Blogger

Menonton siri House ulangan ntah kali keberapa.

Episod kali ni berkisar tentang seorang patient yg sedang di diagnosis. Menariknya patient itu adalah seorang blogger. Bertemankan boyfriend nya sepanjang masa di hospital. Berselang seli dgn lawatan dari sekumpulan doktor yg menganalisa penyakitnya.

Seperti biasa, layaknya seorang blogger. Setiap alkesah tentang dirinya tercatit didalam blog. Hampir segalanya. Setiap kali ada lawatan dari kumpulan doktor, terus diminta laptop daripada boyfriendnya utk dicatitkan setiap patah kata dari doktor-doktor. Untuk dikongsikan bersama para follower dan reader. 

Baginya comment yg diperoleh dari pembaca blognya adalah sebahagian daripada kegembiraannya. Sebahagian dari hidupnya. Kerapkali juga, pendapat dari pembaca blog mempengaruhi keputusan dalam kehidupan hariannya.

Tiba-tiba dia diminta utk membuat satu keputusan oleh para doktor. Kemudian dia ditinggalkan bersama boyfriendnya utk berbincang. Dalam masa yg sama dia minta laptop utk mencatatkan perkara tersebut. Tapi si boyfriend menghalang. Si boyfriend  menganggap adalah keterlaluan jika keputusan utk masa depan mereka berdua turut dikongsi bersama pembaca blog. Dan si boyfriend hampir pasti jika kisah itu dikongsi di blog, si patient akan membuat keputusan berdasarkan pandangan pembacanya. Dia tidak mahu. Dia mahu teman wanitanya membuat keputusan berdasarkan pendiriannya sendiri.

"Its not about sharing, but its about fame" 
Si boyfriend menganggap teman wanitanya gile glemer. Gilakan perhatian daripada pembaca blognya.

Akhirnya, sesuatu yg tidak dikongsi oleh patient di dalam blog adalah simptom sebenar penyakit yg dihidap. Si patient akhirnya mendapat diagnosis yg tepat dan bakal sembuh.

Apa pendapat anda blogger sekalian? Adakah anda sgt transparent dgn blog anda? 
Suka duka semua dikongsi?



8 words from u:

Iela Fazielah said...

xsemua la..... mmg blogger tegar org itu..

Mek Rose said...

byk benda sy tak kongsi ngan pembaca..terutama penyakit2 kronik yg perlu rwawatan susulan yg sy rasa tak perlu kongsi, pasal cite suka duka as suami isteri & byk lagi lah...sbb tak perlu kongsi semua benda ngan pembaca sbb kita belum pasti siapa depa..stalker? stranger? hoho..parah kalu depa tu org kita kenai & abislaaa ditabur cite kite kat geng2 yg kite kenal juga..
kdg2 kene ati2 gak menulis ni..sbb tak semestinya apa yg kita tulih semua org leh terima & suka..

wahida said...

blog mmg tempat meluah rasa...ibarat diary...kerapkali jugak saya byk buat keputusan yg bijak atas komen dr bloggers lain...saya rasa sgt beruntung ada kwn maya yg ikhlas memberi nasihat...

blog mmg byk pengaruh tersendiri...
apapun, saya sayang blog saya...

Hanis Azla said...

mcm akak pun suka berkongsi di blog.. tp bukan semua.. sbb takut bila terlalu bayak yg dikongsi byk pula yg tak baik jadinya.. pada akak berpada2 adalah sebaiknya..

Sharinginfoz said...

For me tak perlu kongsi 100% dan perlu ditapis yang mana bersesuaian

ummioked said...

selalunya tulis kat blog untuk rujukan masa depan, sbb kadang2 kita lupa akan tarikh2 & peristiwa yang sepatutnya kita ingat apatah lagi ttg berkembangan anak2 dan boleh dijadikan panduan org lain juga

Anonymous said...

tak semua dpt dikongsi..macam MDT sendiri..suku jer kot!

yg lain tu biarlah menjadi rahsia peribadi..ecewah!

amirah said...

tak semua la perlu kongsi.selalunya selebriti orang nak la jugak tau setiap inci hidup dia.smpkan hidup pun x selesa.tapi saya bukan selebriti dan rasanya x semua sesuai dikongsi dan org tk perlu tau pun.apa-apa benda pun perlu ada batasannya.apa pun pndpt saya hati2 bila berblog.

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®