Steambot pot FREE!

Free lah sebab tak kena keluarkan duit untuk dapatkan periuk ni.
Tapi I spend a lot kt CC. Tau CC tu apa? Card credit hihi. So ni lah hasil redemption lepas berbulan-bulan guna kad kedit.Tak sabar-sabar nk redeem. Padahal kalau tunggu point membiak lagi, boleh dapat something yang lagi best kot. Tak pa lah, memang stimbotpot ni salah satu idaman kalbu pong!!


Memang favourite stim bot ni. Thanks Kak Fidah sudi share resepi kuah stimbot Chinese style. Insyaallah ada masa weekend nnt boleh try. On the way ke opis tadi nampak pulak kedai yang jual frozen food ni.  So dah tau kemana harus diterjah utk acara stimboat nnt. Aduhai sedapnyaaaa!!!




Published with Blogger-droid v1.7.4

Ragam bakal customer

Salam Rabu :)

Ceria dgn seluar jeans basah kena tempias hujan pagi tadi. Punya lah lebat. Turun dari rumah dah nampak mendung gelap.

"Mama, kalau nak hujan, memang malam kan.." kata Hadif
"Bukan malam lah abang, gelap.." bidas mama
"OOOOOOooo..." angguk angguk paham dengan senyuman handsome dia.

Saya nk cerita pasal customer harini. Alhamdulillah dh almost setahun saya berkecimpung dalam bisnes Shaklee ni. Awal-awal dulu, enquiry datang dari kengkawan rapat je. Semakin lama, semakin luas coverage nya. So enquiry datang dalam pelbagai cara; emel, PM FB, Gtalk, dan paling banyak via SMS lah.

Saya memang suka orang bertanya, dan saya akan jawab sehabis baik. Alhamdulillah, saya suka sharekan kebaikan vitamin Shaklee ni dengan semua especially yg memang approch saya sebab nak tau more info about Shaklee products.

Cuma sekarang ni kekadang terasa juga annoyed dgn backout buyer. Hihi blom boleh kategorikan sebagai backout buyer sebab dia belum place order, saya tak tau term hehe. Ada sesapa boleh bantu??

Ok, memula dia sms tanya pasal skincare set Nutriwhite. Nak tau harga utk setiap item dalam set tu, jadi gigih la saya type kt sms tu satu persatu. Kalau nk tau, Nutriwhite set tu ada 7 item. Kalau kt emel/PM/YM/Gtalk senang, copypaste aje :P Dah dpt info, sesi konsultasi plak kulit dia jenis mcmmana..blabla. Lepas tu, dia tanya pasal Slimming set pulak. Gigih lagi saya type produk yang berkaitan dengan slimming ni ofcourse la Lecithin dan Afalfa (paling basic) siap dgn harga. Tetiba dia reply 'saya nk order ESP je lah'..
OK no problem, saya bg tau harga dan cara order. Lepas tu dia diam. Diam sampai sekarang. Hahahah!!


Saya tengah kumpul koleksi Nutriwhite ni juga :)
So nk kategorikan dia sebagai apa ye? Saya rasa kalau tak serius nak beli, baik tanya kt emel je kot. Maybe dia nk survey-survey harga je. Kalau takat 1-2 SMS memang tak kesah, ni rasanya lebih kot rm3-4 utk balas SMS dia je.

Dugaan meniaga kan :)

Tapi takpa, saya akan follow up lagi dengan dia hari  ni. Hihi.


Jalan-jalan pegi breakfast

Sejak dh jumpa selipar yang betul-betul fit kt kaki Hilda ni, baru lah saya berani nk lepaskan dia berjalan kt atas jalan batu kt Subang Suria tu. Ada 3 pasang kasut saya beli sebelum ni. Saiz 3, bertapak keras, memang sesuai la utk dipakai atas jalan. Masalahnya, saiz 3 tu loose. Asal pakai tertanggal. So saya rela dukung dia kemana-mana daripada tengok kasut dia asek tertanggal dan lebih haru kalau hilang! Hihi.

