Misi memakai 'susuk'

sambungan dari tajuk..

Adalah tidak berjaya!

Pakai 'susuk' yang ni takperlu jumpa TokMoh pon.  Tujuannya bukan sebab nak kelihatan cantik sbb saya pilih utk cantik dengan Vitamin E dan ESP Shaklee je Hihi! Promot!

Tapi tujuannya utk mem'PAUSE' kilang production baby. Pause saja, bukan Stop pon. Ala senang cerita saya berniat nak pegi pasang Implanon sebagai perancangan keluarga.

“Implanon adalah alat kontrasepsi berbentuk rod kecil yang dipasang hanya di bawah lapisan kulit (subdermal) di bahagian tengah lengan atas.
“Implanon sesuai untuk ibu-ibu yang sedang menyusukan bayi mereka,”
info : ipislam



Saya dah calling-calling 2 klinik iaitu Klinik Alam Medic di Subang Perdana dan Poliklinik Umra di Shah Alam. Tapi oleh sebab lack of info berkaitan, saya masih tak boleh buat pemasangan implanon ni tadi.

1- Tiada stok di Klinik Alam Medic, perlu buat tempahan.

Adoiyai! Masa call semalam bagitau boleh walk in saje. Tak reti pulak dia nk check stok ada ke tak. Saya dh tunggu almost 20minit, baru la nk bgtau stok takde.

2- Saya perlu datang ketika masih period di Poliklinik Umra (hari kedua hingga hari kelima)

Adoyaiii lagi sekali. Saya dah tanya semalam kalau dh habis period 1 hari boleh datang atau tak? Si penyambut telefon kata boleh datang. Tp bila saya dh sampai, si akak manis kt kaunter suruh saya balik. Katanya kalau dh habis period, dinding rahim dh menebal semula, takut-takut kalau pasang juga akan berlaku bleeding.

Dedua klinik pon bagi info yang ringkas tapi tak padat dan akhirnya membuang masa saya.

Memang hangin je satu badan ni. Nasib baik cik abe saya pandai tackle perasaan marah saya. Sejuk sket.

So entry pakai 'susuk' akan bersambung ke bulan depan.

Ohh saya nk share harga termasuk consultation yg saya dh tanya kt dedua tempat ni.
Klinik Alam Medic - RM590 dan Poliklinik Umra - RM580. Sesiapa yang ada berhampiran dan berniat juga nk pasang, boleh la try kt sana. Tapi jangan lupa yer, perlu buat tempahan di Alam Medic dan pastinya datang waktu sedang period utk memudahkan urusan.






Ke 3 negeri dicuti Awal Muharam

Alhamdulillah selamat sampai juga ke opis pada hari Selasa yg damai ni. Hihi.

Maklumla cuti 4 hari, bercinta sungguh nak bangun. Jam start berbunyi dari kol 5 pagi, last-last kol 6.30am baru bangkit terkejar-kejar sebab semua keje tak buat lagi. Bubur Hilda blom masak, susu hilda blom thaw, baju papa-mama belum gosok, beg sekolah HMs belum kemas..macam lipas kudung je. Tengah potong carrot cik Hilda bangun n nangis carik mama takjumpa. Terpaksa la babywearing sambil buat semua keje tu.

Jumaat lepas saya EL. Kesian kt cik Hilda yg demam dan hanya minum 2 botol susu hari Khamis lepas. Mak mana tak risau. Daripada anak lapar, baik mama cuti je. Sambil jaga dia demam, sambil layan cik Hilda mengempeng.

Okeh pengembaraan si Upin Ipin dan Apin bermula di pagi Sabtu. Memang dah lama tak buat kerja travel berjam-jam lamanya ni. Masa dok Penang dulu, mmg almost setiap bulan akan bertravel.

Jam 9pagi keluar dari rumah terus breakfast di restoran mamak AlWadud kesukaan walaupon tak sedap mana kuah roti canainya tp sebab AlWadud je la kedai mamak terdekat, maka singgah jugak la isi perut.

