Jom Pergi

Abg cakap nk pegi sini esok. Best ke? Murah ke? Berbaloi ke?

Last week trip to Ikano, aku ada jugak singgah Crocs ni. Sesaja tengok, niat dihati nk beli (survey je sebenarnya) kasut/sandal utk kerja sebab sandal nan satu dah pon putus talinya. Aku ni jenis.. beli satu, pakai sampai rabak, then baru beli lain. Tak macam ladies lain yg bersusun stok kasutnya dalam kereta, dalam rak kasut dirumah, dalam sane dalam sini..menarik je mereka yg ada banyak kasut tu kan.

Tp tetiba berkenan dengan satu kasut utk Hannah. Comel.

 Pic from Crocs

Tp RM129. Mama dia ni pon tak penah merasa kasut berharga begitu. Sorry la nak, kita tengok-tengok jer la yer.
Papa dia biasa dah, mmg beli kasut range harga begitu la, utk kasut kerja..Biasa la kasut lelaki kan..

Aku ni, mana penah beli barang-barang yg mahal utk diri sendiri. Tak kira la, baju ke, jeans ke, kasut ke, henbeg ke..even perihal kosmetik bedak lipstik bagai dan skin care pon carik yg murah punya je. Terasa sayang nya duit yg tak seberapa tu nak beli barang mahal. So beli je la yg murah asalkan boleh pakai. Dan walaupon beli yg murah jer, duit tetap abis jugak setiap bulan. Haha duit oh duit. Ko memang takmo dok diam dalam bank aku kan..

psstt pssttt akceli utk anak-anak pon aku beli barang-barang yg average dan murah jer jugak. Sesungguhnya aku ni memang penjimat orang nye kot kan :) hehe

Ermm walaupon mungkin tak beli ape-ape esok, tp best juga Abg nk bawak pegi sana. Boleh la cuci mata, Dah la nnt asek nk kena tinggal, Abg nk g Langkawi (Ahad-Selasa), pastu dia kata kena beli Sabah/Sarawak pulak Khamis ntah berapa hari. Uwaaaaaaaaaaa!!
Nak ikut!!!!!!!!!


p/s: malas nya nk pegi milking..hari jumaat memang begitu sebab dah almost weekend..pk esok tak yah nk anta stok ke taska kan. malas malas malas...tp mama sila jangan begitu..huhu

BELAGAK ye

Aku ni kan, memang hari-hari takdek kerja. Kerja aku adalah blogging, surfing, blogging, surfing..boring jugak dah. Skop kerja yg sepatutnya aku buat adalah mensupport sistem SAP B1 kt sini. Tp due to problem with the previous consultant, dorang tak boleh deliver, maka sistem yg dahulunya dah half-way tak berjaya digunakan disini. Last 2-3weeks, kami bz juga la dengan pencarian consultant baru utk re-implementation..sekarang ni tinggal proses nk tunggu kelulusan MD je utk proceed dengan consultant terpilih seterusnya kick-off dan kemudian boleh la mula bz dan berkhidmat secara hakiki..tp rupanya kena tunggu MD balik dari outstation dulu. Mayb in 2 weeks time baru la dia balik. Huhu maknanya tugas aku datang kerja adalah BLOGGING dan SURFING lagi lah yer...makan gaji buta weh!!! Tu pasal la, blog aku ni asek update saja..

Last week kan Abg beli E72. Sungguh dia berlagak dengan aku ok! Ciss sungguh!!

Setakat nk pegi Kota Damansara pon nk pakai GPS. Aku paham la dia nk test functionality of the GPS. Accurate whatnot..Pastu bila dh sampai area dituju..boleh pulak search Place of Interest kan..tau la mana-mana tempat yg ada kt area situ.

Dialog tak tahan :

"Sekarang nk makan pon kena bukak GPS, kalo tak, tak selera je" sambil merujuk pada list kedai-kedai makan yg ada kt Dataran Sunway ni. BELAGAK GILA kan!

dialog tak tahan 2 :

"Pelik jugak kan dgn orang-org pakai henset biasa-biasa ni (sambil jeling aku), ketinggalan betul"

Hahahah aku geram tu geram gak la kan. Padahal dia tu sebelum beli E72 tu, pakai henset cabuk mcm aku jugak. Cepat betul lupa diri..

Tapi takpa, kasik chance la dia jakun sket. Nanti lama-lama kurang la kejakunan dia tu.