Akhirnya pencarian selesai bila dapat beli selipar ni kt salah satu kedai kasut kt Giant Kota Damansara. Fit her well, ada tali kt belakang tu nk elakkan kaki dia terkeluar dari kasut :)

So di pagi Sabtu, kami ke Pejabat Pengurusan Apartment nak bayar bil maintenance. Adalah kali pertama Hilda dibiarkan berjalan pegang tangan dengan kakak dan abang. Mama perhati kan je.

Huhu sungguh bahagia hati seorang mama ni tengok 3 orang anak kecik berjalan berpegang tangan macam ni. Mulut kakak becok bagi arahan kt adik, jangan langgar batu, jangan langgar lubang. Adik pulak separuh jalan berenti, penat. Kalau tak penat pon, dia berhenti sebab tertarik nk kutip daun atau pembalut gula-gula yang ada kt tanah tu.

Comel comel :P






Hilda baby-sitting her baby

Dan pandai dah cik Hilda ni main pondok-pondok ngn baby dia. Baby bogel tengah lapar, dia amek susu yang sepatutnya dia minum, bagi kt baby dia. Baik kan Hilda ni,..Grrrrrrr!!!

Baby tak reti hisap, dia tonyoh-tonyoh teat botol dalam mulut baby yang memang terbuka sket. Lepas tu meleleh ke lantai. Sayu hati mama tengok. Baby tak reti latching ye :D

Ok baby dh takmo minum.
Hilda kata : "Tak mo minum, sudah..." sambil meriba dan tepuk-tepuk baby suruh tidur, mata tengok tv. Alahai gaya sapa lah agaknya tu :P


Tips : Selalunya saya takkan biarkan Hilda abuse susu perahan tu macamtu. Sayang ooooo!!!
Saya akan bancuh milo suam, masukkan EBM tak abes tu, dan berikan pada Hadif. Hehehe! Maknanya Hadif masih breastfeed. Kihkihkih!

Stok EBM as @1Y2Mo

Dah lama tak cerita pasal EBM.
So inilah dia stok yang ada utk Hilda. 24botol x pelbagai OZ. Ada 3,4,5 dan 6oz. Total macam dulu dulu gak malas nk kira hehe.

Terbakar jugalah tengok hasil perahan 2orang opismet kt opis tu. Sekali pam boleh dapat 8-9oz. Alhamdulillah.meriah susu dorang. Ditambah lagi dgn soalan-soalan kengkawan opis pd dorang, ko dapat berapa botol dah?
Alhamdulillah dapatla 6 botol, jawab dia. Saya, ada jugak, tp 3botol yang separuh penuh. Hihi

Dan bila saya muhasabah diri semula. Itu rezeki, syukur. Ini pula rezeki saya, tetima kasih ya allah. Masih berpeluang menyusukan, memgepam dan mengempeng bersama cik mek Hilda tu. Dan menginjak usia hampir 1 tahun 3 bulan dah.

Jangan diukur amaun perahan dgn ibu lain, sebab keperluan anak kita berbeza. Sekali saya pam dapat 3oz, dan Hilda cuma habiskan 2oz setiap sesi menyusu botol. Kalau lebih, dia mmg taknak habiskan dan buat main tonyoh teat botol ke lantai. Hadeh!! Membazir je kan.

So saya berlapang dada. Mmg hasil perahan yang saya dapat setiap hari akan mencukupi untuk dia. Saya tambah sesi perahan dirumah sekurang-kurangnya sekali. Kalo lebih rajin, buat 2kali. Untuk simpan stok. Cuma tak rajin nk buat powerpumping je.

Lagipon susu saya memang pekat. Sebab tu lah dgn 2oz Hilda boleh kenyang. Dan dia memang suka makan. Sila jangan kedekut makanan dgn dia sebab nnt dia menjerit marah xdapat makan. Hihi.

Apepon, mama sila jgn ada penyakit M dalam membuat pumping yer. 10 bulan to go! Chayo!"
Published with Blogger-droid v1.7.4

TEPUK DADA TANYA SELERA : ASK YOURSELF WHY

Saya ni perlukan suplemen ke?

ADAKAH ANDA...

