Happy Monday

Morning!!

Macam ceria pulak aku di hari isnin ni kan.. :) Ape aktiviti korang weken?

Aku?? Sabtu pegi kenduri kawen adik Azli (kawan Abg) kt Sentul.Gerak dari rumah pon dah pukul 2lebih. Sampai kenduri kol 3++, kenduri dah ala-ala lengang sket dah. Tp Abg mmg suka datang kenduri lambat. Boleh lepak lama-lama sket agaknya. Sempat la jumpa geng GS, Epul+Rosmah n kids (Dhia, Damia) Dekwan+Izza and kids (Irdina, Miqaeal), Umar+Sue and their girl (Qistina). Tak sempat jumpa Mamad+Lily+Mylea.. Dah lama jugak tak jumpa mereka-mereka ni. 
Dorang adalah geng bas skolah Abg - para suami tu la. Masa zaman dating beramai-ramai dulu la kenal ngn para isteri mereka. Good news, Faezah wife Azli tengah pregnant 2nd baby..due mayb December nnt..so most of us are having year end product :D 

 *hannah tengok qistina buat project baek*

 * aaaaaauuummmmmm*

*miqaeal - 1st time jumpa anak bujang izza*

Sorry Aimi, aku tak dapat attend kenduri aqiqah anak ko (if u are reading). Kesuntukan masa. Dan arah dua kenduri ni berbeza. 

Balik dari kenduri, Abg ajak ushar handphone. Kembara mencari handphone yg dh beberapa minggu kami jalankan. Abg kata 'jalan-jalan carik handphone jer, bukan beli'

Ai tak kisah la bang, cari ke beli ke, yang penting akan bawak kami pegi jalan-jalan kan :)
So kembara petang itu di Digital Mall PJ. Dan rupa-rupanya kembara kali ni berjaya pulang dengan satu hasil tangkapan.. (kalau pulang dgn 2 hasil tangkapan, sudah pasti aku yg terlebih senyum simpul huhu)

*pinjam gambar dari En Google*

Bila dh beribu abes dalam sekelip mata, terus dibawanya kami semua pulang kerumah..takut poket semakin menipis agaknya hahaha!!

*depan surau IKEA*

Ahad pulak, pegi lawat nenek kt Kajang. Lepak sekejap, kami pegi Ikano pulak, Aku dah sound Abg awal-awal nk paw duit dia beli baju utk anak-anak utk sesi photoshoot tu. There we go, selamat tapau sorang selai baju. Mama punya je tak dapat lagi.

2 words from u:

Iela Fazielah said...

amboi... syoknyer dpt jumpa kwn2... miss zaman skolah dulu.... anak deq wan si miqael tu persis rupa ayahnyer kan.... n syoknyer dpt gi ikea.. dah lama xgi sama... hubby xnak gi sebb jauh katanyer...:P

Unknown said...

haah miqaeal ada iras ayahnya.anak bapakkkkkkk

ala ni pon baru 1st time p ikea since pindah duduk area2 sini. padahal mmg takjauh pon. tp kitorang tak masuk pon ikea, setakat tumpang surau dia utk solat je. dok lama kt brands outlet ikano tu jer..

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®