Aku pulak memang dh teringin jugak tukar handphone baru, Tp rasa mcm byk lagi benda lain aku bk beli selain handphone ni. Ermm ada sesapa tak nk bagi aku hadiah besday :P

Bangun la kak..mama nk g kerja ni

Dalam masa 2 minggu ni, amat payah nk kejutkan hannah dari tidur pagi. Sedari pukul 7 aku kejut, dia mesti macam tergolek sane tergolek sini sambil sambung tido. Kejut berkali-kali sampai la aku siap bertudung bagai. Tak bangun-bangun jugak.
Nak kata tidur lewat sangat tu tak jugak. Paling lewat adalah 11.30malam. Tp memang jauh la jarak waktu compare time mama dan papa dia dok berjauhan dulu. Kalau dulu, kol9pm dah siap tutup lampu bilik. Layan sembang ngn nenen dia sampai la dia tido.

Yerla, since papa dah ada kt sini, walaupon takdekla selalu sgt dia balik awal aku macam dok tertunggu-tunggu jugak kepulangan dia. Sambil tunggu tu, sambil la lipat kain, tengok tv, kemas dapur etc. Bila aku sibuk buat keje-keje tu semua, memang dua beradik ni takdek la reti nk g masuk bilik n tido sendiri lagi. Kompom nk duduk bawah ketiak mama dia ni dulu, nenen dulu. Tu pon kekadang, bila aku dh fedup tunggu Abg tak sampai rumah lagi walaupon dah pukul sepuluh lebih, maka aku pon menghentikan penungguan (erkkk penunggu gunung raya ke hapa) kepulangan dia dan bawak masuk budak-budak ni masuk bilik, tetiba dorang nk g main lagi. Adeh! So itu a salah satu sebab sekarang ni tidur lambat sikit dari biasa.

Berbalik pada cerita mengejutkan hannah dari tidur tu. Aku guna macam-macam cara. Kejut dengan suara lembut, gerakkan badan dengan lembut, basahkan muka dia dengan air, suruh adik kacau dia tidur. Semua tak jalan..
tp bila jam dah tunjuk pukul 7.30 pagi, dan dia masih lagi tak mau bukak mata. Masih lagi tergolek sane tergolek sini, maka suara aku mula la berubah dari low note kepada high note, high pitch, bebelan 1/2kilometer. Tersedu-sedu dia dalam tidur. Siap aku berlakon tutup pintu bilik dan konon2 dah pegi kerja. Menangis la dia.

Marah kejap je, bila aku low kan semula suara, suruh dia bangun dan peluk aku, baru la dia bangun bebetul. Sebelum keluar ke pintu, dia mula la buat-buat tak nak pegi taska pulak. So nak kena tackle dia dgn certain favorite things dia la. Selalunya aku offer wafer biscuit or Hi-goat tablet takpon duit seringgit. So far,makan pujuk la dengan benda-benda tu. Daripada tersedu-sedu nangis, terus boleh sembang ngn mama dia mcm takdek alkesah berlaku tadi. Sekarang ni memang aku malas nk mandikan dua budak ni pepagi. Sebab setiap kali aku mandikan dorang pepagi, aku notice dorang akan kena selsema. So better not lah. Memang bucuk masyam sungguh pegi sekolah haha!

Lagi satu hal hannah ni, dah mula kuat merajuk. Menurun perangai mak dia kot. Baru la aku tau cemana susah nk handle org kuat merajuk ni.haha terkena kt batang hidung sendiri. Bila aku cakap tak boleh, merajuk. Bila aku tak bagi coklat, merajuk. Bila aku nk nenenkan hadif dulu, merajuk. Bila baring sambil mengiring arah hadif, tak kearah dia pon merajuk. Pastu kalo merajuk tu, siap duduk berpeluk lutut dan menangis tutup muka lagi. Aalahai anak dara ku.

Sape ada tips utk handle anak merajuk ni ek? Care to share?

Utk certain hal, macam bila merajuk sebab hadif, aku try la to be fair. Bagi nenen serentak. Ikut nursing position yg sesuai. Kalau dia nk tengok kawan-kawan dia main kt taman, aku tunggu la sekejap dia berlari-lari ngn kawan dia kt taman tu. Mana yg aku boleh ikut tu, aku ikutkan la supaya dia terpujuk. Tp utk certain hal macam, tetiba dia marah tak bersebab aku buat tak tau je. Sebab tak paham apekah punca merajuk tu. Tp memang selalu la jadi mcm ni, Bila suruh cakap, tak mau cakap pulak. Macam-macam kan ragam anak.

