Birthday boy having fun : Kizsport Empire Subang

Berbulan kami berjanji. Setiap kali pergi Empire, Papa bawak anak-anak pusing mall, mama pulak settle urusan kt Shaklee. Selalu meleleh je ayaq liyoq tengok kanak-kanak lain happy lari sana sini kt dalam tu. So hari tu kami pon tunaikan lah hajat birthday boy nk masuk kesana.

Hadif bangun awal sama macam time nk g sekolah. Celik mata je " Mama jomla kita pergi Empire"
Sementara tunggu mama sidai baju, tunggu kakak bangun, adik bersiap.. "Mama,bila kita nk pergi Empire mama. Mama ni cepat la buat kerja"

So lepas itu-ini punya urusan, gerak la kami ke Empire. Suka lah hati si Hadif ni.
"Mama, kita dh sampai ke?"
Padahal baru je lepas pondok Pak Guard!

Entrance fees : Kid above 2years old : RM38, below 2years rm12 Parents/Guardian (2 orang) FREE. 
Nak masuk wajib pakai stokin. So kena bawak stokin ye, kalau takde, kt situ pon dorang ada jual.

 




Tengok playground ni, mak budak pon teruja. Anak-anak panjat, mama dorang pon panjat. Sebab nk temankan dorang.  Anak-anak terjun slide, mama pon join sekaki sebab Hilda suka sgt turun dari slide yg besar dan tinggi tu.













Kebanyakan gambar kt kolam bola ni je, sebab kt tempat panjat memanjat tu agak sukar nk pegang Tab/phone nak snap gambar.
Overall memang happy. Hehe tapi tak leh pegi selalu la. Kopak kopak :)

Dan ini kek lepas 2 hari date birthday. Memang tak lengkap kalau takde kek sbb nk memorikan dalam gambar dan blog :) Takyah beli kek bulat sebiji kalau takat makan berlima sekeluarga. Beli slice mcmni je hehe. Tu pon jenuh nak abeskan.

 18.05.09 ~ 10.05.12.
"Selamat hari ulang tahun yang ketiga sayang mama"

5 words from u:

Iela Fazielah said...

seronok tgk diaorg main dlm kolam bola tu..hepi belated bday hadif

amirah said...

hadif baru 3 thun ek lydzar..syok ek dia nk pi main blom lepas pak guard lg..hihi

Eliss Mie said...

alahai seronoknya anak2 yer. pernah bawak nuha dulu tapi di one utama tapi ms tu free sbb joint event friso.

Atia Adina said...

mahalnya tiket dia kan?.....anyway.....happy birthday hadif.....

ieedaz @ mama_isha said...

mcm menarik..leh try pegi nanti :p
liza, kat rekazone ioi pun best gak tau..cuba ar nanti bwk HMs pegi.. :)

meh ar tgk entry ni:
http://ieedaz.blogspot.com/2012/05/first-time-masuk-rekazone.html

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®