Itu ini begitu begini, jam 10++ mula menuju ke Kuantan, Pahang. Felda Bukit Kuantan to be specific. Actually ada kenduri sedara belah mak saya kt sana.
Adik saya Halmi bawak Mak, Abah dan adik bongsu dari Chini terus ke Kuantan. Saya dan family, juga kakak sulung dan family dari Kajang gerak secara berasingan terus berjumpa di rumah pengantin. Perjalanan lancar. Saya tak stress pn sbb saya tak memandu dan hanya duduk sebelah je. Layan anak-anak potpetpotpet. Hilda duduk di pangku sebab Hadif dah konker car seat Hilda.



Sampai Bukit Kuantan jam 1tengahari. Terus makan, jumpa dan bergosip dengan keluarga sendiri. Hihi. Pengantinnya saya tak berapa kenal. Jadi macam ala-ala segan je nk mintak bergambar :D

Dah setel kt rumah pengantin, kami menuju ke rumah adik saya di Paka. Sebelum tu singgah kejap kt Pantai Kemasik. Layan makan kepok lekor tepi pantai jap. Lepas tu layan ombak rindu.

Takde acara mandi-manda sebab terjahan ke pantai adalah unexpected.




Geng baju kotak-kotak kt tepi pantai. Mama je tak sarung baju macam ni sebab pakai baju kurung. Maklumla pegi kenduri kawen.

Mak, Izzati, Halmi, Jaa, Asyraf Mukhlis dan Abah

Si cilik yang masing-masing pakai baju smaller size dari yang sepatutnya. Saje nk bgtau, takdek motip :D
Saiz baju kotak-kotak : Hilda (0-3mo), Hadif (6-12mo), Hannah (2T)

Nenek dengan Asyraf Mukhlis si baby Shaklee hihih!

Go green!

Hilda nk pegang air!

Sekejapan je kt pantai, dan terus menuju ke Paka. Adik saya ni duduk dekat Perumahan TNB. 
Lepas diner, CikAbg ajak pegi ke Mesra Mall. :) 
Takde apa-apa hasil tangkapan pon, Sekadar jalan-jalan tengok Kedai Mesra terbesar kt Malaysia ni :D

Dan esoknya, lepas breakfast, kami semua bergerak balik ke rumah mak di Felda Chini.

Gambar Hilda ni masa acara pilih-pilih tudung yang bakal PakSu HM jual. Special case la kan, bakal adik ipar siap bawak van angkut semua tudung jualan utk dipilih oleh bakal kakak ipar(s). Hihi! Dah dapat diskaun, mintak diskaun lagi. Dengan rela, bakal adik ipar anggukkan saja. Hahahaha!!!

Bulat muka cik Hilda nih!

Dan akhir sekali semalam, abesla sesi cuti-cuti awal Muharaam. Mari kita balik rumah pulak. 
Perjalanan agak perlahan di area Kuala Pilah. Rupanya jam sebab byk kereta berhenti nak beli durian kt tepi jalan. Menarik jugak tengok ayam/itik/puyuh salai yang dijual sepanjang Kuala Pilah tu. Tapi kalau beli, tak tau plak nk dimasak apa. Hihi! Sungguh ai tak reti!

Mama yang bosan, anak jadi mangsa :D

Singgah kejap rumah nenek kt Kajang. Sempat jugak pegi Giant Kajang beli barang keperluan rumah yang dh habis. Sambil mama shopping, papa bawak kereta utk dicucicuci service. Kereta dah kotor sangat dh redah jalan 3 negeri. Maklumla sesekali memang menempuh hujan juga. Bila dh tempuh jalan yang basah, sila lah maklum apa akan terjadi pada badan si putih Alza.

Tak susah bershopping sendirian dengan HMs. Janji ada trolley, ada Khongkhongkunch, "Hasnita" dan air vitagen sorang satu set. Diam la dorang kt dalam trolley tu :)

Sekian, travel-log HMs :D
Pagi ni masing-masing liat nak bangun!


Risau risau risau

Tengah malam tadi badan Hilda dedar. Itupon Papa yang perasan masa dia tengah belek anak sorang demi sorang. Maklumla asek balik lambat je sekarang, tak sempat jumpa time anak-anak tengah sedar. Tak sempat nak bergurau senda dan main-main dengan anak. Terharu gak hati ni.