Kekadang letih jugak nk handle semua ni sorang-sorang. Most of time terasa sorang la, sbb Abg agak bz buat masa ni. Macam dia tak kesah pon hal anak-anak yg mcmni. Tadek pon dia tunjukkan pendekatan yg lebih berhemah lepas satu pujukan tak menjadi, dia pulak yg mula nak angin ngn anak. Aku paham la dia penat. Tp anak tu paham ke? Mungkin aku ngn Abg kena pegi parenting class kot :D

Tp yang bestnya semalam, Hannah tetiba takmo pakai diapers. Saje je dia tanggalkan. Dan papa dia terpaksa entertain potty training session-yg-tak-sengaja.haha! Masa tu aku dh siap amek wudhu nak solat magrib. Tetiba hannah buat muka meneran. Ape lagi, aku jeritla

"Abg, bawak hannah g toilet. dia tak pakai pampers tu!"

Dengan pantas la dia bawak ke toilet. Tp dia letakkan jer hannah dalam toilet tu, pastu keluar semula sambil pesan, "Hannah dh siap panggil papa tau"
Then dia uruskan la sampai la selesai. kwang3, padan muka papa. Sekali balik awal, terus kena dera dengan anak.




Pilu hati ayah tua - entry emosi

Tertarik pulak aku baca tajuk berita ni kt Harian Metro tadi.

Pilu hati ayah tua.

MASJID TANAH: “Awak balik sajalah, lebih baik jaga isteri di rumah,” begitu kata-kata sinis dilemparkan seorang anak lelaki kepada bapa kandungnya ketika warga emas terbabit mengunjungi tempat anaknya bertugas untuk mengubat kerinduan selepas sekian lama tidak bertemu.

Perbuatan lelaki berusia 50-an berkenaan yang berjawatan tinggi, amat menghiris hati warga emas itu, Abdul Rahman Baharom, 73, kerana dia satu-satunya anak lelaki dalam keluarganya yang berjaya menjejakkan kaki ke menara gading.


Abdul Rahman yang menetap di Ulu Sepetang, Taiping, Perak, bersama isteri kedua dan ketiganya, berada di Melaka sejak dua bulan lalu, kerana mengunjungi isteri keempatnya.


Menurutnya, dalam kejadian hujung tahun lalu, keinginannya untuk bertemu dengan anak lelakinya itu yang terpisah sejak lebih 20 tahun, begitu memuncak untuk mengubat kerinduan yang terpendam selepas dimaklumkan lokasi anaknya bekerja oleh anak dengan isteri keempatnya, Roslina, 38, baru-baru ini.
Katanya, dia kemudian dibawa ke tempat anak lelakinya bertugas tetapi mendakwa dilayan seperti orang asing malah tidak disapa ketika bertemu, malah lebih mengaibkan apabila anaknya itu seolah-olah tidak pernah mengenalinya sebelum ini tanpa menghulur tangan mahupun bertanya khabar.


“Perasaan saya sungguh kecewa apabila dia melayan acuh tidak acuh sahaja sedangkan saya memanja dan membelainya dengan sepenuh kasih sayang ketika kecil. Tujuan saya datang ke sini bukan mahu meminta duitnya tetapi sekadar ingin melepaskan kerinduan seorang ayah.


Dari raut wajahnya, saya rasa kedatangan saya menyusahkannya, malah dia memandang sinis kehadiran saya tanpa menunjukkan sebarang kemesraan sebelum menyuruh saya balik jaga isteri saya sebelum berlalu meninggalkan saya bersendirian.


“Saya terkedu dengan tindakannya, apa salah saya sedangkan sebelum ini kami tidak pernah bersengketa malah sebelum itu pun dia sendiri yang bersetuju saya bernikah dengan ibu tirinya, tetapi kenapa sekarang baru menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap saya,” katanya di sini, semalam.


Abdul Rahman yang mendakwa memberi didikan kepada anaknya itu berkata, anaknya memberi alasan mempunyai tugas dan berlalu meninggalkannya.

Pada pendapat peribadi aku la kan, mayb anak dia yg berumur 50an tu menyimpan dendam yg tak terungkai dimasa mudanya sebab si bapak kawen selain dengan mak dia. Kawen sampai 4 pulak tu! Hebat jugak bapak dia ni kan, boleh sapu sampai 4. Aku rasa adalah sesuatu yg dia tak puas hati tapi bapak dia ingat dia ok jer.

