Salam Jumaat.
Alhamdulillah dah masuk hari ke-5 Ramadhan tahun ini. Syukur, semoga kita diberi kesempatan berpuasa sehingga hari terakhir.
Cerita tentang penyusuan di bulan Ramadhan. Saya suka membaca setiap post dan komen di wall Group KIM (Kumpulan Ibu Menyusukan) di Facebook. Awal-awal sebelum masuknya Ramadhan mereka dah bersiap sedia dengan pelbagai soalan dan andaian. Bolehkan saya menyusukan anak saya? Mampukah saya menyusukan anak apabila berpuasa..dan sebagainya.
Bila dh masuk Ramadhan byk pula post tentang hasil 'tuaian' hari ini. Dari sesi pertama sampai sesi terakhir ada yang suka update. Alhamdulillah ada yang masih maintain malah ada yang bertambah hasil perahannya..dan tak kurang juga ada yang berkurangan hasilnya.
Bagi saya pulak. hasil tak tentu hala. Hehe. Adakala sama, adakala lebih banyak dan adakala kurang.
Tapi takpe, saya memang berfikiran positif. Tak perlu terlalu stress. ~Saya cuma stress kalau papa balik lambat je hihi!~Berapa pon jumlah yang saya dapat, saya ucapkan Alhamdulillah. Itu lah rezeki untuk anak saya Hilda Marissa.
Lagipon bulan Ramadhan ni, saya balik jam 4 petang. Saya dh kurangkan daripada 6botol susu kepada 5botol. Itu pon selalu berbaki satu botol. So memang belum timbul problem tak cukup supply. Lagi pula saya memang disiplin menambah sesi perahan kt rumah ~before tidur dan waktu sahur~.
Dari segi pemakanan, saya amalkan pemakanan berkhasiat ditambah dengan pengambilan vitamin Shaklee, kurma sesuka hati saya -banyak! dan minum air secukupnya.
Waktu berbuka saya makan seadanya. Apa yang saya mampu masak, itu lah juadahnya utk sekeluarga. Setakat ni, hanya beli kuih kt bazaar. Waktu sahur pulak, saya makan hidangan berbuka tadi, bersama air bancuhan Energizing Soy Protein, Performance Drink, MealShake dan Horlicks. 4 in 1 drink yang memang sustain energy saya. Performance Drink ni saya bancuh dengan air Sunquick oren utk suami dan anak-anak minum time berbuka.
Owh ye, kurma habbatussauda yang kak Masliza bagi tu, mmg agak berkesan sebagai milk booster saya. Dah agak lama saya tak rasa 'full', tp since saya makan kurma tu, 'ia' kembali 'full' heheh!
Semoga kita para breastfeeding moms terus berjuang dalam misi penyusuan kita. Cekalkan hati, kuatkan semangat, berkorban masa dan bersupport-grouplah kita. Insya allah boleh!! Tapi kalau kes-kes TERpregnant time masih breastfeed tu, kena usaha lebih gigih la kot..kwangkwangkwang!!!
SELAMAT BERPUASA!!
5 Persediaan Untuk Bersalin Yang Ibu Hamil Perlu Buat Supaya Kelahiran Anak
Menjadi Kenangan Terindah
-
Setiap ibu hamil pasti mahukan proses bersalin yang mudah, cepat dan
selamat, kan? Walaupun apa yang bakal berlaku adalah rezeki masing-masing,
namun kita ...
6 words from u:
hehehe..kwangkwangkwang...mamasue so not ready fot that.=P bab berkorban masa tu mamasue paling setuju,sbb nak buat sesi mengepam smp 3 kali ni mmg lah cukup amik masa,demi medina,mamasue pam gak...kan mommalydzar
menggigil lutut nak pam masa time pose ni..haishhh..jd kt opis 2 kali je. kat rumah kut rajin sekali je.lgpun itu budak kecik setahun 7 bln asik nak menempel dgn mama..ahhhh semputtt
ibu saya dah tak mengepam....adik saya dah minum susu formula....malam jer adik minum susu ibu
selamat berjuang!!
salam ziarah... seronok baca entry ni. alhamdulillah, saya belum miss lagi puasa. cuma semalam E.L, sempat direct bf sekali kat baby. Tapi kesian dia coz lepas burp, terus muntah.. ada la 2 kali muntah. esok hari cuti tatau la nak puasa ke tak. sy ni jenis byk angin, maybe effect pada susu jugak kot......
Jemput join contest untuk cloth diapers di http://nurbaiya.blogspot.com/2011/08/aku-buat-giveaway-nihmai-la-join-ramai.html
Post a Comment