Mama memang tak perasan sebab sebelum tidur Hilda macam biasa je. Dok kejar mama yang ke hulu hilir buat kerja rumah. Bila dia dh jerit kuat sket baru la mama angkat dia dan ajak tidur. :D

So bila Papa perasan badan Hilda panas, dia kejutkan la Mama. Mintak bagi ubat dan amek air nk jaram kepala dan badan Hilda. Macam biasa Mama larut 3-4titik Basic-H, amek towel kecik dan basahkan. So proses menjaram badan pon bermula. Hilda tak suka. Daripada muka mamai-mamai terus buntang mata dia bila towel basah diletakkan atas kepala dia. Pantas jugak dia capai towel tu dan tolakkan ke tepi.

Hihi!! Bukan setakat Hilda tak suka, Mama pon tak suka bila Papa jaram kepala Mama masa demam dulu. Tapi nak buat macam mana, itu je la salah satu cara nk percepat-turunkan suhu badan yang tengah demam. Dah jaram 5-10minit, suapkan 1ml ubat demam. Membebel-bebel bahasa dia dengan mata layu. Last-last tidur semula.

Pagi tadi dah bawak ke Klinik An-Nisa. Harap-harap Hilda tak meragam kt taska.



Satu lagi yang merisaukan Mama. Masa tengah breakfast dekat Restoran Al-Wadud pagi tadi, Papa mengadu dada dia sakit malam tadi. Time dia terkejut dan terjaga, tiba-tiba dia rasa sakit dekat dada dibahagian kiri. Tak boleh nak tarik nafas. Papa cuba kejutkan Mama tapi Mama tak sedar. Lena sangat tidurnya tu!

Mama dh mula risau. Lagi-lagi katanya sakit kt dada di bahagian jantung. Benda macam ni bukan boleh diambil mudah. Papa memang ada bgtau, kerja dia sekarang mmg amat stress. Mungkin juga itu salah satu faktor. Takut sangat! Lagi-lagi memang ada juga kawan Mama yang sakit berkaitan jantung diwaktu muda.
Ya Allah ku mohon, jauhkanlah penyakit ini dari suamiku.

Dan pagi ni macam biasa, Mama blogwalking ke blog otai-otai Shaklee, terus terbaca satu entry - Set I Love U Hubby - daripada Kak Cherry yang rasanya memang setepek terkena kt batang hidung mama ni. Uhuk Uhuk!!

Mama memang rasa bersalah. Sebab Mama sangat menjaga supplement intake utk kesihatan diri sendiri. Tapi untuk Papa, Mama tak berapa hirau kan sangat. Salah satu sebabnya, Mama terpaksa hulur vitamin dan air mengadap Papa, baru la Papa nk makan. Kalau nk harap dia makan sendiri, memang susah lah. Padahal stok Vitamin E dan Ostematrix memang sentiasa ada dalam almari Mama.

Kenapa lah Mama tak rajin nk hulurkan vitamin pada Mama. Uhuk Uhuk!! Bila Papa dah mengadu something yang tak enak didengar baru nak rasa menggelabah dan tak keruan!!! ~Menangis!!~

Insya allah, start malam ni, Mama berazam akan jaga juga intake supplement utk Papa. Mama nak satu keluarga sihat sejahtera. Jauhkan la penyakit-penyakit yang tidak diundang itu dari keluarga kami..
Seriously I LOVE U My Hubby



Akhirnya!!!

Saje je carik point nk menaip kt Dashboard ni.

Akhirnya dapat jugak rasa kek yang orang dok cerita situ situ sane sini suatu masa dulu. Skang ni dh tak berapa hot sangatlah kot.  Time dia tgh hot dulu pon tak penah tau ktmana nak carik. Time dia dh suam kuku pon masih juga tak tau mana nk carik. Tapi tanpa dicari dia datang meng'offer' diri untuk ditelan.

Tadi time lalu kt pantry nak ke 7Eleven, dua orang kakak cleaner tengah menikmati kek ni. Ada sorang staff dapat surprise cake delivery from his wife.  Sweet kan! Nak tambah sweet lagi, dia dapat sejambak bunga. Ohsoromentik!