Aku memang agak emosi kalau ia berkaitan dengan hal menduakan, mentigakan malah mengempatkan ni. Walaupon sang lelaki kata dia mampu, mampu dari segi kewangan dan adil, tp aku masih rasa mereka takkan dapat buktikan kata-kata mereka itu, Sedangkan dengan seorang isteri dan seorang atau lebih anak pon, aku tengok kebanyakan lelaki sukar menguruskannya apatah lagi bila terlalu banyak kawasan agihan macam ni. Masih byk cacat cela, inikan pula nk dibahagikan yg sedikit itu kepada terlalu byk pihak. Utk yg berjaya tu, ini adalah kerana toleransi tahap maksima dari para wanita yg mampu mengawal emosi mereka. Bukan kerana lelaki itu! Serius bukan.

Mungkin sepatutnya aku bersimpati pada si ayah tua, tp sekilas baca aku mmg tak simpati pon. Jelak kot! Dah puas ko hidup dengan bini sampai 4, ko rasa penuh sangat ke perhatian ko bagi kt anak-anak ko tu. Ntah2 ko setakat azankan dan dukung bila keadaan memaksa je. Iye ke ko memanjakan dan membelai anak ko yg sedang memberontak tu? Tepuk dada tanya lah kisah silam ko.

Sekian entry emosi aku tengahari ni.

p/s: Saya memang anti poligami. Semoga saya tak diuji dengan dugaan begini.


Laptop baru :)

Yeay!

Akhirnya aku boleh hantar laptop aku ni pulang ke rumahnya..home sweet home. dah almost 3bulan laptop aku tak balik rumah. cian dia

Actually masa memula aku masuk keje kt sini, aku ada dapat laptop. tp dek kerana ketidakcukupan peralatan (PC dan laptop) dan dengan jumlah newcomers (new employee termasuk para mereka yg berpangkat bos) maka aku terpaksa berkorban dan mendahulukan mereka. Laptop yg aku gunakan ketika itu terpaksa aku beri pada mereka yg lebih memerlukan. sebab keje aku kt opis ni mostly adalah surfing sahaja haha! maka my immediate bos cakap, kalau u ada laptop sendiri, bawak la dulu. Nnt i buat request utk beli stok baru, then i bagi u satu..

So the time has come. I got new one!

Aku tengah menginstall apeape yg perlu. Kena buat sendiri la. Kata dok department IT kan..walaupon yg sebenarnya aku tau basic sgt hal-ehwal laptop n pc nih. kt uni dulu tak ajar..kahkah nk salahkan silibus pulak dia, padahal ko godek n belajar la sendiri!!

 *fresh from farm*

 *Bilik IT yang cramp*

Nampak kan meja yg penuh laptop tu. Atas meja ni la kami bertiga share workspace. Giler kan! sungguh tak privasi. Seb baik la semua kurus-kurus belaka. hihihi!

Sebelah tumbler bertutup pink tu, laptop besar gedabak aku - erkk akceli Abg punya, tp diconquer oleh aku since it first bought. biasala, hartamu hartaku jua kan Abg :)
Pastu yg sebelah sibesar tu la laptop baru aku..harta syarikat juga adalah hartaku, boleh kan gitu.

Harapnya sibesar tak merajuk dengan aku sebab aku akan menggunakan si cute-miut (walaupon tak secute netbook) disebelahnya selepas ini. Maka mungkin secara tidak rasmi, si besar akan jadi hak-milik anak-anakku pulak..slek sket la, DVD drive si besar dah rosak. Cemana nk pasangkan mereka CD/DVD nnt..huh!





Hari mengosongkan akaun

Macam biasalah, bila bos besar dah sign dokumen utk dihantar ke bank, esok harinya akaun maybank kami pun penuh la.

Tapi penuh tu utk beberapa minit ajer, lepas tu proses mengosongkan dan mengclearkan pon bermula. Aku tgh dok sibuk isi fields 'Favorite Payee', 'Transfer to 3rd Party' bla bla..

tengok la, kejap je akaun hak milik aku surut dan susut dan kempis haishhh!!


Happy Monday

Morning!!

Macam ceria pulak aku di hari isnin ni kan.. :) Ape aktiviti korang weken?

