Kehilangan amat dirasai..

Semalam aku telah kehilangan dia. Kehilangan yg amat dirasai.

Hidup aku agak miserable tanpa dia. Fikiran ku kusut. Emosiku bergelora. Hatiku tidak tenang. Aku amat ralat kerana kehilangannya..

Untuk mencari ganti aku perlukan masa. Berapa hari? Berapa bulan? Berapa tahun?
Haruskan aku terus bertahan dgn kerinduan atas kehilangannya, atau harus ku cari ganti sahaja. Tapi aku amat memerlukan pengganti dia demi kelangsungan hidup ku..

Ouhh membrane Spectra 3..

Kenapakah dikau menghilangkan dirimu. Kenapakah kau pergi saat aku masih dan amat memerlukanmu. Kau meragut kegembiraanku selama beberapa bulan ini dengan sekelip mata.
Uwaa! Ku tangisi kehilanganmu


*salah satu membran yg telah pergi jauh dariku*

Pic credit to : Momslittleones

Hehe, sedih kan cerita aku pagi ni..aiks sedih tp sengih..apekah?

Bagi kawan-kawan yg tak penah dengar apekah itu membrane, let me tell you ok..i tell you!

Actually, membran ni adalah salah satu sparepart dalam breastpump aku. Rasanya mcm most breastpump ada membran ni. Eh ntah..aku tak tau sgt sparepart breastpump brand lain, selain Spectra. Kalau aku salah sila bgtau yer..

Sebelum tu, mari ku tepekkan gambar Spectra 3 bersama sparepart nya:
Pic credit to : Diary Luna

1. Pump machine (the heart of the machine)
2. Knob (untuk laraskan level suction, max-min)
3. On/off switch (menghidup dan mematikan machine)
4. Tubing (utk menyambungkan machine dgn breastshield)
5. Breastshield (diletakkan di breast ketika pumping)
6. Valve head (utk fungsi menghasilkan suction)
7. Membrane (utk fungsi menghasilkan suction)
8. Bottle (utk tadah breastmilk yg keluar)
9. Bottle base (supaya botol stabil ketika diletakkan di atas lantai atau meja)

Tu la dia sedikit sebanyak penerangan. So fungsi membran itu adalah utk menutup valve head. Jadi apabila kita on kan mesin itu..dan melekapkan breastshield pada breast kita, maka akan ada suction dirasakan lalu keluarlah air azimat pengenyang si comel dirumah iaitu susu ibu. 

Dan apabila membran hilang, valve head tak dapat ditutup, suction tidak terasa, botol tidak dapat menadah apa-apa dan dengan itu air azimat itu tidak dapat dikumpul.

KESEDIHAN YANG AMAT DISITU OK..

Sebenar kali kedua adalah, aku mempunyai Spectra 3 yg berkebolehan utk membuat double-pumping, Meaning aku ada 2 breastshield dan 2 membrane lah. Hanya salah satu je membran yg hilang. Meaning lagi, aku masih boleh berpumping dengan breastshield+membrane yg tinggal. 
Tapi... huh! banyak la ko punya tapi!
Tapi jugak!! Aku tak biasa buat single pumping! Ia memerlukan masa yang lama berbanding buat double pumping. 

Kau tak sepatutnya bersedih sebab orang lain pon ramai lagi yg buat single pumping. Siap ada yang pump pakai manual jer tau..ada tu perah pakai tangan jer ~tetiba ada angel berbisik memberi semangat..
Aku pon tetiba tersedar..
Haah jugak tu.. Betul la kata kamu wahai angel..ada orang lagi susah usaha dia sepanjang perjalanan penyusuan dia. Aku ni, baru je diuji sedikit..

OK sekarang aku memang dah sedar. JANGAN BERSEDIH LAGI.

Walaupon dalam hati, tetap mahu pegi beli membran lain weeken nnt. Sementara menunggu pengganti aku harus juga berusaha berpumping seperti biasa supaya bekalan utk anakku masih bisa dihantar..

So semalam, hari ini juga hari esok..aku tetap mengamalkan double-pumping. But one side with pump and one side with my own hand..Jenuh juga. Aku tunggu terasa let down reflex dulu, baru aku perah guna tangan utk satu side tu. Hasilnya memuaskan. Tetap dapat hasil yg sama seperti aku berdouble pumping. Cuma agak lama dan agak melenguhkan.




3 words from u:

Nordiana Nordin said...

suspend aje..ingat ape yang hilang..hehehe..lydzar camne nak kuarkan gambo2 kat anda mungkin juga meminati tu? memang template camtu atau kena setting kat mane2?

ad said...

hmmm...paham2...pernah mengalaminya...sangat cemas bila tak leh nak pump...tp ni still leh pump kan?kira k lah...

Unknown said...

diana : hehe kehilangannya amat memberi kesan tau..ermm dh jawab soklan diana kt shoutbox yer

ad : cemas kan..takut anak tak cukup bekalan kt taska ja. dah la stok cukup makan je skg ni..alhamdulillah, ku usahakan juga yg terbaik utk pam sampai dapat :)

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®