Kenangan kt DEMC

Alhamdulillah, Hilda dh discharge petang Jumaat. Kahak dah berkurang dan Doc Koshi bagi kebenaran utk balik. 3 hari 2 malam lepak kt sana. Nasib baik kompeni cover. So mama just upgred bilik ke bilik single bed.

Lepas je jumpa Doc Koshi, terus start treatment nebuliser dan bila dh masuk ward, treatment fisioterapi pulak. Treatment nebuliser setiap 3jam. Pepagi buta pon Hilda terpaksa bangun utk amek gas. Malam pertama dia ok je, langsung tak sedar sesi nebuliser ni, so takde la adegan menangis. Malam kedua, dia sedar pd setiap sesi nebuliser. Mama dh pujuk pon dia masih marah. So tahan telinga aje la mama dgn kakak nurse.

Masuk drip air, dan nurse datang secara berkala untuk cek suhu badan dan kadar oksigen dalam darah. Alhamdulillah, sepanjang 2 malam kt sana, Hilda dh tak demam.

Pagi Rabu : muka ceria je tak macam sakit. Seronok main playground

Petang Rabu : treatment fisioterapi

Sanggup tengok sekali je, lepas tu mama tak masuk dh bilik rawatan.
3 hari duduk dalam ward dengan mama je. Bosan sungguh rasa hati Hilda. Tengok tu sampai terbaring-baring kt lantai, dia tak tau nk buat apa.




Malam-malam, papa datang bawak kakak dengan abang datang visit. Bukan main happy lagi dia. Siap tolong babysit kakak dgn abang lagi.




Pagi Jumaat, hari terakhir Hilda kt sana. Dia memang mogok bosan. Asek menjerit je mintak dukung dan layan dia. Last-last mama bawak dia turun ke playground tingkat 1. Nampak la dia happy sket.




6 words from u:

rose ~ Ibu Rafiq dan Aishah~ said...

eh bilik fisio tu leh masuk ye? hoho sy tak sanggup..dengar aje rafiq meraung dari dalam..tak sanggup sy tengokkk...

Eliss Mie said...

seksa lama2 dalam wad kan. boleh masuk erk fisio. hari tu masa nuha tak bagi lak masuk ;p

greenveined said...

moga cepat sembuh hilda,

Atia Adina said...

duduk kat hospital memang bosan sangat...terasa panjang jer masa

Iela Fazielah said...

kita dok situ pun bosan inikan budak kan?tp alhamdulillah....hilda dah pulih

Hanis Azla said...

hilda pun pandai bosan bila lama sgt admitted kan.. klu akak pun tak sampai hati nak tgk anak time fisio tu.. sebak dan kesian..

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®