Banjir kilat di Kota Damansara

Pagi ni pergi kerja macam biasa. Drive sambil makan kuih, dan perjalanan yg lancar juga seperti biasa.
Sampai opis, parking..tag to open officedoor, tekan lif ke tingkat 2..

Tak sangka rupanya ada satu kejadian disana. Ada yg luar biasa. 

Air melimpahi lantai pantry, surau, dan depan pintu bilik IT. Ku jenguk ke lorong nan satu, ternampak la Herni (cleaner di opis) dan Kak Liza (HR).

Aku : Eh kenapa ni??

Herni : Banjir la kak..

Memang bertakung la air dekat lorong/laluan dari bilik IT menghala ke pantry dan surau ni. Nasib baik hari ni pakai jeans dan sandal. Kalau pakai baju kurung, memang kain aku boleh buat kain lap la hari nih.

 *lorong depan bilik IT*

 
*Pantry*

*Herni tengah vacuum air*

 *Punca kejadian*

Rupanya water filter mini bar tu adalah puncanya. Salah satu saluran dia tercabut. Mana la tak mencurah-curah air keluar.

 *Surau*

Ni surau perempuan. Tempat aku mengepam selain bersolat :) Uwaaaaaaaaaa..banjir!! Bertakung abes. Mana la tempat aku nk mengepam hari ni yer. Semua beg telekung yg diletakkan diatas lantai, habis basah. Termasuk juga beg spectra aku. Dengan pantas aku berlari ke surau utk melihat keadaan Spectra3 aku..masih sihatkah, atau rosakkah selepas ditemani air semalaman.

*Beg Spectra yg dah basah*

Bahagian bawah beg dah dibasahi air. aku sangkut sekejap dekat kerusi. 5minit kemudian, aku turun bawak beg ni utk dijemur dalam kereta.

*My Spectra3 yg terpaksa berpisah dengan begnya sementara waktu*

Alhamdulillah Spectra masih boleh di on kan dan alhamdulillah dia masih bernyawa dan masih mampu berkhidmat utk negara aku dan hadif.



3 words from u:

Iela Fazielah said...

nasib baik..... selamat... aritu kak ila antar pam spectra gi servis sebb bunyi dia kuat giler.. rupanyer susubackflow.. msk dlm tu kena RM105.... kalau tak.. terbang duit lydzar kena gi servis pump tu

Unknown said...

ermm ekceli mmg spectra3 tu bunyi kuat gak tadi. dulu penah sekali susu masuk tube, tp taktau la masuk mesin ke tak. lenjan je sbb dia stil boleh berfungsi huhuhu

mummy-aulia' said...

hai..tq for visiting my blog.:)
nsb baik ok lg yer, spectra tu.just nak share, sy pakai filter utk elakkan susu backflow..so kalo terjd backflow pun, dia xsampai masuk mesin.. :)

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®