Aku?? Sabtu pegi kenduri kawen adik Azli (kawan Abg) kt Sentul.Gerak dari rumah pon dah pukul 2lebih. Sampai kenduri kol 3++, kenduri dah ala-ala lengang sket dah. Tp Abg mmg suka datang kenduri lambat. Boleh lepak lama-lama sket agaknya. Sempat la jumpa geng GS, Epul+Rosmah n kids (Dhia, Damia) Dekwan+Izza and kids (Irdina, Miqaeal), Umar+Sue and their girl (Qistina). Tak sempat jumpa Mamad+Lily+Mylea.. Dah lama jugak tak jumpa mereka-mereka ni. 
Dorang adalah geng bas skolah Abg - para suami tu la. Masa zaman dating beramai-ramai dulu la kenal ngn para isteri mereka. Good news, Faezah wife Azli tengah pregnant 2nd baby..due mayb December nnt..so most of us are having year end product :D 

 *hannah tengok qistina buat project baek*

 * aaaaaauuummmmmm*

*miqaeal - 1st time jumpa anak bujang izza*

Sorry Aimi, aku tak dapat attend kenduri aqiqah anak ko (if u are reading). Kesuntukan masa. Dan arah dua kenduri ni berbeza. 

Balik dari kenduri, Abg ajak ushar handphone. Kembara mencari handphone yg dh beberapa minggu kami jalankan. Abg kata 'jalan-jalan carik handphone jer, bukan beli'

Ai tak kisah la bang, cari ke beli ke, yang penting akan bawak kami pegi jalan-jalan kan :)
So kembara petang itu di Digital Mall PJ. Dan rupa-rupanya kembara kali ni berjaya pulang dengan satu hasil tangkapan.. (kalau pulang dgn 2 hasil tangkapan, sudah pasti aku yg terlebih senyum simpul huhu)

*pinjam gambar dari En Google*

Bila dh beribu abes dalam sekelip mata, terus dibawanya kami semua pulang kerumah..takut poket semakin menipis agaknya hahaha!!

*depan surau IKEA*

Ahad pulak, pegi lawat nenek kt Kajang. Lepak sekejap, kami pegi Ikano pulak, Aku dah sound Abg awal-awal nk paw duit dia beli baju utk anak-anak utk sesi photoshoot tu. There we go, selamat tapau sorang selai baju. Mama punya je tak dapat lagi.

..::Tag Bertajuk Barang2 Pas Kawen Dari Puan Noma::..

Noma, serius aku tengah boring ni..so aku selamba jer buat tag yg ko tujukan pada semua orang ni yeh..

1. Barang kahwin pertama yang dipakai?
Sama la mcm ko noma, barang kawen pertama yg aku pakai adalah gelang nikah utk batal air semayang..

2. Barang elektrik pertama yang beli bersama pasangan selepas sah bernikah dan duduk sebumbung?
Memandangkan time aku baru kawen tu, aku dok menumpang rumah mak mertua yg dah lengkap segala-mala barang lektrik. Maka aku tak penah beli barang letrik time duduk kt umah tu. Tp bila pindah ke Penang, semuanya terpaksa beli serentak. Antara brg letrik yg kitorang beli serentak tu adalah rice cooker, oven dan electric water flask.

3. Barang pertama milik peribadi yang dibeli guna duit hantaran?
Erm mak aku bg aku 1k plus dari duit tu utk aku. Aku simpan dalam ASB. Pastu masa zaman aku mengganggur aritu, aku korek sket2 duit tu utk lepas gian beli barang ngn duit sendiri..mostly beli something utk hannah je kot

4. Barang pertama yang dibeli selepas bergelar isteri?
baju tidoq hahahahah

5. Barang mahal pertama dibeli sbg suami isteri (beli dgn capai keputusan bersama)?
Sama gak ngn noma, beli rumah yg kami tak dapat duduk tu laaa

Sekian

dari yours truly yg dh dok sabar menunggu pukul 6petang. :)

kengkawan yg free boleh la jawab gak tag ni macam aku..utk hilang boring dipetang jumaat



Kids and Family Photography

Nk shooting outdoor adalah salah satu mimpi indah aku yg tak tercapai time wedding aku tahun 2007 dulu. Walaupon aku dh beria allocate duit utk tujuan nan satu, tp dek kerana Abg kata "membazir", "boleh guna duit tu utk tujuan lain" maka aku bakal isteri solehahnya pon dengan hati yg amat kecewa dan terkilan pon membatalkan niat itu. 

Setelah bertahun-tahun berlalu, hehe mcm la lama sangat 2007 to 2010 tu.. lama tak lama la kan, sampai aku pon dah beranak dua ni..mimpi indah tu masih bermain dalam tidur ku. chewah! padahal tido tak penah lena, mana penah sempat mimpi-mimpi pon!!

Aku tengok family Sue (Lunatots) buat fotoshoot ni dengan MyKalish.com , tengah ada promotion. RM145 utk basic package :) wah wah!! peluang baik nih!!!
zaass..dengan segera aku pegi belek MyKalish. dan ia tak mengambil masa yg lama utk aku buat inkuiri dan mentrasfer rm50 utk booking..amek basic package aje la. Printing boleh buat sendiri.

