Misi memakai 'susuk'

sambungan dari tajuk..

Adalah tidak berjaya!

Pakai 'susuk' yang ni takperlu jumpa TokMoh pon.  Tujuannya bukan sebab nak kelihatan cantik sbb saya pilih utk cantik dengan Vitamin E dan ESP Shaklee je Hihi! Promot!

Tapi tujuannya utk mem'PAUSE' kilang production baby. Pause saja, bukan Stop pon. Ala senang cerita saya berniat nak pegi pasang Implanon sebagai perancangan keluarga.

“Implanon adalah alat kontrasepsi berbentuk rod kecil yang dipasang hanya di bawah lapisan kulit (subdermal) di bahagian tengah lengan atas.
“Implanon sesuai untuk ibu-ibu yang sedang menyusukan bayi mereka,”
info : ipislam



Saya dah calling-calling 2 klinik iaitu Klinik Alam Medic di Subang Perdana dan Poliklinik Umra di Shah Alam. Tapi oleh sebab lack of info berkaitan, saya masih tak boleh buat pemasangan implanon ni tadi.

1- Tiada stok di Klinik Alam Medic, perlu buat tempahan.

Adoiyai! Masa call semalam bagitau boleh walk in saje. Tak reti pulak dia nk check stok ada ke tak. Saya dh tunggu almost 20minit, baru la nk bgtau stok takde.

2- Saya perlu datang ketika masih period di Poliklinik Umra (hari kedua hingga hari kelima)

Adoyaiii lagi sekali. Saya dah tanya semalam kalau dh habis period 1 hari boleh datang atau tak? Si penyambut telefon kata boleh datang. Tp bila saya dh sampai, si akak manis kt kaunter suruh saya balik. Katanya kalau dh habis period, dinding rahim dh menebal semula, takut-takut kalau pasang juga akan berlaku bleeding.

Dedua klinik pon bagi info yang ringkas tapi tak padat dan akhirnya membuang masa saya.

Memang hangin je satu badan ni. Nasib baik cik abe saya pandai tackle perasaan marah saya. Sejuk sket.

So entry pakai 'susuk' akan bersambung ke bulan depan.

Ohh saya nk share harga termasuk consultation yg saya dh tanya kt dedua tempat ni.
Klinik Alam Medic - RM590 dan Poliklinik Umra - RM580. Sesiapa yang ada berhampiran dan berniat juga nk pasang, boleh la try kt sana. Tapi jangan lupa yer, perlu buat tempahan di Alam Medic dan pastinya datang waktu sedang period utk memudahkan urusan.






9 words from u:

amirah said...

lydzar, nanti bgitau tau sakit ke dok buat implanon ni.ngeri gak benda2 cucuk2 ni...pasni cadang nak 'berehat' gak..tp aritu doktor siap kata tak advise sebb takut peknen gak..dr cuma advise pakai sarung je..ermm..

Iela Fazielah said...

wah..kali ni dah stat merancang ek.. tp mahalnyer pakai implanon tu....

lydzar said...

@amirah ok ami, next entry pasal implan mesti cerita punya :)

ermm memana contraseptive ni percentage dia 99% berkesan. kes yg terbolos tu yg 1% tu la kan..huhu tawakal juga lah

lydzar said...

@Iela Fazielah haah kak. Pause production operation jap. erm berbaloi jugak kot sebab sama kos juga if kita beli encik sarung atau cucuk atau pil perancang utk 3 tahun tu. cuma total duit kita spend kt benda2 tu kita tak nmpk sangat..

pizet said...

iydzar try tanya lppkn total cost baru rm325 skali daftar pasang semua...kena g buat appoinment 2 minggu sebelum dan memang kena tunggu period baru boleh pasang...pz pasang bulan 7 hari tu...skang mungkin dah panggil klinik nur kot tapi setiap negeri pun ada

Hanis Azla said...

selalu mcm tu.. information tak tepat waktu kita call.. mmg geram jadinya.. sudahlah kena tunggu time period.. bila dah terlewat masanya kena tunggu next month pula kan..

e.l.i.s.s.m.i.e said...

eliss semulajadi jer :p takut ada efek sampingan .

mamiraysha said...

Haruskahku menjejaki jejak langkah Pn Lydzar ni..hihihi.. Saya tak ambik apa2 perisai lagi sekarang ni. Takut susu ibu drop. Baby dah umur 6 bulan dah ni. Penyusuan susu ibu dah tak bleh nak jadi perisai. Tapi saya tak pernah period lagi sejak bersalin dulu. Lambat pulak dia mari kali ni..

akuzle ayu said...

hahampehzz! x reti nk wat kje skali. nyusahkan org pandei ah...mcm kiter neh byk beno masa pree...

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®