksa jer, mesti terbayangkan ikan. Memang berbeza rupanya mereka itu.

Bahan-bahan mekap dia pulak, udang, ayam yg dicarik-carik, sayur togeh dan juga telur dadar yg dipotong halus (aku gunting). Sonang yo buek dia..

Aku masak ikut instruction yg ada kt paket pes tu jer. Yang ni aku tepek resepi yg aku amek kt Mesra.net nih :


BAHAN A
Perencah laksa Sarawak
1 bungkus bee hoon (direbus)
3 sudu serbuk kari ayam/daging
10 biji limau kasturi (dibelah dua)1 bungkus 'fish cake' (dihiris nipis)
Air
Minyak masak
Garam dan ajinomoto secukup rasa

BAHAN B
5 keping tauhu (digoreng dan dihiris nipis/dadu)
1 mangkuk besar taugeh (ditanak)
3 telur ayam (dipukul, goreng, dan hiris nipis)
Bawang goreng
Ayam (ambil isi, rebus, dan hiris nipis)
BAHAN C (Sambal)
10 tangkai cili merah (dikisar)
3 biji bawang merah (dikisar)
Seulas bawang putih (dikisar)
Segenggam udang kering (dikisar)
  
1. Panaskan minyak, tumiskan perencah laksa Sarawak hingga naik bau.
2. Tambahkan air (untuk kuah) dan gaul hingga sebati.
3. Masukkan serbuk kari. Jika mahu kuah lebih pedas, masukkan lebih banyak serbuh kari.
4. Masukkan 'fish cake' yang telah dihiris nipis.
5. Tambahkan bahan perasa.
6. Ambil semangkuk bihun (untuk seorang) dan tuangkan kuah ke dalam mangkuk tersebut.
7. Ambil sedikit BAHAN B dan taburkan ke atas bihun.
8. Perahkan limau kasturi.
9. Jika suka makan pedas, ambil sedikit BAHAN C dan gaulkan bersama bihun tersebut.
Cadangan Hidangan: Selain menggunakan isi ayam yang telah dihiris nipis, and juga boleh menggoreng ketulan ayam sebelum menumis perencah laksa Sarawak dan masakkan sekali di dalam kuah laksa.

Rasa dia pulak aku boleh kata, SEDAP. Cuma tak reti nk describe bagaimanakah sedap itu. Semalam pon tak dan nk makan sepuas hati sebab perut dh kenyang balun nasi. Mak bakar ikan siakap pastu siram kuah percik. Perhhgh..kalah makanan import dari Sarawak.

Ada sepeket lagi pes laksa tu kt rumah. Nnt datang angin rajin aku, aku masak dan tempek gambar laksa tu berposing dalam mangkuk bermekap ngn udang, ayam and hirisan telur dadar kt sini ok.. Slurrrppp!!

Pic credit to : Mr Google

0 words from u:

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®