“Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali “.
Jam 3.49pm, 28hb Februari 2012. Pada usia 30 tahun. Sahabat kami Ann (Norain Fahmi) telah pon menghembuskan nafas terakhirnya. Bergenang air mata saya membaca sms dari Azwa.
Saat sms diterima, hujan turun dengan lebat di opis saya di Kota Damansara. Mungkin begitu juga di hospital dimana Ann menghembuskan nafas terakhirnya, KPJ Damansara. Hujan rahmat mengiringi pemergianmu.
Keadaan saya lebih tenang apabila menerima perkhabaran ini. Mungkin kerana saya juga telah bersedia dengan apajua kemungkinan selepas melawatnya tempohari. Allah jua lah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk Ann. Tamatlah derita dan sengsara yg ditanggung nya selama lebih kurang setahun lebih ni.
Dibacakan Alfatihah dari jauh. Semoga roh mu dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman Ann.
Pagi tadi sempat saya ke majlis pengkebumian Ann.
Tapi saya tak sempat melihat wajah terakhir Ann sebab saya sampai dirumah mamanya, dia sudah pun siap dikafankan dan sedang bersedia utk dibawa ke surau berhampiran untuk solat jenazah.
Sebak sangat hati saya apabila melihat keletah dua orang anaknya. Anak kecil berumur 4 tahun dan 2tahun. Seolah-olah tak ada apa-apa yg berlaku. Mereka belum paham lagi erti kehilangan. Sebak juga melihat senyuman yg dilemparkan oleh suaminya.
Cuaca sangat baik ketika majlis pengkebumian di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam. Saat-saat ini juga kami agak ketinggalan kerana terperangkap dalam jam Le Tour De Langkawi yang sedang melintasi kawasan Shah Alam. Ketika kami sampai, doa sedang dibacakan.
Apapon Alhamdulillah, semua urusan telah selamat dijalankan dengan baik.
Semoga suami, anak-anak, keluarga, sanak saudara dan rakan-rakan Ann tabah menerima takdir yang telah tertulis untuk Ann kesayangan mereka. Sesungguhnya dari ALLAH kita datang, kepada ALLAH jua lah kita kembali.
Gambar-gambar ini saya ambil sebagai kenangan terakhir saya dengan dia.
Semoga arwah Ann tenang di sana. AL FATIHAH.