Tertarik pulak aku baca tajuk berita ni kt Harian Metro tadi.
Pilu hati ayah tua.
MASJID TANAH: “Awak balik sajalah, lebih baik jaga isteri di rumah,” begitu kata-kata sinis dilemparkan seorang anak lelaki kepada bapa kandungnya ketika warga emas terbabit mengunjungi tempat anaknya bertugas untuk mengubat kerinduan selepas sekian lama tidak bertemu.
Perbuatan lelaki berusia 50-an berkenaan yang berjawatan tinggi, amat menghiris hati warga emas itu, Abdul Rahman Baharom, 73, kerana dia satu-satunya anak lelaki dalam keluarganya yang berjaya menjejakkan kaki ke menara gading.
Abdul Rahman yang menetap di Ulu Sepetang, Taiping, Perak, bersama isteri kedua dan ketiganya, berada di Melaka sejak dua bulan lalu, kerana mengunjungi isteri keempatnya.
Menurutnya, dalam kejadian hujung tahun lalu, keinginannya untuk bertemu dengan anak lelakinya itu yang terpisah sejak lebih 20 tahun, begitu memuncak untuk mengubat kerinduan yang terpendam selepas dimaklumkan lokasi anaknya bekerja oleh anak dengan isteri keempatnya, Roslina, 38, baru-baru ini.
Katanya, dia kemudian dibawa ke tempat anak lelakinya bertugas tetapi mendakwa dilayan seperti orang asing malah tidak disapa ketika bertemu, malah lebih mengaibkan apabila anaknya itu seolah-olah tidak pernah mengenalinya sebelum ini tanpa menghulur tangan mahupun bertanya khabar.
“Perasaan saya sungguh kecewa apabila dia melayan acuh tidak acuh sahaja sedangkan saya memanja dan membelainya dengan sepenuh kasih sayang ketika kecil. Tujuan saya datang ke sini bukan mahu meminta duitnya tetapi sekadar ingin melepaskan kerinduan seorang ayah.
Dari raut wajahnya, saya rasa kedatangan saya menyusahkannya, malah dia memandang sinis kehadiran saya tanpa menunjukkan sebarang kemesraan sebelum menyuruh saya balik jaga isteri saya sebelum berlalu meninggalkan saya bersendirian.
“Saya terkedu dengan tindakannya, apa salah saya sedangkan sebelum ini kami tidak pernah bersengketa malah sebelum itu pun dia sendiri yang bersetuju saya bernikah dengan ibu tirinya, tetapi kenapa sekarang baru menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap saya,” katanya di sini, semalam.
Abdul Rahman yang mendakwa memberi didikan kepada anaknya itu berkata, anaknya memberi alasan mempunyai tugas dan berlalu meninggalkannya.
Pada pendapat peribadi aku la kan, mayb anak dia yg berumur 50an tu menyimpan dendam yg tak terungkai dimasa mudanya sebab si bapak kawen selain dengan mak dia. Kawen sampai 4 pulak tu! Hebat jugak bapak dia ni kan, boleh sapu sampai 4. Aku rasa adalah sesuatu yg dia tak puas hati tapi bapak dia ingat dia ok jer.
Aku memang agak emosi kalau ia berkaitan dengan hal menduakan, mentigakan malah mengempatkan ni. Walaupon sang lelaki kata dia mampu, mampu dari segi kewangan dan adil, tp aku masih rasa mereka takkan dapat buktikan kata-kata mereka itu, Sedangkan dengan seorang isteri dan seorang atau lebih anak pon, aku tengok kebanyakan lelaki sukar menguruskannya apatah lagi bila terlalu banyak kawasan agihan macam ni. Masih byk cacat cela, inikan pula nk dibahagikan yg sedikit itu kepada terlalu byk pihak. Utk yg berjaya tu, ini adalah kerana toleransi tahap maksima dari para wanita yg mampu mengawal emosi mereka. Bukan kerana lelaki itu! Serius bukan.
Mungkin sepatutnya aku bersimpati pada si ayah tua, tp sekilas baca aku mmg tak simpati pon. Jelak kot! Dah puas ko hidup dengan bini sampai 4, ko rasa penuh sangat ke perhatian ko bagi kt anak-anak ko tu. Ntah2 ko setakat azankan dan dukung bila keadaan memaksa je. Iye ke ko memanjakan dan membelai anak ko yg sedang memberontak tu? Tepuk dada tanya lah kisah silam ko.
Sekian entry emosi aku tengahari ni.
p/s: Saya memang anti poligami. Semoga saya tak diuji dengan dugaan begini.
0 words from u:
Post a Comment