Kali  ni aku tak tanya pon persetujuan Abg. Dia secara paksa-rela kena cakap yess jer la kan.Sbb aku yg bayar. Tp rasanya nk mintak dia sponsor baju baru utk kami sempena fotoshoot ni :)

Lokasi masih belum di setkan lagi. I am thinking of KLCC park ataupon Taman Tasik Shah Alam tu je.

Dan actually photoshoot ini adalah bersempena our Handsome Hadif Mifzal turning 1year old (18 May 2010) dan nk gak selit, sempena our 3rd Wedding Anniversary.

Kalau kawan-kawan berminat, boleh la terjah MyKhalish

Nnt kalo dh setel, akan ku kongsikan mimpi indah yg menjadi realiti itu disini :)



Eye bag

Now i know that Eye Bag is one of my closest friend. Uwaaaaaaaaaaaaaa!

Due to sleep yg  sekejap-sekejap terbangun - hadif mintak nenen, hannah merengek kekadang mengigau, papa..upss!! hahah..Ohh  really, i have missed my tidur lena for years.
Ditambah lagi kerja yg mengadap skrin laptop sepanjang 7-8jam bekerja (blogging, surfing etc), the eye bag is becoming more friendly to me.

Actually i dont really like to befriend with Eye Bag. Tp nak cakap kt dia segan. Takut dia terasa hati.

Ada sesiapa boleh suggest cara terbaik dan produk ape yg boleh aku guna utk 'clash' ngn Eye Bag ni tak?


Banjir kilat di Kota Damansara

Pagi ni pergi kerja macam biasa. Drive sambil makan kuih, dan perjalanan yg lancar juga seperti biasa.
Sampai opis, parking..tag to open officedoor, tekan lif ke tingkat 2..

Tak sangka rupanya ada satu kejadian disana. Ada yg luar biasa. 

Air melimpahi lantai pantry, surau, dan depan pintu bilik IT. Ku jenguk ke lorong nan satu, ternampak la Herni (cleaner di opis) dan Kak Liza (HR).

Aku : Eh kenapa ni??

Herni : Banjir la kak..

Memang bertakung la air dekat lorong/laluan dari bilik IT menghala ke pantry dan surau ni. Nasib baik hari ni pakai jeans dan sandal. Kalau pakai baju kurung, memang kain aku boleh buat kain lap la hari nih.

 *lorong depan bilik IT*

 
*Pantry*

*Herni tengah vacuum air*

 *Punca kejadian*

Rupanya water filter mini bar tu adalah puncanya. Salah satu saluran dia tercabut. Mana la tak mencurah-curah air keluar.

 *Surau*

Ni surau perempuan. Tempat aku mengepam selain bersolat :) Uwaaaaaaaaaa..banjir!! Bertakung abes. Mana la tempat aku nk mengepam hari ni yer. Semua beg telekung yg diletakkan diatas lantai, habis basah. Termasuk juga beg spectra aku. Dengan pantas aku berlari ke surau utk melihat keadaan Spectra3 aku..masih sihatkah, atau rosakkah selepas ditemani air semalaman.

*Beg Spectra yg dah basah*

Bahagian bawah beg dah dibasahi air. aku sangkut sekejap dekat kerusi. 5minit kemudian, aku turun bawak beg ni utk dijemur dalam kereta.

*My Spectra3 yg terpaksa berpisah dengan begnya sementara waktu*

Alhamdulillah Spectra masih boleh di on kan dan alhamdulillah dia masih bernyawa dan masih mampu berkhidmat utk negara aku dan hadif.



Anne dan Wafi diambang perpisahan

Tajuk entry tu aku petik dari tajuk headline Harian Metro hari ni.

Terkejut jugak bila baca. Tak sangka, Anne dan suaminya Wafi pon sedang mengalami pergolakan rumahtangga. Teringat dulu, aku suka betul tengok pasangan ni dalam rancangan realiti Sehati Berdansa. Walaupon Abg dok komplen kata Wafi menari macam pondan tua, tp aku rasa dorang ni mmg agak fun dan secocok :)

Tapi tu lah kan, dunia artis. Memang dengan tak semena-mena kita dikejutkan dengan berita-berita pergolakan rumahtangga yg mcm ni. Aku takmo la komen lebih-lebih sebab aku pon baru je setahun jagung menempuh alam rumahtangga ni. Memang la ada pasang surutnya. 

