Disclaimer saya dah siap!

Ok, satu lagi improvement di Alkesah Kehidupanku. Dah ada disclaimer. Hehe!

Penting ke ada disclaimer? Errmmm penting kot..
Penafian adalah kenyataan umum bertujuan untuk menentukan atau menyekat ruang lingkup hak-hak dan kewajipan yang boleh dilaksanakan dan ditegakkan oleh para pihak dalam suatu hubungan undang-undang yang diiktiraf. Berbeza dengan istilah lain untuk bahasa undang-undang operasi, istilah penafian biasanya menyiratkan situasi yang melibatkan beberapa peringkat ketidakpastian, pengabaian, atau risiko.
Sumber dari Wikipedia yang telah di-direct translationkan oleh Google Translate :)

Panjang lagi explaination Wikipedia tu. Aku pon malas nk baca muwahahaha!

Secara ringkasnya, berguna utk melindungi hak-hak cipta dan rekaan seseorang daripada digunakan/di copypaste sesuka hati tanpa keijinan tuan empunya barang dalam situasi ini adalah blog. Siap guna untuk menyertai contest bagai lagi. Kalau ada yg melanggar undang-undang disclaimer ni, maka tuan empunya ada hak utk mengambil tindakan sewajarnya.Contohnya boleh saman itu orang sebanyak 5juta ~uuuuuu...makcik kayo lah kalau macam ni~ tembak sedas dua atau pon pukul dengan batang penyapu.

Walaupon buat masa sekarang, aku rasa tiada penyalahgunaan telah berlaku pada Alkesah Kehidupanku ~yer la blog ai tak glemer, sape nk beria copy paste pon kan..~ aku rasa elok juga aku letakkan Disclaimer ni supaya yg membaca tahu limitation mereka terhadap blog aku nih..

Bukan tak boleh copy paste, BOLEH.. tapi sila nyatakan info/gambar/cerita tersebut datangnya dari blog aku atau sesapa punya blog tersebut lah. Dengan cara meletakkan credit ataupun back link. Si empunya cerita asal pon akan berbesar hati berkongsi jika diberi penghargaan begitu.. Tak gitu kawan-kawan?

Presenting my Disclaimer.

Sila skroll sampai bawah sekali yer utk menyaksikannya secara langsung. Ponat jugak eden dok menggodam dan menggodek HTML coding tadi. Almaklum, aku nih mmg zero-to-hero bab-bab programming. Berbekalkan setitik ilmu yg pernah aku belajar dolu-dolu kt Matrix n Uitm, dapatla aku menyiapkan Disclaimer aku nih..


*klik gambar utk paparan yg lebih jelas :) *

Sekian. Sila patuhi undang-undang alam maya yer

6 words from u:

Anonymous said...

tahniah! i like the new look n feel...blh buat dot com plak lepas ni

Eliss said...

aku pun blom buat disclaimer belog sendiri..hehehe

akuzle ayu said...

taniah2!.... mmg mender tuh dicipta utk tidak dibaca....

kalo tgk citer 'shrek 4' neh pon ader psl disclaimer2 neh... psl sign agreement bagai....

Unknown said...

mamasue : TQ..tu la thinking of that too :)

eliss : kena buat tu. nnt boleh saman orang 5 juta :P

akuzle : haha tu pasal dia dok paling bawah yer dak..owh ye ke? adoi la sungguh mengidam nk tgk wayang

Kancilbiru said...

gud job bebeh..pasni buleh la tukar ke dot com pulak...template pun dah lawa ni...:)

Unknown said...

niza : mommalydzar.com eh..mcm best jugak kan :) sedang dipikirkan nih

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®