Hannah @6 Ramadhan

Salam 7 Ramadhan.

Cerita petang semalam. Hajat nk makan Pizza Hut tertunai. Balik kerja, pick up HMs dan terus ke Pizza Hut Subang2 utk tapau. Masa kt taska, saya perasan Hannah agak pucat dan kelihatan letih. Cikgu kata dia puasa tak makan nasi, cikgu lagi satu kata tadi dia minum air masak je sikit :)

Sampai je Pizza Hut, terus saya buat order. Order menu biasa je, bukan Pizza Ramadhan tu. Belikan sekali cikgu-cikgu taska. Sama-sama merasa juadah dari dapur orang (dapur Pizza Hut lah kan hehe). Lepas je setel order, Hannah ajak pergi KFC kt sebelah. Saya ingatkan dia nk ajak g main kt taman. Rupanya dia request "Hannah nk ayam KFC dengan nasik sekali".

Saya dh agak dia lapar. Bibir pun nampak pucat dan kering. Orang tak ramai, so cepat je dapat juadah. Terus Hannah duduk dan makan dengan selera sekali. Selera ke lahap eh?? Hihi. Sket pon tak offer adik-adik dia makan. Nasik KFC tanpa sup tu pon memang sedappp je dia telan. Ayam  dicubit sikit-sikit je.

Sambil layan adik-adik Hannah, saya tengok nasi dalam pinggan dia dh habis. Wahhh memang lapar sungguh ni!!

Dia memang puasa rupanya semalam (kecuali kes air masak tu). Dia bangun sahur dan dia tak bagi mama letak susu dan sebarang makanan dlm beg dia. Dia nk puasa. Alahai anak mama, semangat juga dia rupanya. Alhamdulillah, waktu tengok dia berbuka jam 5petang tu, rasa syahdu dan terharu dengan semangat seorang anak kecil untuk puasa.

Balik rumah, sempat lah saya baring-baring sekejap. Maklumlah dapaat cuti masak berelaun kan. Sekejapan je, bila saya keluar saya tengok Hannah dh tertidur. Lagi satu hal, rupanya lepas sahur sampai lah ke jam 6petang tu dia tak tidur lagi!!!

Hihi macam-macam la cik Hannah ni :D

4 words from u:

:: Mrs.Eady :: said...

mcm-mcm :)

pizet said...

semangat kakak hannah nak posa ya..

ieedaz @ mama_isha said...

caiyok caiyok buat hannah :)

Atia Adina said...

nampak macam dah boleh dah tu.....cuti ni try lah puasa lagi.....

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®