Anti-Stress

Pertama dalam sejarah saya. Puting beliung melanda bila berdepan dgn kerenah orang.

Petang semalam memang ribut taufan satu badan saya. Dah elok-elok parking kereta, saya bawak turun 6 beg rutin saya, ditambah lagi 2-3plastik kecil makanan yang saya beli kt pasar malam, saya minta anak-anak macam biasa jalankan tugas mereka. Heret beg masing-masing naik ke rumah. Tp Encik Hadif yang mama sayangi, bodyguard kecik yg suka pakai baju bola buat ragam. Maybe berpunca dari permintaannya nak makan rambutan dalam kereta saya tolak. Terus dia membatu dan membeku dalam kereta tanpa pakai seliper apatah lagi nk turun dari kereta. Nk protes la tu.

Dalam hujan serintik-dua rintik, saya risaukan Hilda yang dah saya dukung terkena hujan. Dah pujuk dari low note dan tone to the highest one, En Hadif masih berkeras. Last-last saya masukkan semula semua beg dan plastik ke dalam kereta, juga Hilda kembali ke carseat. Saya pujuk lagi, tak jalan lagi. Maka hati mama yang geram ni telah mencubit pipi anakku yg tak montel tu sebab terlalu geram.

Endingnya, saya dukung je Hilda dan abangnya naik ke atas meninggalkan semua beg dalam kereta. Hannah je yang patuh bawak beg sendiri. Maybe sebab tengok muka mama dh macam muka singa. Erkk tp cantik banyak la kot dari muka singa tu haha! So dia play safe. Kang tak pasal-pasal terkena tempias puting beliung.

Bila dh sampai rumah, saya bergegas nk turun ambil beg pulak. Ye la, ada satu beg yg saya tak sanggup nk tinggalkan dalam kereta sampai ke malam. Ada harta sangat berharga. Saya baru je nk tutup pintu, meraung pulak En Hadif nak ikut. Adoi!

Itu ini begitu begini cara pujuk dalam mengamuk mama, akhirnya En Hadif akur yang mama perlu bawak semua beg naik keatas. Lagi pulak bila mama cakap rambutan abg ada dalam kereta. Redha la dia relakan mama turun ke bawah tanpa di'bodyguard'kan olehnya.

Tapi malangnya, stress mama tak berakhir kt situ.

Tak tau kenapa. Even En Hadif yang happy dan ceria makan rambutan dan keropok lekor, Mama masih diam seribu bahasa. Tak kuasa nk melayan anak-anak bersembang.

Papa balik, terus dapat aduan.

"Pipi Abang sakit" slow-slow je dia ngadu kt Papa. Mama ok je, Mengadulah. Mama terus terang je cerita apa yang berlaku. Hihi.

Dan pagi ni, mama telah berjaya dapatkan ubat penenang dan ubat stress dari sini.




Tahun depan boleh la tiup lilin 1st birthday Hilda kat kepak burung ni.


Yessss..mama need vacation!


8 words from u:

- HaSz - said...

you deserved it :) penat setahun, so sekali sekala kene bercuti hehe

amirah said...

yes betul...bercuti adalh ubat penenang paling mujarab tuk kita lydzar..kalo rasa stress sgt memang kena pergi bercuti..hehe

e.l.i.s.s.m.i.e said...

sama ngan my nuha semalam. punca sebab eliss tak layan dia nak pergi kedai runcit beli joys(kinder joys tu) :p dia tak nak turun kereta dan siap guling atas tanah yang basah hujan rintik2 tu. siap laa kena pulas telinga :p tapi bila dah smpai rumah, kesian pulak.hehehehe

Iela Fazielah said...

wah2...harapan naik naik benda berkepak nampaknyer dah berkesampaian... adoi la... naik tangga tiggi mmg jenuh nak layan lg kerenah bebudak...

ayu said...

yeahhhhh...pergi bercuti...mmg patut pun kan..bodyguard lydzar tu mesti manja kan...

MyKhalish said...

mmg salute la dgn momma lydzar, ila yg 2ketui tuh, mujur hr2 dedi ada skali. kalu sesorg, mau pengsannn... huhu..

Hanis Azla said...

bila penat, then anak meragam mmg kita jd stress... tp ubat stress tu mmg sgt best.. berbaloi2 yer lydzar..

akuzle ayu said...

pendahuluan yg sungguh berjela...ckp jekslaa nk g cuti...ahahahahha

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®