Sedekahkan..

Alfatihah dan bacaan Yasin pada arwah Faris telah pon selamat dikebumikan semalam. Faris pengidap penyakit HLH, barah darah. Boleh baca banyak updates tentang arwa Faris di blog Mazidul. Saya tak sanggup nak baca luahan Kak Long Faris. Sedih terlalu sedih!!

Begitu pon Allah lebih menyayanginya. Allah ambil nyawanya demi menamatkan derita dan sengsara yg ditanggung oleh tubuh kecil itu. Juga menamatkan derita perasaan kedua ibu bapanya yang melihat anak sendiri kritikal. Damailah kamu di'sana'. Semoga ibu bapa, adik beradik dan kaum keluarga arwah redha dengan pemergiannya.

Semalam juga saya terima perkhabaran tentang seorang kawan lama waktu belajar di UiTM dulu. Dia juga menderita sakit barah. Yang bermula dengan tumor kecil dibahagian otak, kini dah masuk kategori kanser. Dia dah jalani pembedahan dan juga rawatan kemoterapi sebelum ini. Dan awal minggu ini dimasukkan ke ICU sebab diserang sawan.

Keadaannya kritikal. Bergantung kepada mesin hayat. Makanan diberi melalui tiub. Wajahnya memang terlalu lain dari yg pernah saya kenal dulu. Totally berubah. Doktor tak bagi apa-apa harapan pada keluarganya, cuma berharap agar mereka mendoakan dia pergi dengan tenang. Tears!!

Kawan-kawan, mari kita sedekahkan bacaan Yasin kepada rakan saya ini.. Semoga semangatnya kuat, dan semoga deritanya berkurang. Insya Allah.

8 words from u:

amirah said...

moga Allah berikan kekuatan pada mereka2 yang terpilih ini..moga mereka terus tabah dan bersemangat untuk meneruskan hidup walaupun dalam dugaan.. : (

eMMe said...

Salam Jumaat Lydzar, saya tak baca sgt... coz saya ni mudah mengalirkan air mata, saya tgk gambar arwah pun dah bergenang, Sama-sama kite sedekahkan Alfatihah....

Mek Rose said...

insyaAllah..mereka akan ditempatkan di kalangan org2 beriman..utk kwn liza..moga dia tabah ya..amin

Hanis Azla said...

membaca kisah arwah Faris membuatkan bulu roma akak meremang mengenang deritanya dan keluarganya.. semoga arwah tenang di sana.. semoga sahabat lydzar diberikan kekuatan utk melawan penyakit yg telah ditakdirkan utknya.. Semoga Allah sentiasa memberikan kesihatan yg baik buat kita semua..

mrs Fahmi said...

Salam Lydzar....reading about Faris, memang membuatkan kita, kaum2 ibu, tak terdaya to say anything else....yg pasti, perginya arwah, means he will no longer be in pain....looking at his pictures with tears, Ya Allah...pilunye rasa hati...apatah lagi perasaan ibu&ayah Faris...Insya Allah, Faris lebih bahagia di Jannah, waiting for his family to join him...

Iela Fazielah said...

al fatihah utk arwah faris n kwn lydzar... ape yg parent arwah haris rs akak dah rs ms arwah batrisyia sakit n meninggal dulu... 1 perasaan yg xboleh nak digambarkan...

Cho Zila said...

doa dari kejauhan moga diberikan kekuatan kepada yang hampir dengan merekakan...
begitulah keadaannya kun fa ya kun...

ayukhairy said...

dah baca dah sebelum2 ni...memang sedih sangat..

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®