Apa-apapon, aku doakan pengakhiran yg baik buat mereka berdua





Hannah and her study table

Papa belikan Hannah meja ni last 3weeks. Konon-konon nk mudahkan dia buat homework read: kaler buku tanpa gangguan si adik yg turut sama suka mewarna. hadif bukan setakat mewarna buku, tp dia mewarna gigi dan lidahnya juga.


 

seperti biasa, dia tak fully utilize pon meja ni (sama macam kitchen dia), kecuali lah kalau tiba-tiba adik dia datang melepak dan berdiri kt meja ni. baru la dia bz-bz nk duduk kt kerusi dan konon-konon study..baru aku perasan yg meja ni terlalu kecik, tak muat utk dua orang anakku beraktiviti. mungkin bila hadif pon dh mula aktif baca buku, meja ni perlu diupgred plak. meja yg kalerful kt ikea tu nmpk mcm comel juga kan :)


*selingan - bermain dalam kt Mother Room Subang Parade*


Hadif - 11 Months

at 11months, hadif now can :

*I can stand!! *



Jom Heboh..

Pagi tadi :

Mama : Jom sayang...kita pegi sekolah..

Hannah : Bukan jom sayang laaaa..

Mama : Dahtu ape?

Hannah : Jom heboh hebohlaa..

Mama : Ooooo jom heboh heboh ke..ok la..jom sayang kita pegi sekolah

Hannah : Bukan la mama!!! Jom heboh heboh laaaa!

Mama : Ok Ok..Hannah, jom heboh heboh..

Berlari-lari dia menuju kepintu.. haha anak ku..


Noriday oh Noriday

Mungkin noriday tak sesuai utk bersama aku.

Sejak aku makan noriday, period asek datang menjenguk je. Dh hampir habis stok pad yg aku beli bulan lepas.
Lepas bersih 3-4hari, period datang lagi. Utk bulan ni je, dh 3 kali mcm ni. Tak suka! Sebab setiap kali period, susu pon macam segan silu je nk keluar. Hasil pumping pon setakat adanya dan secukupnya je utk Hadif.

Aku belum dapatkan pandangan gynea lagi pasal keadaan ni. Setakat yg aku surf tadi, memang diketahui kesan makan pil perancang mmg begitu. So dinasihatkan supaya makan pil pada kadar disiplin yg amat tinggi, iaitu makan setiap hari pada waktu yg sama. Tapi aku memang la seorang yg berdisiplin masa makan ubat, memang tetap waktu cume mungkin lari 2-5minit. Hati ni mmg dah nak merajuk pon dengan noriday. haha boleh gitu?

Rasanya lepas ni,takmo makan dah.



Himalaya



Aku tengah menggunakan protein syampu jenama Himalaya diatas. 

Sedikit cerita tentang shampu ini (aku petik jer dari website Himalaya):
 
Natural Protein Nourishment
Enriched with extracts of protein-rich herbs, our new shampoo range nourishes your hair, giving you the three essential benefits that your hair needs - strength, reduced hair fall and protection from everyday damage.

A mild formulation for those who have an active lifestyle that requires frequent shampooing. Gently cleanses and provides your hair its daily dose of proteins. Keeps your hair soft, smooth and healthy.
 Composition
Cicer arietinum (Chickpea) is a rich source of natural protein.
Emblica officinalis (Amla) & Black Myrobalan are natural hair tonics that strengthen hair roots.
Glycyrrhiza glabra (Licorice) helps promote hair growth.

Sebab sangat la tak tahan dengan proses keguguran rambut maha banyak sekarang ni. Bertabur dan bersepah-sepah kt atas lantai kt rumah tu. 

Dan kebetulan jugak, shampu Head n Shoulder aku dah nak abes, so aku rasa tak salah mencuba shampu baru ni, setelah sekian lama aku setia dgn HnS tu.

Actually baru je pakai Himalaya dalam 3-4hari. So far perubahan tu utk kes keguguran rambut, aku belum nampak lagi. Tapi aku suka jugak dengan syampu ni. Rambut lembut dan tak kering sangat. Dulu pakai HnS, rambut mesti kering. Sbb aku mmg tak reti-reti nk pakai conditioner :P

Utk kes keguguran rambut, mungkin sepatutnya lepas ni aku pakai Revitalizing Hair Oil, atau Hair Loss Cream atau juga Anti-hair Fall Shampoo.
 Aritu carik yg berkenaan kt Guardian Giant Kota Damansara, takdek pulak. Yang ada cuma Protein Shampoo dan Anti Dandruff jer. Ok, nnt shampu sedia ada dh abes, boleh try yg berkenaan pulak lah. Apa-apa pun harap ada sedikit good progress dgn penggunaan syampu Himalaya ni kepada rambut aku :)







 




When PJJ turns PJD

Apekah PJJ? dan apekah PJD?