So dari situ lah datangnya kek baldu merah ni. Kakak tu offer, jadi rejeki jangan ditolak. Dapatla merasa. Amek secubit je dulu lepas tu terus ke 7Eleven nak pi beli Libreesee.

Balik dari 7Eleven, kakak tu bagi lagi 2 slice.  Kasik potong kecik-kecik lalu bawak naik ke tingkat dua boleh share makan dgn kawan-kawan pula.

Ohhh macamtu ke rasanya. Masam-masam sket. Sedap macam biasa je pada lidah saya. Sedap lagi Choclate Indulgence :) Tapi alhamdulillah, walau cemana pon rasanya, at last merasa juga. Nak harap pegi carik sendiri, macam lambat ler nak termerasa.

Lagi satu, at last juga harini saya perlukan Libreese di bulan ini. Mak dah saspen dah.. Haha!!

psssttt :  Elis, kalau nk tau berapa harga sekeping boleh la refer ke website ni yer Bank Negara



Si Bunga Raya dan Sang Kijang



Sebagai kenang-kenangan juga :)


Congrates team Harimau!!

Salam..

Mood nk berblog mmg ada merudum skg ni. Asal bukak je dashbord, terus blur. Asal blur, bukak Facebook hihi! Saya akui saya lebih banyak berFacebook skg ni. Seronok mengikuti discussion group-group yang saya join kt sana. Tapi bloghoping tetap saya jalankan walaupon hanya sekadar reader.

ApokonoehJang perasaan kureng melekat pada blog 2-3hari ni?

Saya nk bgtau, saya tengok bola sebelah mata je malam tadi walaupon saya tengok suami saya menonton penuh emosi. Maknanya sebelah mata saya tengok TV, sebelah mata lagi tengok suami kah?? Haha!

Apepon TAHNIAH diucapkan pada team Malaysia sebab dh jadi juara. Bergegar seluruh Apartment dgn jeritan para penyokong dari dalam rumah saya juga dari rumah jiran. Terkejut gak la saya yg dah tidur masa tu. Btw, saya rasa lagu Harimau Malaysia yg saya dengar kt radio semalam agak catchy dan seronok didengar.

OK sekian. 




Saya yang mengantuk

Saya yang mengantuk Saya yang mengantuk Saya yang mengantuk Saya yang mengantuk Saya yang mengantuk Saya yang mengantuk Saya yang mengantuk Saya yang mengantuk Saya yang mengantuk Saya yang mengantuk Saya yang mengantuk Saya yang mengantuk Saya yang mengantuk Saya yang mengantuk Saya yang mengantuk Saya yang mengantuk Saya yang mengantuk Saya yang mengantuk Saya yang mengantuk Saya yang mengantuk Saya yang mengantuk Saya yang mengantuk Saya yang mengantuk Saya yang mengantuk Saya yang mengantuk Saya yang mengantuk Saya yang mengantuk Saya yang mengantuk


ni la dia penangan tak cukup tidur on wiken. Siapkan keje-keje sampingan dan berjalan aje kejenya.
Kurang tidur membawa padah di opis :D


10.10 gram

Sebagai kenang kenangan
Published with Blogger-droid v1.7.4

Anti-Stress

Pertama dalam sejarah saya. Puting beliung melanda bila berdepan dgn kerenah orang.

Petang semalam memang ribut taufan satu badan saya. Dah elok-elok parking kereta, saya bawak turun 6 beg rutin saya, ditambah lagi 2-3plastik kecil makanan yang saya beli kt pasar malam, saya minta anak-anak macam biasa jalankan tugas mereka. Heret beg masing-masing naik ke rumah. Tp Encik Hadif yang mama sayangi, bodyguard kecik yg suka pakai baju bola buat ragam. Maybe berpunca dari permintaannya nak makan rambutan dalam kereta saya tolak. Terus dia membatu dan membeku dalam kereta tanpa pakai seliper apatah lagi nk turun dari kereta. Nk protes la tu.

