Hadif's Birthday Mini Celebration

Tunggu papa balik, punya la lambat. Tak ingat ker wei hari ni birthday anak bujang awak..

Memandangkan hari semalam adalah hujan, dan encik papa pergi kerja naik motor maka sila lah puan momma bersabar menunggu kepulangannya ok..

Jam 9malam baru la terpacul batang hidung kt rumah. Aku baru je nk pakai telekung, nk solat Isya..

Abg : Cepat cepat..jom pergi kedai.
Aku : Kedai apa? Dh nk tutup pon semua kedai tu..
Abg : Kedai kek la, kan hari ni beday anak papa ni.. (sambil gomol-gomol hadif)
Seb baik ingat..

Aku : Jap, syg solat kejap..
Siap solat, kelam kabut bersiap-siap..hannah pulak merajuk nk pakai jugak compact powder aku. Saje je carik pasal. Main angkut je Hannah yg tengah hangin satu badan sebab tak dapat pegang compact powder. On GPS, search kot-kot ada kedai kek kt area Subang Bestari ni. Info yg ada dalam tu semua kt Kota Damansara, maka kami pon segera lah kesana. 

Pegi kedai kek biasa je, takmo pegi Resepi Rahsia hihihih..

Lepas tu pegi drive-thru KFC. Kita makan kt rumah jer la memandangkan mood hadif yg dah terlentok nk tido tu. Kang dia buat drama pulak dalam KFC sebab bad mood.

So ini la dia kek yg menjadi pilihan Hannah.

*kek otromen satu, kek doremon satu*

*laaa mama, keciknya kek utk adik*

*tak nak lah, takdek lilin pon*

Tak pa la dik, malam ni punya kek kecik. Sabtu nnt ada kek besar utk adik OK..Jangan merajuk. Meh makan meh!

*Original chicken + Black pepper chicken*

*close up*

Sedap jugak kot KFC black pepper ni. Teringat-ingat zaman aku berpantang dedua anak aku ni. Hari-hari mesti letak black pepper dalam apa jua lauk :D


Dan sesi seterusnya, main belon sebelum tido :)

Sekian cerita mini celebration adik yg sangat simple..

YEAY YEAY!!! dan DOUBLE YEAY YEAY!!

Mood dalam hati ada rasa gembira..mood dalam hati ada bintang bulan, bunga-bungaan dan juga ikan hah! apekah.. 

KENAPA?? KENAPA??

remember my post yesterday ??

Pasal nk kan barang free from ellisme.com :) Maka dengan sangat pantas Elis telah relahati memberikan barang free itu pada aku hari ni.. AKU SUKA!! AKU GUMBIRA!!

Presenting my cop mohor..lepas ni gambar-gambar yg ada dalam blog ini akan mengalami proses setepek cop mohor sebelum dipublish kan...baru la orang tak bley nk plagiat gambar2 keluarga aku ~ceh bajet mcm ada je orang nk copy paste gambar dalam blog aku..glemer ke ko ni? haha!~ 

hihi tak glemer pon tak kesah la, atas dasar keselamatan negara jer ...


nampak tak cop mohor aku dalam gambar aku ngn lelaki kesayangan aku ni..tu dia kt tepi kepala aku tu..nampak tak nampak tak?? eksaited OK!!

OK tu satu hal ..

Lagi satu GEMBIRA aku adalah kerana aku mau award DIRI SENDIRI dengan Award ini..


Award ciptaan sendiri yg pertama di sini.

Syukur YA ALLAH Kau permudahkan perjalanan penyusuan ekslusifku..
Syukur YA ALLAH atas kurnia rezeki mu kepadaku dan anak-anakku..
Syukur YA ALLAH atas kehebatan susu ibu ciptaanmu..
Syukur YA ALLAH aku tak mampu berjaya tanpa redha mu
Semoga YA ALLAH Kau terus memberikan kami rezeki-rezeki ini..


Sesungguhnya kejayaan ini amat bermakna utk diriku seorang mama..





 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®