Weekend yg sungguh relax!

Memang relax abeslah. Best!!

Mana tak nya, bermula hari Jumaat lagi dh dapat cuti rehat a.k.a cuti memasak :)
Bersambung-sambung hari Sabtu dan Ahad juga. Juadah berbuka beli kt pasar ramadhan, juadah bersahur kena masak la. Tapi tetap nk kategorikan relax sebab masak yg super-simple utk sahur :)

Jumaat, kami pergi pasar ramadhan kt Seksyen 13. Meriah! Banyak sgt variety makanan yang ada. Tak macam pasar ramadhan kt Subang ni. Tapi sedih sebab baru je sempat tawaf satu round deretan gerai, hujan dh mula menitik. Terpaksa la bergegas masuk dalam kereta. Abg dan Hannah je yg pegi beli. Menu hari itu adalah nasi kerabu. Menu abg, laksa penang dan menu anak-anak kueteow sup. Semuanya tak menghampakan.

Hari Sabtu, cadangnya nk pegi ke Seksyen 13 lagi since semalamnya tak dapat nk cuci mata sgt. Sekali hujan lebat jugak! Ayam dh thaw kt dalam sinki. Tp dalam jam 5pm macam tu hujan berenti. So abg suggest kami melawat pasar ramadhan kt Subang Perdana. Menu hari tu adalah ayam golek seekor dan nasik lemak 5 bungkus. Juga tak mengecewakan.

Hari Ahad, cadangnya nk pegi beli lauk kt kedai runcit nak masak. Tp cik Abg pakai kereta pegi keje pulak. Sampai  kepetang masih diopis. So senang cerita petang tu kita order je lah. Petang tu dia tapau nasi beriani pulak dekat pasar ramadhan dekat Subang Bestari. Juga sedap menjilat jari. :D

Paling best, wiken lepas jugak meriah dengan tidur! Lepas bersahur sambung tidur. Subuh pon terlajak ke pukul 7am. Haih! Lepas subuh tidur lagi sampai anak-anak terjaga sendiri. Pastu kol 12pm mata dh mengantuk lagi. Layan tidur lagi. Hihi

Elok-elok rasa perut ni kempis selama 13hari berpuasa, terus rasa perut sebu dan muncit sebab lepas tidur makan, lepas makan tidur, lepas tidur makan, lepas makan tidur..Ntah mana extra pahala nk dapat pon tak tau la. hihi




5 words from u:

Kancilbiru said...

sungguh kebestan dapat cuti memasak tu...jeles mak nak..

niza tak boleh nak cuti sebab sabtu ahad husband keja so tak dak sapa nk tlg pegi bazar ramadan...huhuhu

kurus said...

aah dik .. akak kalau cuti memang bangun sahur tidur balik ekekek ngelat kan :)

ayukhairy said...

wahhh..bestnya dapat cuti masak2 kan..ayu plak lepas ni kena la masak2 balik sbb mak dah balik kg dah..huhu..

Iela Fazielah said...

bestnyer... sbb xyah masak... pastu mmg relex sgt2 la..

Hanis Azla said...

dpt layan mata mmg syok kan lydzar.. akak hari sabtu tu semuanya tido lepas subuh.. sedar2 dah 9 lebih.. bangun tu badan rasa letih sgt.. tp semalam lepas sahur terus sambung kemas rumah.. yg peliknya rasa lebih segar pula sampai ke malam..

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®