Diskaun dan tol free lebuhraya sempena Aidilfitri

Salah satu pendekatan syarikat konsesi lebuhraya dan kerajaan utk mengurangkan kesesakan menjelang perayaan. 

Antara lebuhraya yg bakal mendapat tol percuma adalah Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa Satu pada 7 dan 15 September ini masing-masing bermula jam 9 malam hingga 6 pagi keesokannya kepada semua jenis kenderaan. 

24 lagi syarikat konsesi memberikan diskaun tol pada 6 hingga 8 serta 13 hingga 15 September mulai jam 12 malam hingga tujuh pagi, umumnya bagi kereta dan beberapa kelas kenderaan lain.
 
Berikut adalah senarai lebuh raya yang memberikan diskaun tol:

* Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite), Lebuhraya Seremban-Port Dickson dan Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia Singapura: 20 peratus diskaun kepada pengguna kenderaan ringan serta rebat tambahan 20 peratus kepada pengguna PLUSMILES sepanjang masa pada 6,7 dan 8 Sept serta 13, 14 dan 15 Sept.


* Lebuhraya Kulim Butterworth: Rebat tambahan 20 peratus kepada pengguna PLUSMILES sepanjang masa pada 6,7 dan 8 Sept serta 13, 14 dan 15 Sept.


* Lebuhraya Metramac: diskaun tol RM 0.10 untuk semua kelas kenderaan pada 10 Sept mulai 12.01 tengah malam hingga 12 tengah hari.

* Lebuhraya Pantai Baru (NPE) dan Lebuhraya Sungai Besi (Besraya): diskaun 10 peratus untuk semua kelas kenderaan mulai 12:01 tengah malam 10 Sept hingga 11.59 malam 12 Sept.


* Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas): diskaun 10 peratus untuk semua kelas kenderaan bagi Plaza Tol di bawah sistem kutipan tol tertutup (Plaza Tol Kajang Selatan hingga Setul) mulai 12:01 tengah malam 10 Sept hingga 11.59 malam 12 Sept, manakala tol percuma di Plaza Tol Ampangan untuk semua kelas kenderaan pada 9 Ogos hingga 20 Sept.


* Lebuhraya Damansara Puchong (LDP): diskaun RM0.60 untuk semua kelas kenderaan pada 10 Sept mulai 12.01 tengah malam hingga 12 tengah hari.


* Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint): diskaun RM0.20 untuk semua kelas kenderaan pada 10 Sept mulai 12.01 tengah malam pagi hingga 12 tengah hari.

* Lebuhraya SMART: diskaun 15 peratus untuk semua kelas kenderaan mulai 12 tengah malam 10 Sept hingga 12 tengah hari 11 Sept.


* Lebuhraya Shah Alam (Kesas): diskaun 10 peratus untuk kenderaan kelas satu mulai 6.01 pagi 10 Sept hingga 6 pagi 11 Sept.


* Lebuhraya Bertingkat Ampang Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Shah Alam Kuang (Guthrie), Lebuhraya Kemuning Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Duta Ulu Kelang (Duke) dan Lebuhraya Cheras Kajang (Grand Saga): diskaun 10 peratus untuk semua kelas kenderaan pada 12.01 tengah malam hingga 11.59 malam 10 Sept.


* Lebuhraya Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang (Silk): diskaun lima peratus untuk semua kelas kenderaan pada 12 tengah malam hingga 11.59 malam 10 Sept.

* Lebuhraya Pintas Selat Kelang Utara Baru: diskaun 10 peratus untuk semua kelas kenderaan pada 11 malam 9 Sept hingga 8 pagi 10 Sept.

* Lebuhraya KL Putrajaya dan Lebuhraya Lembah Kelang Selatan (SKVE) : diskaun 10 peratus untuk semua kelas kenderaan pada 10 Sept mulai 12 tengah malam hingga 11.59 malam.


* Lebuhraya Senai Desaru: diskaun 32 hingga 36 peratus bagi kenderaan kelas satu pada 12.01 tengah malam 10 Sept hingga 12 tengah malam 11 Sept.

 
So kawan-kawan, marilah kita merancang perjalanan. 


Dan drive carefully bagi yg memandu. Pandu cermat jiwa selamat.


11 words from u:

adianiez AIDA said...

patut nyer bagi free jer hi hi...

Sharinginfoz said...

memang bagus ni

Eliss said...

macam tak ikhlas nak bagi jer free tu..setiap tahun tak merasa...dia bagi awal sangat..

Atia Adina said...

tu lah...menyakitkan hati jer kan?bg tak ikhlas....free time org banyak tak guna....ish lah...hampeh jer

Unknown said...

@adianiez AIDA kang dia bg free time raya, lepas raya dia naikkan rate tol..iskk iskk!

Unknown said...

@Sharinginfoz bagus utk org yg boleh balik awal dan larat memandu malam la kan..yg tak tahan drive malam tu, same je laaa kekdah byrnnya

Unknown said...

@e.l.i.s.s.m.i.e haah elis..awal sgt. kita blom mula cuti pon kan..

maslinamansor said...

balik naik bas... rasanya sama gak harganya... huhuhu

Iela Fazielah said...

amboi2... mentg2 kete baru... siap tunjuk si drebar dgn co-pilot lg ye..jeles ai!. neway... selamat berhari raya n hati2 dijalan raya.... !!!hehehe

Unknown said...

@maslinamansor mas pesan kt driver bas tau.bawak saya dgn penuh hemah..jgn ikut sukak hati jer..

selamat balik kg

Unknown said...

@Iela Fazielah co pilot yg tu suka meleser bersandar kt tangan papa dia dalam kereta. sampai kekadang papa merungut susah nk bawak. nk buat cemana, anak bujang dia mmg manja ngn papa

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®