Persatuan Isteri-Isteri Bermasalah

Salam hari rabu.

Hari ni nk type pasal something else other than myself and myfamily :)

Yang dok baca entry saya ni, aktif tak kt Facebook? Bagi yang aktif tu, korang ada perasan tak ada satu Page ni nama macam tajuk kt atas tu Persatuan Isteri-Isteri Bermasalah. 

Page ni baru jugak di create oleh moderatornya. Nama page ni kontroversi je kan. First impression orang, saya agak mesti macam agak kurang senang. Mesti macam 'eh apsal macam ni nama page ni? Orang yg LIKE page ni mesti isteri-isteri yg bermasalah kan, aku tak de masalah, takyah LIKE lah!" " Asal masalah je isteri, kenapa takde pulak page suami bermasalah??" "Haa semua salah isteri, bosanlah"

Hehe tunggu dulu. Tak kenal maka tak cinta. Tak bukak dan LIKE page ni lagi maka tak tau apa tujuan sebenarnya. Cuba tengok banner page ni.


Nampak tak?? Masalahnya..kami ingin selalu menjadi yang terbaik!


Ini lah tujuan page ni. Berkongsi bermacam-macam bahan bacaan, tips, panduan dan sebagainya tentang bagaimana mahu menjadi terbaik khusus buat kaum isteri. Bukan lah Page sebagai tempat luahan masalah oleh orang-orang bermasalah.

Para isteri boleh nilai sendiri masalah apakah yang anda hadapi. Bila rasa tertekan tak tau nak mengadu pada siapa, cuba baca artikel-artikel yg dipostkan oleh moderator page ni. Percayalah anda akan temui sesuatu yang dapat mengubat hatimu yang lara dek masalah itu.

Saya suka pada satu tips ini :

MASALAH ISTERI : Penat & Lesu buat kerja rumah

SOLUSI : Usah bazirkan tenaga merajuk, membebel, berleter.. kepada suami (kes suami tak menolong).

Bertasbih, Bertahmid dan Bertakbirlah.

Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar

33 kali sebelum tidur. Insya-Allah dengan kehendak-Nya semoga hilang penat datang ceria.

Isteri yang positif akan mengambil masalah sebagai cabaran dan akan ambil langkah bijak untuk berdepan dengan cabaran. Isteri yg punya sikap negatif akan ambil masalah sebagai batu penghalang dan penyebab stress. Jadi anda yang mana satu??

Dan jom LIKE page Persatuan Isteri-Isteri Bermasalah. 




6 words from u:

Unknown said...

menarik juga tu, cuma tajuk page tu boleh buat first impression tak berapa bagus..

wahida said...

tak de fesbuk...hehe..

tapi bagus lah dia buat mcm ni...bg tips mcm ni...like...

amirah said...

uii...like!!

ayukhairy said...

menarik!! harus gak terjah nanti..add ayu lydzar..hehe

Iela Fazielah said...

rajinnyer... nasib baik akak xde masalah... en somi rajin menolong.. alhamdulillah

Hanis Azla said...

tajuk pagenya sensasi.. isiya lebih sensasi dgn perkara2 yg baik.. menarik betul.. nnt bolehlah akak ke page tu untuk dapatkan tips yg baik..

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®