Dalam hujan serintik-dua rintik, saya risaukan Hilda yang dah saya dukung terkena hujan. Dah pujuk dari low note dan tone to the highest one, En Hadif masih berkeras. Last-last saya masukkan semula semua beg dan plastik ke dalam kereta, juga Hilda kembali ke carseat. Saya pujuk lagi, tak jalan lagi. Maka hati mama yang geram ni telah mencubit pipi anakku yg tak montel tu sebab terlalu geram.

Endingnya, saya dukung je Hilda dan abangnya naik ke atas meninggalkan semua beg dalam kereta. Hannah je yang patuh bawak beg sendiri. Maybe sebab tengok muka mama dh macam muka singa. Erkk tp cantik banyak la kot dari muka singa tu haha! So dia play safe. Kang tak pasal-pasal terkena tempias puting beliung.

Bila dh sampai rumah, saya bergegas nk turun ambil beg pulak. Ye la, ada satu beg yg saya tak sanggup nk tinggalkan dalam kereta sampai ke malam. Ada harta sangat berharga. Saya baru je nk tutup pintu, meraung pulak En Hadif nak ikut. Adoi!

Itu ini begitu begini cara pujuk dalam mengamuk mama, akhirnya En Hadif akur yang mama perlu bawak semua beg naik keatas. Lagi pulak bila mama cakap rambutan abg ada dalam kereta. Redha la dia relakan mama turun ke bawah tanpa di'bodyguard'kan olehnya.

Tapi malangnya, stress mama tak berakhir kt situ.

Tak tau kenapa. Even En Hadif yang happy dan ceria makan rambutan dan keropok lekor, Mama masih diam seribu bahasa. Tak kuasa nk melayan anak-anak bersembang.

Papa balik, terus dapat aduan.

"Pipi Abang sakit" slow-slow je dia ngadu kt Papa. Mama ok je, Mengadulah. Mama terus terang je cerita apa yang berlaku. Hihi.

Dan pagi ni, mama telah berjaya dapatkan ubat penenang dan ubat stress dari sini.




Tahun depan boleh la tiup lilin 1st birthday Hilda kat kepak burung ni.


Yessss..mama need vacation!


Tip Kulit Cantik dengan Vitamin E

Salam Selasa!
Pagi ni saya nk share satu tip. Tips apa?? Tengok tajuk atas tu pon dah tau kan :)
Tak lain tak bukan, mesti la dengan produk dari Shaklee hehe.

Actually, saya memang bersyukur sebab since zaman remaja saya bukanlah seorang yg selalu didatangi jerawat memenuhi pipi. Ada tu memang ada, tapi biasanya datang bila sampai waktu period saya saja.

Pulak tu, jerawat suka nk menepek kt tepi  hidung saya. Sakit tau! Dah la sakit, obvoiously nampak seketul tepi hidung saya ni. Dahtu bila jerawat dh surut, parut dia suka plak nk duduk lama-lama kt situ. Kadang-kadang memang nmpk macam tahi lalat je. Hihi.
Lagi satu port kesukaan jerawat saya adalah kt area anak rambut. Masih sakit tp yang ni kira ok lagi sebab tersorok.

Cik Sudin saya, dulu jeles je sebab dia kata dia pernah alami  masalah jerawat yg agak teruk dizaman muda remaja belia dia. Abesla semua jenis ubat dia guna. Segala jenis tips dan petua dia amalkan. Akhirnya, saya pon tak ingat petua mana satu yg berkesan kt dia :)

Kalau la dari dulu dh kenal dgn produk Shaklee, mesti lagi cepat masalah jerawat dia tu setel kan?

OK balik pada kisah saya. Sekarang ni, jerawat mmg timbul sekali sekala. Tapi kan, parut dia tu memang suka la nk lepak lama-lama. Macam peel dia sebelum ni lah. Cuba tengok kt pipi saya tu. Parut yg kecik belah atas tu dh lebih sebulan dok situ. Dan yang agak besar, baru je join dalam 2minggu ni.

Tak suka tau!!


