Alhamdulillah. TQ to aunties semua yang mendoakan Hilda cepat baik. Hari ni Hilda dah pergi sekolah macam biasa. Cuti 1 hari je - Jumaat.
Petang Khamis tu, mama bawak saya pegi Klinik untuk dapatkan rawatan. Punya lah dia cuak sebab saya diserang chickenpox, walaupon dia dh expect saya akan terkena juga dalam masa terdekat ni. Jarak sebulan dari chicken pox abang saya.
Kt Klinik, Doktor tak bagi saya antibiotik mcm Kakak dengan Abang dapat. Katanya sebab umur saya baru 5bulan. Baby bawah 6bulan takkan diberikan antibiotik. Doktor cuma bagi ubat tahan gatal dan ubat sapu saja. Tapi Doktor dh bgtau, insya allah kalau baby usia saya kena, akan cepat baik. Lagi-lagi kalau fully-breastfeed macam saya. Doktor pesan, breasfeedkan je saya banyak-banyak. Mama pon redha.
2 gambar atas tu, saya masa hari kedua diserang chicken pox. Gatal sungguh belakang leher dengan kepala saya. Memang banyak bintik merah naik kt situ. Saya suka jugak la garu-garu walaupon tak berapa nk sampai. Maklumla tangan saya kan pendek lagi. Hihi! Yang bahagian lain, macam kt perut, kaki, kt belakang..memang saya tak dapatla nk garu. Laagi la tak sampai. Mama bagi saya makan ubat dan breastfeed saya, so kuarng la sket gatal-gatal saya tu.
3 gambar ni pulak gambar saya semalam. Haaaa..dh clear kan bintik-bintik kt badan saya. Lepas mandi setiap hari, mama sapukan saya krim Herbal Blend Shaklee tu. Berkesan kan? Kulit kt badan saya dh licin semula. Gebu-gebas gitu. Mama saya tu since kenal dengan Herbal Blend, memang dh tak pakai dah Calamine losyen. Dah la bau tak berapa best, bercapuk-capuk warna putih kt badan saya. Tak cantik kata dia. Sapu Herbal Blend senang, sebab macam sapu losyen je. Tak berbau sangat pulak tu. Eh eh! Saya ni dh jadi duta Herbal Blend kot. Nak kena mintak royalti kt mama nampaknya lepas ni..
Kini saya dah boleh cergas ceria macam biasa. Saje je pinjam songkok Abang kejap. Geram saya tengok dia takmo langsung berenggang dengan songkok dia tu. Tau la raya tinggal seminggu je lagi!
Uwaa! mama tak beli kan saya baju raya lagi!!!
5 Persediaan Untuk Bersalin Yang Ibu Hamil Perlu Buat Supaya Kelahiran Anak
Menjadi Kenangan Terindah
-
Setiap ibu hamil pasti mahukan proses bersalin yang mudah, cepat dan
selamat, kan? Walaupun apa yang bakal berlaku adalah rezeki masing-masing,
namun kita ...
6 words from u:
chubbynya hilda..alhamdulillah dh baik semua..
alahai si bambam hilda,sian dia..mujur la dah ok..
sedihnya tgk gambar2 tu....siannya dia....tapi tak per....syukur dah sihat....
tergelak baca tajuk posting lydzar.."gelobang"
ingat gelobang apela tadi..
alor siannye kene chicken pox. lama tak singgah ..upenye si kecik ni tak sihat..auntie bz la skit skang ni cayang..moga cepat sembuh ya..
syukur hilda dah sihat..ui..anti nengok makin bam bam la anak dare sorang ni.. : )
Alhamdulillah hilda dah sihat dan kembali gebu kulitnya.. comei aje pakai songkok gitu..
Post a Comment