  • Bertenaga sepanjang hari untuk segala aktiviti yang anda lakukan?
  • Berfikir dan mengambil berat tentang tahap kesihatan anda dimasa depan?  
  • Tertekan dengan gaya hidup masa kini yang pantas?
  • Mahu melindungi diri anda daaripada pelbagai pencemaran alam?
  • Mengambil berat tentang penyakit keturunan yang bakal diwarisi oleh anak cucu anda?  
Jika jawapan anda YA, maka anda perlukan suplemen!

TAHUKAH ANDA...
  • Hampir 95% jenis penyakit boleh diwarisi oleh anak-anak anda?
  • Terdapat banyak bukti dari kajian saintifik bahawa nutrisi berkait rapat dengan pencegahan penyakit?  
  • Hampir  80% penyakit kanser berpunca daripada pencemaran alam? ( udara yang kita sedut, air yg kita minum, dan baha-bahan kimia yg terdapat dalam makanan)
  • Surirumah adalah golongan yang sangat hamper dengan risiko-risko ini?  
  • Hanya beberapa peratus manusia sahaja yang betul-betul dalam keadaan yang sihat?
KENAPA SAYA TAK DAPAT KHASIAT DARI PEMAKANAN SAYA?
  • Makanan telah hilang khasiatnya kerana cara pemprosesan dan cara penyimpanannya.
  • Makanan yang kita makan penuh dengan lemak, tinggi kandungan gula dan garam, dan kekurang nutrient yang badan kita perlukan.  
  • Menurut survey USDA  hanya seorang daripada 21,500 orang yang mendapat 100% khasiat melalui pemakanan mereka.
  • Disebab tempoh pemprosesan dan penyimpanan, 57% daripada bahan segar dari lading telah kehilangan khasiatnya.
  • Makanan berisiko untuk dimakan kerana penggunaan racun, pencegah fungus dan juga bahan-bahan pengawet.  
Ada jalan penyelesaian tak?
YA!!, Anda boleh makan makananyang segar, baru dipetik dari ladang, makanan organic, sayur-sayuran yang ditanam dengan baja tanah yang telah dirawat, proses masakan yang tidak ‘over-cooked’, dan pilihlah makanan daripada punca yang paling semulajadi. Tapi adakah anda meluangkan masa untuk semua ini?
Nampak tak praktikal, nak petik sayur dari ladang, nk sembelih ayam ternakan, nak tangkap ikan sendiri. Betul tak? Kita semua sudah terlalu sibuk dengan urusan seharian.

So apa nak buat? Ada cara lain tak?
YA, anda boleh melengkapkan diet dan pemakanan harian anda dengan makanan tambahan dari sumber semulajadi dan organik yang ada dipasaran. Ini bukan satu cara mengelak, maknanya bukan lah tak perlu makan makanan lagi, masih perlu makan dan ditambah dengan pengambilan beberapa jenis suplmen. Sesungguhnya suplemen akan dapat membantu tubuh  anda untuk mendapatkan yg terbaik.

SAYA PILIH SHAKLEE!!


Birthday boy having fun : Kizsport Empire Subang

Berbulan kami berjanji. Setiap kali pergi Empire, Papa bawak anak-anak pusing mall, mama pulak settle urusan kt Shaklee. Selalu meleleh je ayaq liyoq tengok kanak-kanak lain happy lari sana sini kt dalam tu. So hari tu kami pon tunaikan lah hajat birthday boy nk masuk kesana.

Hadif bangun awal sama macam time nk g sekolah. Celik mata je " Mama jomla kita pergi Empire"
Sementara tunggu mama sidai baju, tunggu kakak bangun, adik bersiap.. "Mama,bila kita nk pergi Empire mama. Mama ni cepat la buat kerja"

So lepas itu-ini punya urusan, gerak la kami ke Empire. Suka lah hati si Hadif ni.
"Mama, kita dh sampai ke?"
Padahal baru je lepas pondok Pak Guard!

Entrance fees : Kid above 2years old : RM38, below 2years rm12 Parents/Guardian (2 orang) FREE. 
Nak masuk wajib pakai stokin. So kena bawak stokin ye, kalau takde, kt situ pon dorang ada jual.

