Dari malam tadi waktu nk tidur dah merangka nk update blog pasal cerita ni. Ada tengok tak? Cerita baru kt TV3 jam 7-8pm yang gantikan cerita kurang menyengat Dewa Cinta tu.
Saya sempat tengok sesekali ye. 1st episod dan episod semalam. Episod lain, remote dh dirampas oleh orang yg tak suka tengok cerita melayu dan hanya suka tengok cenel 8series tu saje. Memang tak dapat peluang nk follow sangat la kot.
Since dh termiss episod sebelum tu, apa yg dapat saya tangkap a.k.a paham ibu Qabil dan kakaknya dah meninggal akibat accident. Dan anak-anak ini ditinggalkan oleh mak tiri dorang dipasar lalu dicolek oleh orang jahat yang akhirnya menjual Qabil dan kakaknya pula dijadikan peminta sedekah. Kesian sangat. Lahir dalam sebuah keluarga yang bahagia walaupon ayah mereka selalu sibuk bekerja. Ibu seorang surirumah yang bertanggungjawab penh dalam penjagaan anak-anak. Bila si ibu meninggal, terus berubah nasib anak-anak mereka. Sedih.
Sedih bila mengenangkan anak-anak kecil diperlakukan macam ni. Ibu tiri pulak, rasanya masa episod pertama adalah seorang yang baik. Selalu bawa 3 orang anaknya menziarah kubuh arwah ayah mereka. Tak pasti mcmmana boleh berhati busuk pulak.
Mengalir air mata mengenangkan nasib anak-anak tu. Sebab bila dipikirkan ini bukan sekadar cerita. Memang dalam realiti pon terjadi kisah anak-anak yang tidak terbela nasibnya. Dalam berita semalam pon, ada kisah anak-anak yatim yang dipergunakan untuk meminta sedekah oleh pihak rumah anak yatim yang tidak sah berdaftar. Mereka digunakan utk kepentingan individu semata-mata.
Tak tahu lah dimana letaknya naluri kemanusiaan orang mcmni. Anak-anak yang sepatutnya dijaga dan dibela dan mendapat hak sewajarnya. Bukan dipergunakan macam ni.
Pernah saya bertanya pada Hannah. Kalau mama mati macam mana? Mula-mula dia kata TAKPE LA. Tapi tak sampai seminit dia kata..mama takyah la mati. Muka dh mula mendung. Lama dia diam. Pahamkah Hannah makna mati? Pahamkah dia makna kehilangan? Saya yang sedang menaip ni pon rasa nk menangis bila fikirkan apalah nasib anak-anak saya kalau saya pergi lebih awal. Mati itu pasti, cuma waktunya kita tak tahu. Adakah sama senasib dengan kisah Alia dan adiknya..YA ALLAH jauhkan lah..
OKlah saya rasa saya taknak sambung lg. Topik ini sangat sensitif bagi saya. Dan saya pula belum 100% bersedia.
Kita tengok aje lah cerita Kasih Alia tu ye. Apa lah endingnya cerita penuh onak duri si anak kecil ini.
Nak Berniaga Tapi Tak Tahu Bagaimana Nak Mula?
-
Zaman ekonomi mencabar sejak tahun 2014 ni memaksa ramai orang mula
mengintai peluang untuk dapatkan pendapatan sampingan atau side income.
Dah cukup berj...
5 words from u:
seriusly rasa best la cerita ni lydzar..memng sedih kan kalau tiba2 ditinggalkan ibu..secara mengejut mcm tu..kdg2 geram je dgn org2 yg ambik kesempatan dgn budak2 kecik yg lemah ni..surh mintk sedekahla, jual itu ini..ish..nak menolong pun setakat yg mampu jela..
cite tu leh jeling2 jek...xleh layan sgt..byk agenda lain...huhu
akk ske cite tu..tp 7.30 br bleh take over..mne taknye ammar dok nak tgk upin ipin..xpon pasang cd ..klo x dok nak itu la..geram betuii..dsebabkan nak berbuka layankan la..hehe
tak pernah tgk lagi cerita tu.. tp kalo tak terjadi pada kehidupan manusia, mcm mana boleh jadi cerita.. semua tu adaptasi dari kehidupan sebenar.. mintak dijauhkan..
ayu pun tgk gak cerita ini..best kan...since parents ayu kat kl skrg, masa 1st episod tu masa mak dia mati tu, mak ayu pun kata kat hariz, haaa...jangan buat ibu marah , nanti ibu mati nanti, kesian hariz...alahai...sedih betul la...ayu dah baca sinopsis cerita ni..nanti ayu buat entri mengenai cerita ni ye..
Post a Comment