Korang Nak Duit Raya Tak?

Sticky post

Ahaaaaaaaa..ni bukan cobaan tau, ni betul-betul punya. Tajuk tadak tipu punya.

Macamana nak dapatkan duit raya ni?

Ni nak habaq mai nih, inilah contest terbaru yang dianjurkan oleh gagasan EUPHORIA GBS. Tau tak apedia Euphoria GBS tu? Itu adalah gagasan kami yang menyediakan dan menjual makanan tambahan semulajadi Shaklee yang superduper BAAAAAGOOOOSSSSS! Dan semua orang ada peluang untuk menjadi pemenang.

So ini adalah peluang best untuk dapat duit raya sehingga RM400 sorang. Lumayan kan?

RM400 ditangan anda!!
 
Pada staf kerajaan, selain menunggu 15hb sebab bakal menerima Vitamin-B dari BOS korang, dan staf yang bekerja dgn pihak swasta yg telah dijanjikan bonus raya..apa salahnya join contest ni utk dapat extra duit raya. Best kan!!

Dan untuk mengetahu lebih lanjut tentang contest ini anda boleh email kepada saya lydzar@gmail.com, letak subject : DUIT RAYA EUPHORIA.




Cars 2 with Trio HMs

It was last nite..hallamak, speaking London pulak dah.

Since complimentary pass from Nuffnang blom diguna lagi, dan skg ni tengah ada cerita yang sesuai utk kids pulak, maka kami makpak ~mak dia lebih beria sebenarnya~ Trio HM pon decide la nk bawak dorang tengok cerita Cars 2 ni.

Kami pegi tengok dekat TGV Bukit Raja. For the first time nya berbuka minum air kosong dalam kereta sebab dah tersalah masuk jalan, so terpaksa berpusing lalu kt Setia Alam dulu baru la sampai kt Bukit Raja.


Hannah dari siang lagi dah excited. Siap dah cerita dekat Biha ~best friend dia~ yang dia nk pegi Jusco tengok wayang.  Padahal bila mama tanya, wayang tu apa, dia tak tau nk jawab. Hihi!

Sampai je Jusco, kami terus redeem tiket, pergi solat magrib then makan nasik lemak kejap dan jam 8.30pm terus masuk panggung.

Seawal tayangan The HMs behave very well. Duduk elok-elok je kt seat masing-masing. Saya memang guna keempat-empat tiket. Senang sebab dapat duduk sorang satu seat. Hilda pon sama behave. Saya try baringkan dia kt pangku tp dia dok angkat badan dia nk posisi duduk. So saya pon pangku lah dia dalam keadaan dia duduk. Kan main cik Hilda takmo kalah dgn Kakak dan Abang. Dia pon konsentret sekali tengok cars.

Tapi bila part Finn McMissile tengah berperang dgn kereta-kereta jahat tu, Hadif mula takut. Sebab sound effect yang kuat. Boleh dia kata, taknak tengok cerita Cars. Then Papa pon amek dan riba dia, baru la dia boleh tenang sket. Huhu takut rupanya anak bujang mama. Anak-anak dara mama steady je.

Mama and Papa pulak enjoy juga cerita ni. Best juga. Sepanjang movie, Hadif dan Hilda ada tertidur-tidur juga. Hannah je yang menten fokus tengok cerita tu. Dia nk tanya dan ajak mama sembang pasal cerita tu, tp mama pulak tak berapa nk dengar. Bising kan.

So kalau dah behave macam ni, insya allah nnt bebila boleh la bawak lagi pegi tengok wayang. Tak sangka. Acara yang dulunya setahun sekali pon susah nk buat, tahun ni je mama dh 3 kali masuk panggung hehe.




Swing swing

Lately mood mengarang memang agak kelaut. Sebab tu la selalu tepek gambar je. Senang keje den. Hehe!
Dan 2-3hari ni pon, memang mood swing. Saya rasa memang ada kena mengena dgn 'saya-bakal-beraya-awal'.
Huhu dasyat juga penangan mood swing macam ni. I dont LIKE :(

Pity those HM, ada ketika mama memang malas giler nak layan dorang bersembang, malas sgt nk layan kakak baca buku, malas nk layan Hadif main. Mama jadi garang. Salah sikit, mama marah. Malas bangun pagi, mama bebel. Kesian sangat dgn dorang. Hilda je masih ditahap selamat, sebab mama masih layan dengan baik. Lagipon Hilda memang belum banyak ragam. Kalau merengek pon sebab dh mengantuk dan nk susu. Mama layan je sebab sambil susukan dia, mama pon boleh tidur sekali. Dah tenggelam masuk alam mimpi sekali pulak tu. Aman rasanya bila tidur sbb tak beremosi.