 




Tengok playground ni, mak budak pon teruja. Anak-anak panjat, mama dorang pon panjat. Sebab nk temankan dorang.  Anak-anak terjun slide, mama pon join sekaki sebab Hilda suka sgt turun dari slide yg besar dan tinggi tu.













Kebanyakan gambar kt kolam bola ni je, sebab kt tempat panjat memanjat tu agak sukar nk pegang Tab/phone nak snap gambar.
Overall memang happy. Hehe tapi tak leh pegi selalu la. Kopak kopak :)

Dan ini kek lepas 2 hari date birthday. Memang tak lengkap kalau takde kek sbb nk memorikan dalam gambar dan blog :) Takyah beli kek bulat sebiji kalau takat makan berlima sekeluarga. Beli slice mcmni je hehe. Tu pon jenuh nak abeskan.

 18.05.09 ~ 10.05.12.
"Selamat hari ulang tahun yang ketiga sayang mama"

Happy 3rd Birthday MuhammadHadif Mifzal!

Hari ni, Jumaat 18 May 2012 :
Anak bujang saya semakin besar, dan hari ni umurnya dh cecah 3tahun. Alhamdulillah, syukur dan terima kasih ALLAH, saya masih berkesempatan membesarkan anak saya ini. Dan terima kasih juga ya ALLAH kerana mengurniakan kesihatan yang baik pada Hadif sehingga kini.

Pagi tadi :

"Mama beli la kek untuk abang"
"OK balik nanti kita pegi beli ye"
Kakak sampuk "Tapi kalau malam sekolah dah tutup la mama"
"Owhh abang, nk bawak kek pegi sekolah ke?
"Haah abang nk bawak kek pegi sekolah"
"OK takpa, hari Isnin nanti kita bawak pegi sekolah. hari ni abang bawak je buku Upin Ipin tu, bagi kat Abdul Wafiq, Iman, Sara, Afiq...hmmm semua kawan kelas abang la"
"OK"

Plan esok nak bawak birthday boy pegi main-main kt Kizsports & Gym. Setiap kali ke Empire Subang, dorang cuma tengok dari luar je sementara tunggu mama beli stok vitamin  kt opis Shaklee. So esok, takyah tengok kt luar dah, kita masuk kt dalam k. Mesti enjoy!









Selamat Hari Guru.

Selamat Hari Guru pada semua yang bergelar GURU. Terutamanya cikgu saya dari Tadika Felda Chini 4, Sek Ren Keb Felda Chini 1 dan 4, Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Kolej Matrikulasi Melaka dan juga pensyarah-pensyarah course ISE, di UiTM Shah Alam.

Juga kepada guru-guru saya dalam bisnes Shaklee, Mommylyna, Kak Cery dan juga Kak Norita. Terima kasih daun keladi!

Tak lupa pada cikgu cikgu di Tadika Delima Ilmu. Cikgu Yani, Cikgu Atiqah, Cikgu Sakinah, Cikgu Nurul, Cikgu Sal..dan cikgu-cikgu baru  yang lain yang saya belum kenal namanya. Juga ex-cikgu HMs, Cikgu Aida, Cikgu Farah dan Cikgu Ida.



Lilin pink tu khas untuk cikgu-cikgu kt TDI. Ini ajelah yg saya sempat siapkan.

Pagi tadi sebelum keluar dari rumah, Hannah bagitau.

"Mama, cikgu suruh bawak makanan dalam tapuwe"
"Ye ke??? Kenapa Hannah baru bagitau mama sekarang?"
"Mama tengok la dalam buku hijau Hannah"

Hmmm betul lah, memang ada nota cikgu minta bawa sedikit makanan untuk jamuan hari guru. Bukan tu je, rupanya ada pertandingan mencipta kad hari guru dengan bantuan parents. Huhu.
Too late Hannah, mama tak tau semua tu. Bahana tak rajin nk check beg sekolah anak!