Dalam situasi aku, PJJ adalah perhubungan/perkahwinan jarak jauh yg telah aku tempuhi selama 3bulan yg lalu. PJD pulak, perhubungan/perkahwinan jarak dekat seperti sekarang setelah Abg dapat bertugas di Shah Alam. Dapat la duduk satu bumbung semula macam dolu-dolu..

Seronok? Happy? Memang itu perasaan aku bila dapat tahu tempoh PJJ kami akan berakhir. Rasa nk melompat pon ada. So dalam kepala mula la membayangkan perkara-perkara happy jer. Lepas ni, tak takut duduk umah sendirian ngn anak-anak jer, lepas ni boleh uruskan rumah dengan lebih baik sebab ada orang boleh tolong tengokkan anak-anak. lepas ni boleh la bersembang-sembang dan bercerita dgn si dia dan sebagainya lagi lah yg best-best sajer..

Tp kenyataannya...
Aku rasa aku semakin penat. Aku kena memasak dengan anak-anak yg turut sibuk didapur. Keadaan rumah masih begitu, bersepah dan tak sempat siapkan keje-keje berkaitan baju. Aku tak dapat bersembang dan bercerita dengan si dia. Semuanya sebab si dia balik kerja lambat. Bila sampai rumah lambat, badan dah penat. Lepas makan terus tidur. Makan pulak..si dia tak prefer makan kt luar sebab malas nk layan kerenah hannah yg makan bersepah-sepah dan suka membuat ragam sendiri. So aku mesti masak. Hmm happy ke aku dengan kenyataan ini??

Semalam, oleh kerana aku tau aku susah utk dapat peluang berbincang empat mata dengan si dia, aku luahkan perasaan penat aku melalui sms. huhu..mintak dia tolerate..but no reply.

tengok la hari ni macam mana.



Semesta 95-99 Get-Together Bowling Game yg ENJOY!

Kejadian bertarikh adalah 3/4/2010. bertempat di sunway pyramid megalane
Thanks a lot pada pihak penganjur yg bertungkus lumus menjayakan event nih. i like the doorgift. the sandwich, the towel also the pen..

aku tak byk amek gambar dihari kejadian sbb kamera aku ni lemah sket bila shoot indoor. ntah bila la nk upgred kamera.

dan sangat tak sangka, team kami menang 1st place! CONGRATES to Hadi, Minyot dan myhubby yg banyak menyumbang mata. walaupon markah aku paling corot dalam team ni, tp sempat juga la aku buat 2-3kali strike sepanjang 3 game. heh! kira menyumbang jugak la pada kemenangan team ni kan..(ceh takmo kalah tu!!)

i wish i could save semua gambar yg kawan-kawan tag kt fb, tp malang sungguh bila opis nih block fb. so how can i paste the pictures hah!?  mayba nk kena memujuk rayu kawan-kawan utk send me the pictures thru email.

seronok juga sekali sekala berkumpul walaupon tak sempat bertegur sapa dengan semua orang. 

thanks also to Abg yg menjadi sporting dengan menjoin xtvt ni..if i can be sporting n supportive to all of your gath-with-your-friends, so u supposedly do the same lah kan :)
kelakar juga, setiap kali turn kami membuat balingan, kami terpaksa bergilir-gilir pegang hadif. nak buat cemana, parents of 2 kids yang takmau ketinggalan bermain boling. seb baik hannah dan hadif agak behave :) thanx too to both of u dear..

update : noon

ok aku telah berjaya menyelinap kedalamFB dan berjaya mendownload gambar-gambaryg telah ditag oleh kawan-kawan..so let pictures tell the stories:


 *doorgift & banner*

 *organizer*
*enoel, syifaa, arif*

*my family & my bestfriend - emi*

*hadif with uncle Manja, aunty Eryn, n aunty Yabeet*

*happy faces - Abg with my schoolmates and Emi's hubby*

*ceria!!*
 front : enoel, aizat, minyot
back : eryn and yours truly with kids

*game sedang berlangsung*

*peace!*
*semua orang happy!*
*happening*

*masa utk strike - yeeeehaa!!*

*strike tu strike juga, mealtime anak jangan dilupa :)*

*team mate - minyot & hadi*

*we are the CHAMPION!! *

*BEST !! next time kita jumpa lagi*


 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®