Dh tenghari baru sempat nk update blog. Dah 4 Ramadhan dah pun :)
Cerita Hannah. Hari pertama je dia bangun bersahur sebab dh 3-4hari sebelum tu diingatkan oleh cikgu dia hari Sabtu nnt kena bangun sahur dan pergi terawikh. So hari Sabtu je lah yg dia bangun. Hari kedua, ketiga dan keempat, liat sungguh lah nk suruh bangun.
Hari pertama pon dia cuma bertahan sampai jam 10.30pg. Banyak soal dia kenapa Hadif boleh minum susu, kenapa Hilda boleh makan kerepek, kenapa itu kenapa ini. Bila mama kata, atleast kena puasa sampai kol1 petang..setiap seploh minit dia tanya bila nk kol 1. Haha! Last-last terus terang dia kata dia lapar dan mintak mama buatkan susu.
Walaupon Hannah tak nak bangun, hari-hari gak mama kejutkan dia untuk bangun sahur. :)
Nak jugak pujuk dia belajar berpuasa.
As for mama, Alhamdulillah manage untuk masak makanan berbuka. Best sebab opis hour 8.30am-4pm. Tepat jam 4pm berdesuplah saya balik, amek anak-anak kt taska dan masak. Yang simple simple saja. Beli kuih 3-4ringgit. Bancuh air kat rumah, dan siaplah menu berbuka kami.
SELAMAT BERPUASA dan BERBUKA SEMUA!
Nak Berniaga Tapi Tak Tahu Bagaimana Nak Mula?
-
Zaman ekonomi mencabar sejak tahun 2014 ni memaksa ramai orang mula
mengintai peluang untuk dapatkan pendapatan sampingan atau side income.
Dah cukup berj...
6 words from u:
selamat berpuasa n berbuka utk lydzar n family...
Hehe... sama la ngan anak saya...
Kat tadika dia je puasa sebab katanya teacher tak bagi makan or minum sebab puasa...
Balik je rumah terus cari air... hehe
**bestnya dapat balik awal... saya kul 5.30 baru balik. kelam kabut 'bersilat' kat dapur... hehe
saya sampai rumah dlm 545 sempat jugak masak dan buat lauk 2 jenis. hubby beli air dan kuih :)padan la tu.
balik kul 4? waaa...cepatnya lydzar!amie balik kul 5 walaupun masuk 8.30..huk huk..setakat ni blom masak lagi sebab brbuka rumah mak abg. sian mak sebab tak ramai brbuka dgn dia kan..harini kut nak masak sebb mak nak brbuka kat masjid rasanya
beshnya masuk 8.30pg balik kol 4ptg, kami kalau masuk 8.30 balik 5.30ptg.
dugaan mengajar anak berpuasa, bagus la dah mula ajar anak bersahur, eija blom lagi, tp insyaallah tahun depan bila dia dh sekolah mmg niat nak ajar dia betul2 berpuasa. skrg ni just bgtau dia sepatutnya dia kena cuba berpuasa spt org lain jugak..
Okle tu! Lame2 pandaila kakak hannah puasa nanti :-)
Post a Comment