myMetro | 'Saya boleh lemas ibu?'

11.10 pm
Lapar pulak aku. Balik kerja tadi dh siap-siap thaw ayam kt sinki. Sebelum mula masak, macam biasa nenenkan dulu mereka berdua tu. Sekali nenen takmau lepas. Terbaringla 3 beranak kt bilik sambil perut mak budak ni berkeriuk-keriuk nyanyi lagu riang. Kol 9pm, mood nak masak pon dh hilang. Call je Abg yg masih belum balik rumah sebab ada kerja wajib nk kena buat iaitu MAIN FUTSAL. Main futsal kol 10pm, hmm nampaknya order aku cuma akan sampai kol 12malam. Bertahan bertahan!

Baca tajuk ni myMetro | 'Saya boleh lemas ibu?' tadi. Takziah pada keluarga kanak-kanak tersebut.
Sedih lah! Takut giler kalau terjadi kt anak-anak sendiri.
Ala dok bandar mana ada kolam tak bertutup macam tu
Ye, tau. 
Tapi kt bandar bukan pasal kolam tak tutup. Tapi pasal longkang besar pulak.
Aku cukup seriau kalau tengok Hannah dok lari-lari dari taska menghala ke taman mainan sebelah taska dia tu. Ada longkang before sampai ke parking kereta. Longkang tu agak dalam. Nasib baik longkang tu tak penuh air. Penutup besi cuma ada di satu kawasan saja.

Tak boleh bayang kalau Hannah or Hadif lari-lari tetiba terlajak ke arah longkang tu. Masuk ke dalam. Dah la dorang tu kecik 'cenonet' bak kata Hannah. Of coz streeeeeeet terus kedalam. Tenggelam susah nk timbul tuh kalau dgn saiz anak-anak aku sekarang ni.

Aku sendiri penah saksikan kejadian salah sorang budak yg tgh riang gembira berlari, tak perasan longkang tu, terus zasss ke dalam longkang. Berderau darah aku. Seb baik dah besar jugak budaknya. Dan nasib baik gak budak tu kontrol macho tak nangis bila ayah dia keluarkan dari longkang tu. Cover baek punya. Sket pon tak buat muka sakit. Malu pon yer kot tuh maklumla mmg tengah ramai org kt taman tu hihihi! Ciss sungguh, budak tu sakit ko boleh gelak!~

Cara nk prevent dari terjerumus ke longkang tu hanya dgn memerhatikan anak-anak yg tengah bermain supaya tak terlalu hampir dgn longkang. Kejap-kejap jerit "Hannah jangan main hujung sangat!" .."Hannah main side sini"..

Kata nk suruh management apartment tambah penutup besi tu, mau seribu tahun pon tak tertutup kot..
Boleh ke nak masukkan isu ni dalam Aduan Rakyat eh?

5 words from u:

Sharinginfoz said...

takut juga kalau benda-benda macam tu kan

Nia said...

isk,..risau keselamatan anak-anak kita ni kan. diaorg tak tau lagi bahaya2 ni.

Eliss said...

bahaya kan?Moga jauh lah anak-anak kita dari semua tu.aku longkang yang kecik pun dah seriau kalo anak aku lalu.huhuhu

Unknown said...

Sharinginfoz : memang takut pon. zaman sekarang ni mmg macam2 nk kena risau

Nia : Haah dorang tau seronok main je. Mana tau lagi longkang tu bahaya..

elis : Bahaya bahaya..kita ni la parents kena extra caution pasal keselamatan dorang

ad said...

moga anak2 kita dilindungi....aminnnn

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®