Keep on praying for her

Hari Jumaat lepas, saya berkesempatan melawat rakan kami, Ann yg sakit di KPJ Damansara. Rujuk entry INI. ~Sedekahkan~

Sejak menerima panggilan dari salah sorang rakan kami petang Jumaat tu, menangis-nangis memberitahu keadaan Ann yang tenat, hati saya memang dah tak keruan langsung nak sambung buat kerja kt opis ni. Fikiran melayang-layang, dan cuba berfikir bagaimana mahu ke sana. Setahu saya memang dh tak jauh dari tempat kerja saya di Kota Damansara ni, tp saya tak tahu jalan ke sana!! Saya Whatsapp suami minta dia balik awal. 

Sepanjang memandu pulang dari opis, saya dibanjiri air mata. Takutnya kalau saya tak sempat berjumpa dgn Ann. Terkenang juga kebaikan-kebaikan yg telah dihulur pada saya suatu ketika dulu. Kami tidaklah terlalu rapat di alam realiti. Masing-masing pun busy dengan hal masing-masing. Tapi masih rapat di alam maya. Ann salah seorang rakan yg sangat concern tentang bagaimana kehidupan saya bergelar penganggur waktu duduk di Penang dulu. Selalu menegur saya di FB chat bertanya khabar saya dan anak-anak. Dia juga berikan idea supaya saya dapat berniaga dari rumah. Walaupon planning berniaga tu tak berjalan lancar, tp saya tau Ann sangat concern pada saya.

Ann menderita sakit sejak hujung tahun 2010. Bermula dengan tumor di otak dan kini telah di diagnos sebagai kanser otak. Saya tak dapat ceritakan secara detail tentang penyakitnya kerana saya tiada fakta yang tepat.

Malam itu, ramai sanak saudara dan rakan-rakan lama yg datang melawat. Sayunya hati saya melihat dia. Segala bantuan hayat telah di cabut dan Ann ditempatkan di wad setelah keputusan sebulat suara dibuat oleh ahli keluarga.

Tenang wajah Ann. Dalam nafasnya ditarik, begitupun wajahnya tetap tenang dan bersih. Saya yg pertama kali melihat, berjurai airmata, bagaimana pula dengan suami, anak-anak, mama ayah dan juga adik beradiknya?? Saya dapat bayangkan betapa sedihnya mereka lihat Ann menderita. Sayu lagi melihat mama Ann yang setia menanti anaknya. Di bacakan Alfatihah, di bacakan doa, di peluknya anak yg seorang itu dengan lelehan air mata dan harapan agar anaknya kembali sembuh. Begitu juga rakan-rakan lain yang datang melawat. Seorang demi seorang menghampiri Ann, dibacakan doa. Saya juga begitu, saya minta ampun dan maaf atas segala kesalahan saya ketika kami berkawan, dan sesungguhnya tiada dosa Ann kepada saya.  Zahirnya dia kelihatan tidak mendengar tapi saya tahu dia dengar akan semua doa yg dikirimkan kepadanya. Suasana hening diiringi bacaan Yassin dalam bilik wad Ann.

Sehingga hari ni, keadaan Ann masih belum betul-betul stabil.
Ya Allah permudahkan lah perjalanan sahabat ku ini Ya Allah. Apa juga nasib dan hidup Ann hanya Allah jualah yang menentukan. Sebagai sahabat, kami sentiasa mendoakan agar Allah mengurniakan yang terbaik untukmu Ann.







2 words from u:

Hanis Azla said...

sebak akak membacanya lydzar.. semoga ann terus kuat melawan penyakitnya.. semoga Allah memberikan apa yg tebaik buatnya..

amirah said...

semoga ann dapat melawan penyakitnya lydzar..insyaAllah

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®