Walaupon dh hari Selasa, aku masih lg blues umpama monday blues. Mana tak nya, hari ni 1st day utk minggu ni aku pegi kerja. Semalam aku cuti. Cuti tak sengaja.
Semalam gara-gara Cik Abg nk kena naik flite jam 6pagi (plus-plus la kot) nk ke UTM JB. Aku pon terseret sama kena bangun jam 4.30am sebab kena bangun utk gosok baju dia. Hehe sapa suruh tak buat kerja menggosok tu malam-malam kan :P Kena gerak awal dari rumah sebab dia nk kena ke rumah Mamasue dulu, then sama-sama mereka ke KLIA. Refer entry mamasue utk cerita lanjut mereka ke UTM
Sempat aku beraya ke rumah mamasue last week. First time jumpa dia in person :) Thanks for nice nasi ayam. Tapi dedua orang blogger tak keluarkan kamera amek gambar kenang-kenangan huhu!
Lepas Abg kunci pintu, aku pon sambung ler tidur. Set alarm lambat sikit 6.45am. Sebab dah siap2 gosok baju kerja aku sekali. Alarm bunyi, aku pon bangun la solat subuh. Pastu pi baring semula kt tengah-tengah 2 orang budak busuk aku ni. Tertidur lagi. Alih-alih bangun lagi dah pukul 8pagi. Tengah gelabah aku capai towel nak pi mandi, Hannah bangun sambil nangis.
"Mama..hannah taknak pegi sekolah. Hannah demam" buat muka demam.
Aku pegang dahi dia, memang panas pon. So aku duduk semula kt tepi sambil pikir-pikir. Kesian juga kalau nk hantar ke taska. Dengan takdek bekalan ubatnya. Then aku capai handphone, SMS bosses aku bgtau aku EL. Tak dapat respon pon dari dorang. Belasah aje lah cuti. Aku basah kan kepala Hannah, basuh muka dan badan dia. Buatkan susu dan suruh dia tidur semula. Alang-alang anak dh tertidur, mama dia pon tidur jugak lah. Dengan Hadif sekali aku paksa tidur semula. Semua orang bangun semula jam 10 pagi.
Tengahari Hannah dh aktif mcm biasa semula. Jam 3 pm aku paksa lagi semua orang suruh tidur. Memang indah hari Isnin itu sebab aku pon boleh tumpang tidur bersama-sama si kecik yg demam separuh hari tu. Dan pagi tadi, dh takdek rengekan demam dari Hannah.
Tapi dalam dia mamai-mamai pagi tadi, sempat dia mengeluh "Hari-hari Hannah kena pegi sekolah"
Owh tajuk Oktober tp isi sungguh tak bersangkut paut.
Hujung bulan ni, 31 hb October birthday insan kesayangan beta yg bernama En Kamaruddin tu. Tengah pikir ape jenis celebration nak buat, ape jenis hadiah nak bagi --> yg ni aku akan direct tanya dia..
Sesiapa ada idea bab celebtrate tu?
13 words from u:
oct ni pun ayu ada celebrate juga..besday danial yg pertama ahad ni, 10/10/10..tapi, since danial sejak akhir2 ni sakit, rasanya mcm tak de je plan nak celebrate bersama2..huhu..
lydzar, awak pun cuti ek semalam, secara tak sengaja yea..hehehe...semalam saya cuti tak dirancang, ingat kan larat nak bangun gi keje, hurm...melekat terus, bz dgn open house ari ahad ari tu. penat sgt...
@ayu wah best nya date 10/10/10 tu..ala small celebration pon dh ok. amek gambar kenang-kenangan kan.drpd takdek pape lgsg..
hari lahir encik hubby, biasanya aku makan2 kat luar ajer.sebenarnya alasan utk tidak memasak..hehehehe
kita wat small celebration je lydzar.pastu besday hubby 15 sept lepas & anniversary 4 okt..sudahnye sy combine hadiah..tapi kasi yg mahal skit la sbb 2 in 1..
sy kasi beg yg mmg dia idamkan..so buat suprise..mmg bes giler tgk muka dia terkejut..
bes2
bawakla p candle light dinner kat hotel konkod ka hotel uitm ka..ekeke
Ya betul kata KB... P la berdua. N kalau boleh tidur kat situ... :)
@eMMehehe cuti. mmg best dpt tidur, samala penat jugak attend openhouse sane sini kan
@e.l.i.s.s.m.i.eyessza, mmg off day utk memasak. best kan!
@rose --{@ ibuRafiq @}--bestnya surprise. tp utk hadiah bday, sy tak reti nk buat seprais. nk spend byk duit, takut benda yg kita sepraiskan dia tak minat pulak
@Kancilbiruhahaha dh alang2 pekerja uitm, maka elok sgt la pi spend duit kt uitm..yer dak..
@maslinamansorerkk tidur hotel? 31hb tu hari ahad, mana nk ku letak HM berdua tu kalau mama-papa nk berdua-duaan? taska tutup
em.. dah nak msk 3series dah si din ye.. welcome 2 da club.. hehe... ala.. gi mkn je mcm akak aritu.. senang... hadiah?? ikut budget lydzar le
Post a Comment