So kt sini saya share petua dengan Vitamin E yang saya dok sebut tadi.


kredit to kak Norita Mohd Idris

Jika nak dapatkan kulit yang licin dan skin texture yang cantik, picitkan sebiji     vitamin E Shaklee dan sapukan pada kulit muka sebelum tidur, dalam 7-14 hari kesannya sangat hebat!

Haaa, kapsul kt atas tu la Vitamin E Shaklee. Dalam bentul softgel.

Cucuk je softgel ni dengan jarum, then picitkan keluar cecair Vitamin E ni. Sapu macam pakai moisturiser.

Lagi satu nak bagitau, kalau tips sapu Vitamin E dh boleh buat kulit cantik, tips makan Vitamin E pastinya berikan kesan berganda.


Fakta : Vitamin E Shaklee disertai dengan Selenium. Vitamin E sahaja tidak sempurna tanpa Selenium. Pengambilan vitamin E perlulah lengkap dengan Selenium untuk mendapat kesan pengambilan yang optimum, di mana tanpa Selenium ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka panjang kerana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik. 

Jadi check it out fakta Vitamin E anda di botolnya ye!!



Dulu dia duduk diam je baik-baik macam ni bila amek gambar.


Sekarang dia arahkan mama.

"Mama, Hannah lari pegi sane pastu mama amek gambar Hannah lari tau"



"Mama! Hannah lari kt sini boleh ke?? "

Mama "OK"

"Mama, Hannah nak lari kt sane semula"


"Mama, amek gambar Hannah sekarang mama!!! "


Menjelang malam:

"Mama, Hannah sakit kepala lah sebab tadi Hannah lari laju-laju. Nak tidur dulu lah"

Hihi Anak ohh anak..



Happy 8th months Cik Hilda!

Alhamdulillah, semalam dh genap umur anak bongsu mama ni yg kelapan bulan.

Happy to see her grow healthily, cheekily, bulatly, ahh sudah mak hilda ni tak jumpa dictionary. Hihi.

Dan sempena dia menginjak ke 8 bulan smlm, dia pon tunjukla skill baru dia. At last merangkak juga dia setelah sebulan berlatih asek taklepas.

Semalam sikit-sikit dia merangkak kedepan. Happyyyu!

Sebagai reward, mama bawak dia keluar jenjalan amek.angin petang sambil tgk kakak mengayuh basikal kt laman surau apartment kami. Semoga lepas ni Hilda pandai kayuh beskal pulak. ~besar sgt cita cita mama tu~
Published with Blogger-droid v1.7.4

Minuman kegemaran

Air suam 3 yer.

Ni air faveret lunch saya. Memang air feveret setiap hari saya. Maybe lunch hari ni pon air yg sama.

Harga berbeza ikut tempat. Di food court Tg Village harga duaposen, di DJendela Giant KD limaposen, di Noodle Station lapanposen. Tp yg plg best, di kedai AlWadud air ni free je.

Hehe selamat ber sebelas haribulan sebelas tahun dua ribu sebelas ye!

Published with Blogger-droid v1.7.4

Apa lagi yang belum?

Selain kereta dan motor, HMs dah dibawak naik ini.


Bot : Taman Tasik Shah Alam

Bas : Hannah ikut lawatan sekolah
Komuter : Sg Buloh - KL Sentral 
Saja bawak jenjalan
Tapi kenderaan ada ekor macam ni yg real HMs tak penah naik lagi.




Eh bila ye PAPA???


Ibu menyusu dan keperluan vitamin

Entry ni saya copypaste je dari blog Kedai Triple-S :D

Hari ni saya nak tulis tentang ibu ~ ibu menyusu khasnya~ dan keperluan vitamin.

Saya tak sangkal jika ada para ibu ~ibu menyusu khasnya~ yang berpendapat mereka tak perlukan vitamin. Mungkin mereka dapat menjaga gaya hidup sihat mereka dengan baik. Mereka menjaga pengambilan makanan mengikut piramid makanan, tidak terdedah pada stress, tidak terdedah pada pencemaran udara dan alam sekitar, tidak kelam-kabut mengejar waktu, cukup tidur dan rehat dan sebagainya. Indahnya hidup mereka.