Nasib baik pagi masih awal, jadi saya bawak dorang ke gerai sarapan untuk beli kuih. Mana yang ada ajelah. Terserempak pulak dengan kawan sekolah Hannah, mama dia tgh shopping kuih muih yg sama. Hihi. So saya batalkan niat nk beli kuih dan berlalu ke gerai roti canai. So bawak roti canai aje lah ke sekolah.

Pasal kad tu, hari ni mama print mana yg patut, malam ni kita kaler-kaler lah. Belated card pon ok kan :)
Cuma Hannah dh kalah tanpa bertanding sebab tak sediakan kad pada hari sepatutnya. Lepas ni wajib belek buku hijau -Message book-  tu hari-hari!


Pemandangan yg jarang dilihat

Semalam nk update, tapi tak sempat. Memang nk update sambil tepek gambar ni. Pemandangan yang jarang dilihat, sebab selalunya mereka ni tidur bertabur atas tilam tu. Sorang ke sana, korang kesini, sorang lagi pasti lah bawah ketiak mama. hehe.

Published with Blogger-droid v1.7.4

Semalam, jam 5.30am mama tengah busy buat kerja rumah, cik Hilda mengamuk sebab tak baring sebelah dia. So kena la pause kerja, dan susukan dia. Bila nampak dia dh kenyang, sambil mamai-mamai mama cakap "Adik tidur ngn kakak dan abang ye, mama nk gosok baju plak ni" 

Selalunya bila mama letak balik kt tilam, dia akan mengamuk paksa mama baring gak, tp maybe sebab mama dh cakap kt dia suruh tidur ngn kakak abang, dia pon terus je sambung tidur. Lega. Boleh sambung kerja semula. 

Bila mama dh setel semua, jenguk la semula ke bilik utk kejutkan semua orang bersiap. Nampak dorang tidur macam ni. Owhhh sungguh terharu. Peluk memeluk sesama sendiri :) 
Tapi kesian Hilda, penyek dia ditengah-tengah. Comel!! Teruslah amek Tab dan snap gambar dorang. Dan lepas tu, macam biasa..adegan 'susah-payah' nak kejutkan dorang bangun tidur. Haha!



Toncet mama

Gambar takda.

Mesti dapat agak kan, siapakah toncet mama itu? Semalam masa amek Trio HM kt taska, cikgu tolong ikatkan rambut dia. Terpacak tocet kt belakang kepala dia. Arrrhhhhhggg comel sangat!! Haha mak mana tak puji anak kan?? Rasa macam dh besar je cik hilda tu bila ditoncetkan. Dengan muka bulat dia, rambut kemas terikat..memang comel.

Sampai ke bangun pagi tadi dia masih bertoncet haha! Papa balik tengok anak bongsu dia, kata dia "ehh macam upin ipin plak adik ni"

Aktiviti toncet mama tu skg ni, ukur hall. Dh seminggu dia start berjalan dan bertatih. @1 year 1month 3 weeks. Skang dh mula stabil walaupon tangan masih digunakan untuk mengimbang badan. Jalan terkedek kedek, sambil cari pot untuk RnR.

Paling tak tahan, kakak makan biskut roll, dia pon takmo ketinggalan. Sambil makan, sambil berjalan.  Dalam keadaan yang berjalan jatuh bersama biskut fragile ditangan, aunties semua agak apa yg berlaku????
Mama dan tertekan bila tengok lantai sepanjang malam.

"Lain kali bila dh abes biskut ni, mama dh taknak beli biskut ni lagi!!!" sungut mama si toncet sambil menyapu lantai. Haha.

Apepon good girl mama. Keep up the good hard effort. Nanti dah boleh berlari sesama sepupu-sepupu dia :)



Durian runtuh FELDA hari ini

Baca kt sini : Durian Runtuh Felda

Semalam dh gosip-gosip pasal ni dgn kakak saya via GTalk. Dia  yang sampaikan kt saya yang tak tahu menahu ni. Saya memang tak amek pot sangat hal ehwal dunia luar, tenggelam dalam dunia sendiri jek. Hehe.

