Ke 3 negeri dicuti Awal Muharam

Alhamdulillah selamat sampai juga ke opis pada hari Selasa yg damai ni. Hihi.

Maklumla cuti 4 hari, bercinta sungguh nak bangun. Jam start berbunyi dari kol 5 pagi, last-last kol 6.30am baru bangkit terkejar-kejar sebab semua keje tak buat lagi. Bubur Hilda blom masak, susu hilda blom thaw, baju papa-mama belum gosok, beg sekolah HMs belum kemas..macam lipas kudung je. Tengah potong carrot cik Hilda bangun n nangis carik mama takjumpa. Terpaksa la babywearing sambil buat semua keje tu.

Jumaat lepas saya EL. Kesian kt cik Hilda yg demam dan hanya minum 2 botol susu hari Khamis lepas. Mak mana tak risau. Daripada anak lapar, baik mama cuti je. Sambil jaga dia demam, sambil layan cik Hilda mengempeng.

Okeh pengembaraan si Upin Ipin dan Apin bermula di pagi Sabtu. Memang dah lama tak buat kerja travel berjam-jam lamanya ni. Masa dok Penang dulu, mmg almost setiap bulan akan bertravel.

Jam 9pagi keluar dari rumah terus breakfast di restoran mamak AlWadud kesukaan walaupon tak sedap mana kuah roti canainya tp sebab AlWadud je la kedai mamak terdekat, maka singgah jugak la isi perut.

Itu ini begitu begini, jam 10++ mula menuju ke Kuantan, Pahang. Felda Bukit Kuantan to be specific. Actually ada kenduri sedara belah mak saya kt sana.
Adik saya Halmi bawak Mak, Abah dan adik bongsu dari Chini terus ke Kuantan. Saya dan family, juga kakak sulung dan family dari Kajang gerak secara berasingan terus berjumpa di rumah pengantin. Perjalanan lancar. Saya tak stress pn sbb saya tak memandu dan hanya duduk sebelah je. Layan anak-anak potpetpotpet. Hilda duduk di pangku sebab Hadif dah konker car seat Hilda.



Sampai Bukit Kuantan jam 1tengahari. Terus makan, jumpa dan bergosip dengan keluarga sendiri. Hihi. Pengantinnya saya tak berapa kenal. Jadi macam ala-ala segan je nk mintak bergambar :D

Dah setel kt rumah pengantin, kami menuju ke rumah adik saya di Paka. Sebelum tu singgah kejap kt Pantai Kemasik. Layan makan kepok lekor tepi pantai jap. Lepas tu layan ombak rindu.

Takde acara mandi-manda sebab terjahan ke pantai adalah unexpected.




Geng baju kotak-kotak kt tepi pantai. Mama je tak sarung baju macam ni sebab pakai baju kurung. Maklumla pegi kenduri kawen.

Mak, Izzati, Halmi, Jaa, Asyraf Mukhlis dan Abah

Si cilik yang masing-masing pakai baju smaller size dari yang sepatutnya. Saje nk bgtau, takdek motip :D
Saiz baju kotak-kotak : Hilda (0-3mo), Hadif (6-12mo), Hannah (2T)

Nenek dengan Asyraf Mukhlis si baby Shaklee hihih!

Go green!

Hilda nk pegang air!

Sekejapan je kt pantai, dan terus menuju ke Paka. Adik saya ni duduk dekat Perumahan TNB. 
Lepas diner, CikAbg ajak pegi ke Mesra Mall. :) 
Takde apa-apa hasil tangkapan pon, Sekadar jalan-jalan tengok Kedai Mesra terbesar kt Malaysia ni :D

Dan esoknya, lepas breakfast, kami semua bergerak balik ke rumah mak di Felda Chini.

Gambar Hilda ni masa acara pilih-pilih tudung yang bakal PakSu HM jual. Special case la kan, bakal adik ipar siap bawak van angkut semua tudung jualan utk dipilih oleh bakal kakak ipar(s). Hihi! Dah dapat diskaun, mintak diskaun lagi. Dengan rela, bakal adik ipar anggukkan saja. Hahahaha!!!

Bulat muka cik Hilda nih!

Dan akhir sekali semalam, abesla sesi cuti-cuti awal Muharaam. Mari kita balik rumah pulak. 
Perjalanan agak perlahan di area Kuala Pilah. Rupanya jam sebab byk kereta berhenti nak beli durian kt tepi jalan. Menarik jugak tengok ayam/itik/puyuh salai yang dijual sepanjang Kuala Pilah tu. Tapi kalau beli, tak tau plak nk dimasak apa. Hihi! Sungguh ai tak reti!

Mama yang bosan, anak jadi mangsa :D

Singgah kejap rumah nenek kt Kajang. Sempat jugak pegi Giant Kajang beli barang keperluan rumah yang dh habis. Sambil mama shopping, papa bawak kereta utk dicucicuci service. Kereta dah kotor sangat dh redah jalan 3 negeri. Maklumla sesekali memang menempuh hujan juga. Bila dh tempuh jalan yang basah, sila lah maklum apa akan terjadi pada badan si putih Alza.

Tak susah bershopping sendirian dengan HMs. Janji ada trolley, ada Khongkhongkunch, "Hasnita" dan air vitagen sorang satu set. Diam la dorang kt dalam trolley tu :)

Sekian, travel-log HMs :D
Pagi ni masing-masing liat nak bangun!


4 words from u:

Hanis Azla said...

penuh terisi cuti lydzar & family.. paling best dpt berkumpul dgn mak ayah adik beradik kan.. anak2 akak pun akak selalu beli baju yg down size.. sbb klu pakai yg actual size selalu nmpk mcm tak kena..

amirah said...

waa...round2 rupanya lydzar n family..syokla camni..takdela duk rumah je kan... : )

ZR said...

amboii jln sakan

Iela Fazielah said...

ish..kita pun gi kuantan jgak...pastu ke ke kemaman dan bermandi manda di cherating... nnt en3 kak ila menyusul pulak ek....

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®