Upload gambar lagi lah.
Tahun ni turn saya beraya rumah parents saya. Kami memang dh berpakat, akan berkumpul seluruh adik beradik pada tahun yang sama. So kalau raya tahun ni penuh rumah mak abah, tahun depan sunyi la sikit time raya pertama kedua tu sebab masing-masing raya kt rumah mertua. Nasib baik jugak mak abah bermenantukan 2 orang, orang sekampung. At least yg dekat ni, boleh la balik sekejap salam-salam raya dgn dorang time yang lain takdek.
Abah, mak dan Hilda |
Family kakak sulung -Noriah, Yusof, Nazrul & Yasmin |
Family yours truly |
Family adik ke-4 - Fitri, Adah & Aisyah |
Family adik ke-5 - Halmi, Jaa & Mukhlis |
Adik bongsu - Izzati |
Saya ada 6 orang adik beradik sebenarnya, tp Abang kedua saya tak join pon riuh-riuh kt luar. Dia buat hal sendiri je. So tiada dalam gambar :)
Tahun ni, memang habiskan cuti seminggu tu dengan family saya je. Hari Ahad sampai la Sabtu minggu lepas, masih bersama keluarga saya. Of kos la, makcik suka!
Cik Abg saya bagi can luangkan lebih masa beraya dgn family saya. Yelah kan, family dia ada around KL saje. Kampung dia pon kt Melaka je. Tak jauh mana. So ada 3minggu lagi nk ronda-ronda beraya kt rumah sedara mara dia. Yang seminggu tu, kita pulun kt tempat saya je.
Hari raya kedua, kami ziarah sedara kt Keratong. Raya ketiga beraya kt Kuantan pula. Raya keempat, bawak my parents balik kampung di Sungai Besar serbu rumah nenek dan adik beradik Abah.. Raya kelima ziarah rumah makcik pakcik dekat Klang. Dah petang baru la sampai Kajang rumah mak dia.
Hehe dh raya kelima, memang tak dan la nk bergambar dgn baju melayu/kurung lagi dah.. Memang dari awal saya tak berapa nk pegang kamera pon. Sbb tangan asek mendukung cik Hilda Marissa si tembam saya tu je. Kalau ada nk chamwhore pon, dalam kereta je lah.
Hannah yg snap gambar ni. Memang saje nk amek gambar adik dia je kot. tak kasik mama papa enterframe |
Tidur lagi best |
Raya tahun ni, saya tak pulun rendang sangat. Pegi rumah orang pon setakat jamah-jamah je. Tak beria sgt pon nak makan. Apsal ntah. Takut GEMOK kot!! Lgi satu sebabnya, ramai jiran-jiran mak saya yg hidangkan sup. Sup daging, sup tulang, meehun sup, sup dan sup sup. Nasib baik la dorang hidangkan sup, so takdek la saya nk berkejaran ke toilet je raya kali ni.
Tetiba je saya rasa mcm rindu kt rendang kt rumah orang tu.
2 words from u:
Meriah hari raya tahun ni.. Comel hilda pakai baju kurung.
meriahnyer raya... thn ni kami xmerasa bergamabr ber4.....huhu.... selamat hari raya lydzar
Post a Comment