Malam tadi, masa call mak..mak bgtau lagi sekali. "Ada bahagian untuk anak-anak juga ni.." Abah menyampuk dari belakang "Abah ada durian runtuh ni. Nak ke taknak? " Saya "Mesti lah nakkkk!!"

Ada yang kata gula-gula politik. Hmm apepon orang kata, kalau orang nk bagi saya amek je. Muawahahahah!

RM5000 untuk Peneroka, RM5000 untuk isteri, dan RM5000 untuk anak-anak. Kami ada 6beradik.
Jadi bahagi-bahagikanlah seadilnya. Walaupon tak pasti bila dapat duitnya, saya plan nak jadikannya suntikan modal utk K3S saya.


Promosi May : : GLA Complex : : sedang berlangsung di K3S

Tak terpikir pon nk buat shopping or apa-apa selain itu :) Hehe sbb bukan lah dapat amaun sebulan gaji kan. Jadi lah, untuk memajukan lagi K3S saya tu.

Sesapa lagi generasi kedua Felda, meh tinggalkan komen share dgn saya apa plan anda dgn 'durian runtuh' anda :)

Remove bloglist

Sekali lagi saya terpaksa removekan bloglist saya.

Sebab ada few friends komplen dorang tak boleh nak masuk blog saya ni. Ada malware kata mereka. So untuk membolehkan dorang terus singgah tanpa ragu ke blog ni, terpaksa lah saya remove dulu sementara waktu blogslist tu. Hukhuk! Kurang sudah satu aksesori kt blog saya. Rasa kosong je kt tepi tu.

So kawan-kawan jangan terasa saya sombong sebab tak pamerkan blog link kalian kt blog saya ni ye. 





Last visit : Apartmen Cahaya Permai, Sri Kembangan

Bergambar kenangan berlima buat kali terakhir kt rumah ni.





Rumah yang dibeli waktu saya almost melahirkan Hannah, Disember 2007. Siap 2010. Belum sempat nak pasang grill dan sebagainya dah ada ejen hartanah bagitau ada penyewa urgently nak masuk menyewa.
Siap pasang basic things, terus penyewa masuk. Dan sempat pon nk bermalam sehari dua disini.

Dan setelah hampir 2 tahun, kami buat keputusan untuk menjualnya. Ramai tanya, kenapa jual?
Jawapan saya sebab nk cari rumah baru area kami tinggal sekarang. Kami tak ada plan untuk tinggal di sini memandangkan suami kerja di Shah Alam dan saya pula kerja di Kota Damansara. Untuk berulang alik dan menghabiskan masa dijalanan bukan pilihan kami. 

Minggu lepas, selesai sudah kerja-kerja mengecat semula dan kerja  pembersihan kami lakukan. Kredit to suami dan juga kawannya yg menyempurnakan tugasan. Saya bantu mana yg sempat aje. Hehe.

Minggu lepas juga, buyer buat inspection sebelum menerima serahan kunci. Rumah untuk anaknya. Bestkan, ayah tu siap belikan semua anak-anaknya rumah sorang sebijik!

Dan lepas ni, misi mencari apartment di area kami tinggal sekarang pula!


Wedding Cikgu Aida

Aktiviti hari Sabtu.

Cantik cikgu Aida ni. Manis je muka dia. Walaupon sekarang dh bergelar ex-cikgu, tp HMs masih panggil dia cikgu Aida. Cikgu ada adalah babysitter anak-anak 0-3tahun kt TDI.
Dulu kawan-kawan cikgu Aida (cikgu lain) panggil dia 'mak Hilda' sebab Hilda memang prefer cikgu Aida. Kesana sini diank ikut cikgu Aida. Hehehe.

Terimakasih cikgu Aida sebab jagakan Hilda dengan baik sepanjang khidmatnya kt TDI dulu. Berhenti kerja sebab nak kahwin katanya.



Alhamdulillah, dh selamat bergelar isteri orang sekarang. Sekarang dh berpeluang jadi 'mak' kepada anak sendiri dahhh..hehe

Semoga perkahwinan cikgu Aida dan suami sentiasa mendapat rahmat Allah dan diberkati selalu.


 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®