Kejadian Seram Di Subang Suria

Di parking kereta di satu senja Isnin yang mendamaikan.

"Hannah, pakai selipar tu. Kita dah sampai. Jom naik " arah si mama.

"OK! Mama, Hannah turun sendiri la" pinta si anak yang cuba berdikari.

"Boleh sayang, tp baik-baik yer, Jangan jatuh. Jom adik! " seraya mendukung anak lelakinya dan mengambil beg-beg mereka di belakang.

Teeet teeet! Bunyi remote kereta mengunci satu-satunya kenderaan mereka yang setia berbakti membawa mereka ke mana-mana.

"Mama, motor papa mana? " tanya Hannah sambil mencari-cari motor papanya di kawasan parking motor.

"Takde,sebab papa bawak pergi kerja. Hari ni papa tak balikla sayang,dia pergi kerja kt Penang." terang si mama.

"OOO..ye ke" buat-buat paham.

Sambil bergerak menuju ke lif dan menuju ke rumah mereka, si mama dan anak-anak bersembang-sembang riang. Bertanya tentang hal taska, makan apa, main apa..

"Mama, Ayu ada baby" cerita Hannah. 
Ayu adalah rakannya di taska berumur 5tahun. Rupnya dia baru dapat adik. Dan mungkin menjadi penghuni baru taska Hannah dan Hadif. Bertambah la kawan mereka nampaknya.

"OO yer ke..Siapa nama adik Ayu?" si mama seronok berbual dengan si anak.

"Nama dia baby ayu la" tersenyum si mama mendengar jawapan tulus dari si anak. Sambil dia membuka kunci mangga di grill dan tombol pintu.

"OK hannah, bukak kasut tu..kita masuk dalam" arah mama.

"Assalamualaikum" dengan pelat dia memberi salam sebelum masuk ke rumah.

Si mama masuk kedalam rumah diikuti oleh Hannah. Dia meletakkan beg susu anak-anak diatas meja di tepi dapur. Di dalam ruang yang masih gelap, dengan tidak semena-mena terdengar hilaian suara yg panjang, menakutkan dan mengerikan. 

"heeeeeeeeeeeeee heee heeeeeeeeeeeee heeeeeeee"

Mata si mama pula tertancap pada satu makhluk sedang menyeringai berselindung disebalik meja dapur.

"Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!"

Si mama menjerit kuat ketakutan dan menangis. Terus dia memeluk erat Hadif yang masih dalam dukungan. Terjatuh dia ke lantai dalam keadaan yang sangat cemas dan tidak boleh berfikir utk berbuat apa-apa selain memeluk erat anak-anaknya. Hannah yang mendengar suara mamanya menjerit dan menangis ketakutan turut menangis. Hadif pula terpinga-pinga tidak memahami apa yang sedang berlaku.

Lampu tiba-tiba terpasang. Lalu keluarlah makhluk yang berselindung tadi dari tempat persembunyiannya. Lantas dia ketawa.

"Hahahahahahhahahahahah"

Diambilnya Hannah dari pelukan si mama. Dipujuk Hannah yang masih menangis. 

Dan apabila dia melihat suri hatinya belum bangun dari duduknya dan masih menangis, dia pon berusaha memujuk si isteri supaya bangun, lantas memeluknya. 

"Dah dah dah..jangan nangis jgn nangis dah" sambil mengajak si isteri duduk di sofa.

Rupanya ini lah dia makhluk yg menakutkan tadi

*tok dalang*

"Hahahahahha! " Dia sambung gelak lagi. Sedangkan si isteri cuba sehabis daya berhenti menangis dan meredakan debaran di hati. Menggigil ditangannya masih terasa.

"Wakenabeb! Hahahahahhaha!!" 

Hampes punya suami!!!!

"Banyak la abg punya wakenabeb. Nasib baik la syg ni tak de sakit jantung ke apa ke. Kalau tak agaknya dah pergi dah" marah betul si isteri bila dipermain-mainkan begitu.
"Best la kenakan syg..Hahahha! Abg dah plan baek punya semua ni. Hahahahah!"

*disebalik meja tu la ada 'momok'*

Memang everything in place. 

So aku memang tak expect akan ada org kt rumah since Abg cakap dia kena outstation ke Penang, Isnin - Selasa. Macammana keadaan rumah tu ketika aku tinggalkan pergi kerja, macam tu jugak la ketika aku balik dan sekali imbas dalam kegelapan senja. Mangga dikunci dari luar, tak ada kasut dan stokin depan pintu, tak ada helmet atas meja, tak ada sweater atas sofa dan tak ada beg laptop depan rak tv.

Abg memang plan baek punya lah. Segala-galanya berjalan lancar dan memang aku TERKENA!!

Tapi memang terkejut dan berdebar sangat bila dengar hilaian momok macam tu. Aku dah la penakut bab-bab macam tu.

Lepas tu boleh pulak dia ajak kami ikut dia pergi main futsal. Aku on je sebab masih terasa takut dgn program wakenabeb dia tadi. Isk isk! Wajib aku carik idea utk membalas dendam nih!



11 words from u:

Anonymous said...

Salam Liza..lawak giler..kalo saba pon sama gak..mmg confirm jerit tak hingat..seklai histeria terus!!!hubby saba pon byk kali buat terkejut2 camtu..die nyorok..then terkejutkan..saba ni dhla kategori pengecut..bisa gugur jantung!!penah tu saba jerit teruk giler..ala2 kene sampuk dek terlalu takut sbb betul2 ingatkan hantu!!!tensen...pape pon itula gurau senda dgn hubby yg bestnye..walaupon rae cam nk MATI!!-SABA-

Unknown said...

tu la kan. menggeletar rasanya menahan takut. tensen pon ada kan..

harap2 jgn la dia selalu buat. tp rasanya bila selalu terkena, kita akan immune kot..

mayb respon bertukar "hah! terkejutnya saya, tp tak lawak pon haha!

Kancilbiru said...

hahahhaa...jahat betul en. din..sib baik la tak jd paper..setengah org kena histeria mcm dulu2 kat sekolah....tapi memang lawak la..

Unknown said...

niza : dia tu memang suka bergurau 'kasar' mcm ni..sesekali memang akan terkena kezutan-kezutan mcm tu

Eliss said...

lawak sungguh en din ni rupanya.buleh di wakenabeb isteri kesayangan dia tu.kalo eliss, mau merajuk semalaman.hehehehe

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra said...

erkssssssssssssssssss kalau kita dah menjerit meraung terkejut ..ish..ish

akuzle ayu said...

astaghafirullah..... sabo jerlaaa hub awk neh... adik beradik harith iskander kerr?? hehehehhe....

Iela Fazielah said...

kelakar la..tp sabar jelah... wajib balas dendam tu.. hehehe

Unknown said...

ellis : dia tu mmg selalu ada je idea nk kenakan wife dia ni..seb baik la dapat wife penyabar haha! angkat bakul!

diana : bukan setakat menjerit meraung pon, mmg dah tersungkur n menangis kt lantai pon..


akuzle : tu la kan, sabar je lah..bukan bukan adik beradik harith iskandar tp adik beradik labu labi jer

akuzle ayu said...

labu labi?? itu lagi parah....ehehehehe

e-caR NazRin aka ibuEiymann said...

adehh..maww gugur jantung cmneh.. sila balas dendam yerr.. haha..

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®