Tapi saya percaya, wanita mana yang tidak stress. Walaupon wanita itu hanya surirumah. Dikecualikan jika wanita ini (surirumah) ada pembantu dirumahnya. Mereka masih mempunyai tahap stress tertentu apabila seluruh kerja rumah dah urusan anak-anak adalah dibahu mereka. Inikan pula wanita yg bekerjaya. Dengan beban tugasan dipejabat, balik rumah sambung lagi buat kerja rumah. Pendek kata, selagi tak tutup mata (tidur) kerja..kerja..kerja je lah kerjanya. Sila setuju dgn saya!

Saya sendiri pernah duduk di kerusi SURIRUMAH yang pada saya tetap ada level stressnya walaupun tak sehebat kaum ibu bekerja. Masih juga dgn situasi selagi tak tutup mata, kerja kerja kerja.. Tetap ada masa terasa lelah dan penatnya menjadi seorang wanita. Cuma yang bestnya, waktu itu anak saya baru seorang, yang seorang lagi masih didalam perut. Bila masa saya rasa letih, saya ajak anak saya tidur.

Sekarang, saya memegang jawatan ibu beranak tiga yang bekerja. Ditambah lagi tanggungjawab menyusukan anak terletak penuh di bahu saya. Berat jawatan ni utk digalas jika saya adalah seorang yg letih lesu, mudah jatuh sakit, tertekan, dan mudah marah.

Alhamdulillah saya memilih utk mengamalkan pemakanan vitamin sebagai langkah utk menjadi seorang wanita menyusukan yang cergas. Dan pilihan saya tentunya vitamin dari sumber semulajadi. Saya tak mahu muka saya pucat lesi setibanya dirumah. Saya tak mahu selalu memarahi anak-anak saya apabila saya tertekan. Saya tak suka tengok rambut saya berguguran dilantai rumah akibat perubahan hormon selepas bersalin. Saya tak mahu keadaan rumah saya terabai kerana saya tak larat nk buat kerja rumah. Saya tak mahu suami saya merajuk kerana saya tak mampu nak melayan dia dirumah. Dan saya juga tak mahu jika saya mendapat penyakit osteoporis kerana saya menyusukan anak saya. Anda boleh google kenapa wanita lebih mudah terkena Osteoporosis berbanding kaum lelaki. Dah dpt jawapannya, meh komen kt sini yer.

Ini bukan lah pendapat peribadi saya. Malah telah pon ada kajian dilakukan utk membuktikan betapa pentingnya keperluan kalsium yang mencukupi utk para lactating mommies. Boleh refer entry ini :

Breastfeeding Mothers Need Calcium to Guard Against Periodontal Diseases


Yang ini pula memang pendapat peribadi saya.
Sejak saya mengamalkan pemakanan vitamin, badan saya memang cergas dan mampu bangun seawal 5.30pagi utk memulakan urusan harian. Balik dan tiba dirumah menjelang waktu malam, saya masih mampu memasak utk diner. Kecuali husband saya outstation, saya lebih suka diner dengan sesuatu yang ringkas kerana saya lebih suka meluangkan lebih waktu bersama anak-anak. Kalau suami ada, dia yg tolong tengok-tengokkan mereka.

Dalam bab penyusuan pula, saya dapati badan saya tetap dapat maintain menghasilkan susu mengikut keperluan si comel Hilda saya. Dan walaupun bentuk badan Hilda tidak semontel anak orang lain, dia masih sihat dan aktif. Sebab saya yakin, nutrisi yang saya dapat melalui amalan pemakanan vitamin turut tersalur kepada Hilda.

Bab lain pula, rambut yang kerap gugur pun dh tiada lagi. Masalah gusi saya yang selalu berdarah sebelum ini (waktu menyusukan anak sulung) juga telah diatasi.

Alhamdulillah hati saya terbuka utk membelanjakan wang saya kepada sesuatu yang amat bermanfaat utk seisi keluarga. Bila mama happy, keluarga pon tentunya happy.

