Bergambar kenangan berlima buat kali terakhir kt rumah ni.
Rumah yang dibeli waktu saya almost melahirkan Hannah, Disember 2007. Siap 2010. Belum sempat nak pasang grill dan sebagainya dah ada ejen hartanah bagitau ada penyewa urgently nak masuk menyewa.
Siap pasang basic things, terus penyewa masuk. Dan sempat pon nk bermalam sehari dua disini.
Dan setelah hampir 2 tahun, kami buat keputusan untuk menjualnya. Ramai tanya, kenapa jual?
Jawapan saya sebab nk cari rumah baru area kami tinggal sekarang. Kami tak ada plan untuk tinggal di sini memandangkan suami kerja di Shah Alam dan saya pula kerja di Kota Damansara. Untuk berulang alik dan menghabiskan masa dijalanan bukan pilihan kami.
Minggu lepas, selesai sudah kerja-kerja mengecat semula dan kerja pembersihan kami lakukan. Kredit to suami dan juga kawannya yg menyempurnakan tugasan. Saya bantu mana yg sempat aje. Hehe.
Minggu lepas juga, buyer buat inspection sebelum menerima serahan kunci. Rumah untuk anaknya. Bestkan, ayah tu siap belikan semua anak-anaknya rumah sorang sebijik!
Dan lepas ni, misi mencari apartment di area kami tinggal sekarang pula!
Nak Berniaga Tapi Tak Tahu Bagaimana Nak Mula?
-
Zaman ekonomi mencabar sejak tahun 2014 ni memaksa ramai orang mula
mengintai peluang untuk dapatkan pendapatan sampingan atau side income.
Dah cukup berj...
7 words from u:
suke tgk pic liza ber5..one epy family!
laaa dah jual dah? nape xbg tau...kak ila dok cr apartment nak buat 2nd house... syg loan ada tp xguna....
mana lokasi neh? saper tolong snapkan gambo sekeluarga neh? ooo, kwn ayah yea?
selamat mendapatkan rumah baru lydzar.. rmh yg dah dibeli rasa syg nak jual kan.. tp bila terpaksa dan menjualnya adalah perkara yg lebih baik utk kita, jdnya terpaksalah lepaskan saja.. beruntungnya anak2 pembeli tu.. ada ayah yg dah siap2 belikan rumah utk anak2.. rezeki masing2 kan lydzar..
@ieedaz @ mama_isha tq ida :)
saya pun suka tgk gambar berlima tu...happy family
Masa tu rm brp jual?
Post a Comment