Online Shopping!

Alhamdulillah, semua TOP PRIORITY aku telah berjalan dengan lancar. Berkat duit tabungan bersama-sama rakan2 opis - KUTU day!!

Semua barang telah diorder sejak hari Isnin dan Selasa..dan semua barang telah tiba hari Khamis dan Jumaat lepas.

Sungguh convenient!


Big parcel

free gift

Baby HM yang punya!

Yang ni shopping kt One Baby World.

Aku beli milk storage bottle and plastics, romper set dan receiving blanket. Dapat free sehelai bip dan eco beg :)

Barang lain adalah ;  Set Confinement Shaklee beli di Shaklee Trial Pack

dan 2 helai nursing blouse di Ci-Ku-Cak

Dua-dua barang yang ni aku tak sempat nk snap gambar sebab telah diserang demam berjemaah last week kan. Tp aku dh try blouse ni. Cantik!!!! Tak sabar nak pakai..

Dup dap dup dap jantung aku..baru je diserang demam, tiba-tiba rasa seriau nk diserang sakit contraction..Ya allah permudahkan lah urusan bersalin kali ni..Amin..

Demam Sekeluarga

Assalamualaikum..

Bertemu kita dihari pertama aku berkerja minggu ini..memang sehari ni je pon kot, sebab esok dh start cuti CHinese New Year kan..

Alkesahnya, kami sekeluarga telah diserang demam berjemaah.
Dimulakan dengan Abg yg start demam pada Jumaat malam..Balik kerja dengan muka yg sangat tidak larat dan tidak sihat. Terus dia terbaring di bilik. Panas sungguh badan dia. Malam tu jugak kami ke klinik Annisa utk mendapatkan ubat.

Bermula episod aku tak tidur lena sebab sibuk membasahkan kepala Abg dan meletakkan losyen panas pada badannya yg sakit ditengah malam. Biasanya memang macam tu kan, bila suhu badan tinggi..sendi-sendi akan terasa sakit.

Pagi Ahad, aku pulak mula diserang batuk. Sempat basuh kain satu round, terus rasa tak sedap badan dan mintak izin anak-anak nk tidur sekejap sebab sgt tak larat. Huhu mmg kena mintak kebenaran, kalau tak nanti Hannah marah.

"Mama, sekarang ni bukan malam..kenapa mama tidur pulak"

Itu ler ayat dia setiap kali aku suruh dia tidur or aku sendiri nk tidur siang..Haih!!!
Siang Ahad tu, Abg nampak macam dh OK. Suhu badan dh normal. Tak sangka, menjelang petang, naik lagi sekali. So nak taknak, aku paksa jugak dia ke klinik lagi. Kali ni nak suruh check darah pulak. Risaunya kalau demam denggi yg menyerang. Kali ni kami ke DEMC pulak. Memang ramai orang kt klinik. Musim lah agaknya.

Alhamdulillah, lepas buat blood test, its not a denggi. Aku mintak doktor bagi painkiller yg kuat sket dosenya supaya dapat menghalang rasa sakit sendi so boleh la Abg tidur lena sikit.  
Abg semakin OK, aku pulak semakin teruk. Sama condition. Sakit kepala, sakit sendi-sendi, batuk dan selsema. Passing batton la gayanya. Isnin pagi, aku pulak dihantar ke DEMC. Lepas makan ubat, memang terus ku tumbang. Tak larat langsung nk bukak mata, efek mengantuk ubat batuk dan selesema tu. Time tidur pulak, terasa badan sgt panas dan lepas tu badanku berpeluh-peluh. 

Petang tu aku gagahkan keluar  pegi amek Hadif kt taska. Pengasuh kt taska bagitahu, Hadif pulak start demam. Alahai..siannya. 3 down already. Hannah je so far yg OK. So malam Isnin tu pegi Klinik lagi sekali bawak Hadif pulak. Sekali lagi, klinik memang dipenuhi orang tak kira dewasa dan kanak-kanak.

Setelah berehat, berbaring dan tidur selama 2 hari, alhamdulillah dah terasa semakin OK. Cuma Hadif masih lagi demam.Semoga hari ni dia pon dh recover. Doa-doakan yer..

pssttt : Aku sms bos bagitau aku demam sebab berjangkit dengan anak-anak..huhu salah type rupanya, Yun yg bgtau tadi hikhikhik..sebenarnya nak type berjangkit dgn husband..


 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®