Bagi menjawab soalan seorang rakan saya di FB ~ Untuk ibu supaya sentiasa bertenaga, gi keja balik keja wat keje lagi?~

Tentunya saya mengesyorkan rakan saya ni cuba set Eu-For Pack. Sebab dah lama saya amalkan vitamin dalam set ini walaupun sebelum nama set ini diperkenalkan sejak Oktober lepas.



WW : The Sleeping Marissa




Raya Korban

Takde banyak yang saya nk cerita pasal Raya Korban tahun ni, sbb macam previous years jugak, saya tak balik rumah parents saya di Pahang. Beraya di rumah mertua di Kajang saja.

Tiada perasaan yang terlalu istimewa yg dapat saya rasa sebab persekitaran saya yang tidak terlibat dgn aktiviti korban. Malah tidak terlibat juga dgn acara menghantar orang pergi - balik Haji. Sebab tu lah, saya tak dapat rasa feelingnya di setiap Raya Korban. Mungkin satu hari nanti, bila kami diberi rezeki utk membuat korban. Mungkin suatu hari nanti bila parents atau mak mertua saya bakal mengerjakan Haji, atau saya sendiri ada rezeki utk berkunjung kesana, baru la terbit perasaan Raya Korban itu. Hihi. So raya tahun ni pon its just a plain one.

Tp tetap ada sedikit perasaan iri dan sayu bila melihat status kakak saya di Facebook yg sibuk masak-masak nasi beriani bersama emak di kampung. Di rumah mertua, juadah raya yang ada, nasi himpit dan rendang kerang. Memang mertua saya memang begitu sahajalah sambutannya setiap kali Raya Korban menjelma. Dia pon sama mcm saya kot. Tadek feeling raya. Hihi!

Gambar raya tiada ye.




Salam Aidil Adha

Kami bg pihak mama nk wish Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua kawanKawan mama. Juga pada semua pengunjung setia blog mama kami.

Dan tak lupa juga buat customer kedai online mama tu.

Dia pesan, jgn overdose daging korban masa raya ni. Takut nnt paras kolestrol go upstair. Tp kalau terasa nk try set kolestrol yang kedai mama saya jual. PM/ sms je dia. Kompom dia reply.

Ok salam aidiladha buat semua!

Published with Blogger-droid v1.7.4

Semalam dan hari ni.

Semalam :

Laaaa..rupanya semalam saya tak update blog. Hihi pagi bz buat keje, petang bz prepare farewell utk opismet. Kak Liza orang penting yg proses gaji kami. GOOD LUCK yer ditempat baru :)

Selit gambar sket lah!





Pagi ni :

Masa nk keluar dari rumah, boleh pulak kunci grill rumah missing. Kunci-kunci lain (kunci mangga, kunci mailbox) yang dok dalam keychain yg sama masih ada. Cemas sudah. Carik atas meja makan tak ada pulak. Dah la cik Abe saya outstation ke Bangi. Ke Bangi je pon, tp dia bermalam kt sana. Aduuuhhh terkurung pulak la kami dalam rumah kalau tak jumpa kunci tu.

So call la dia yg berada disana. Menggelabah lawan dia cool kan. So dengan cool nya dia tanya saya soklan2 berkaitan kunci tu. Dan dia juga bagi cadangan carik kunci disitu situ sane sini. Dan akhirnya saya pon jumpa kunci nan satu itu. Huhuhu!!!

Rupanya kunci tu terjatuh di luar grill rumah kami masa saya tutup pintu malam tadi. Betul-betul dekat tepi grill je. Nasib baik jugak la dia stay kt situ sampai pagi. Dan takde jiran yg tersepak kunci tu. Macam mana ntah boleh jadi macam tu. Saya dh check keadaan ring pada keychain saya. Takde pon yg nmpk longgar dan ala-ala nk tercabut. Apapon lega lah sbb jumpa.

Kalau ikutkan Hannah dah abes exam, boleh je saya buat alasan terkunci dalam rumah dan amek cuti. Tapi dia masih belum settle dgn examnya. Tak nak dia tertinggal. Tapi kan, bila otw pegi keje, stuck pulak dalam jem nk menuju Dataran Sunway tadi, rasa macam bestnya kalau amek cuti je tadi!


 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®