Harap-harap hari ni mama cool je. Tak macam 2-3hari lepas. Kesian anak-anak mama. Nanti hari raya kita salam-salam mintak maaf ye :D

WW : Bunga di Taman





Salam AidilFitri dari Mommalydzar dan Keluarganya

Tak sabar tau nk wish kawan-kawan dan semua reader blog ni Selamat Hari Raya. Since hari ni pon dh tinggal lebihkurang seminggu je nak raya, so tak salah rasanya saya up kan kad raya nih.

Of kos la tempah kt orang hihi. Sebab saya belum terer lagi nk crop-crop bagai ni. Ntah bila nk terer.
Design by MyKhalish.

So dengan rendah hati, setulus hati saya mewakili keluarga saya mengucapkan :

“Dalam bemesra mungkin terkasar bahasa,Dalam bergurau mungkin terlanjur senda, dalam berjanji mungkin ada yang belum dikota, dalam berbicara mungkin ada yang menyingung rasa. jika ada kemaafan.. itu jualah yang dipinta.. Selamat Hari Raya..”

Mekcu, copypaste taw!! hihi

kepada semua kaum keluarga, sahabat handai di alam maya atau alam fana, kawan-kawan diserata tempat pernah kami berada, jiran tetangga yg mengenali kami, dan semua sekali lah yang sudi menyinggah kt blog ni.



pssst : tak dapat ler nak letak gambar bertema raya, sebab Hilda takdek lagi masa Photoraya tahun lepas. So pakai kasual saje.

Pssstt : Ila, kalau ada PhotoRaya lagi tahun 2011 ni, nak cop 1 session tau!

PENGHARGAAN

Ikuti kisah ini yang dipetik dari seorang pengirim mengenai satu kisah dalam liku-liku kehidupan……..
 
[Menjadi ibubapa bukan mudah, kan? Tetapi kita boleh lakukan.. DAN.. anak-anak hari ini sangat beruntung.. ATAU mungkin ibubapa hari ini terlalu memanjakan mereka]

PENGHARGAAN   

Seorang anak muda yang cemerlang akademik telah memohon jawatan pengurus di sebuah syarikat besar.Dia telah lulus temuduga pertama, pengarah syarikat telah melakukan temuduga terakhir, dan membuat keputusan terakhir.
Pengarah tersebut mendapati dari resume,  keputusan akademik anak muda itu cemerlang dalam semua perkara, dari sekolah menengah sehingga peringkat Sarjana, tiada setahun pun anak muda itu gagal mendapat keputusan tinggi.
 Pengarah itu bertanya, "Pernah anda telah mendapatkan mana-mana tajaan/ biasiswa di sekolah?" dan anak muda itu menjawap "tiada" 

Pengarah itu bertanya lagi, " Adakah bapa anda yang telah membayar semua yuran sekolah?" Anak muda itu menjawap, " Bapa saya telah meninggal dunia semasa saya berusia 1 tahun. Ibu saya yang membayarkan yuran sekolah saya."
Pengarah itu bertanya," Dimana ibu awak bekerja sebelum ini?". Anak muda itu menjawab, "Ibu saya telah bekerja sebagai pencuci pakaian." Pengarah itu meminta anak muda menghulurkan tangannya, dan anak muda itu pun menunjukkan sepasang tangannya yang halus dan sempurna kepada Pengarah itu.
Pengarah itu bertanya, " Pernahkah awak menolong ibu awak membasuh pakaian sebelum ini?" Anak muda itu menjawap, " Tidak pernah, Ibu selalu mahu saya untuk belajar dan membaca lebih banyak buku, tambahan pula, ibu saya membasuh lebih cepat dari saya.."
Pengarah itu berkata, " Saya ada satu permintaan, bila awak balik hari ni, pergi dan bersihkan tangan ibu awak, kemudian datang jumpa saya pagi esok.." 
Anak muda itu merasakan, peluang untuk mendapatkan pekerjaan itu tinggi, dan bila dia balik ke rumah, anak muda itu ingin membasuh tangan ibunya. Ibunya berasa sedikit pelik dengan kelakuan anaknya itu tetapi gembira bercampur takut ketika menyuakan tangannya kepada anak lelakinya itu.
Anak muda itu membersihkan tangan ibunya perlahan-lahan, dan airmatanya tumpah ketika dia melakukannya. Inilah pertama kali dia mendapati tangan ibunya telah berkedut dan lebam/luka. Sesetengah lebam/luka itu membawakan kesakitan sehingga tubuh ibunya menggeletar ketika dibersihkan dengan air.

Inilah pertama kali anak muda tersebut sedar dan menyedari bahawa sepasang tangan inilah yang telah membasuh pakaian setiap hari untuk mendapatkan wang bagi perbelanjaan sekolah, lebam/luka-luka di tangan ibunya adalah harga yang dibayar oleh ibunya untuk pengijazahan dan kejayaan akademik dan kemungkinan masa depannya.

Selepas membersihkan tangan ibunya, anak muda tersebut secara senyap-senyap meneruskan kerja mencuci pakaian untuk ibunya pula.
Malam itu, si ibu dan anak lelakinya telah berbual untuk tempoh waktu yang panjang. Keesokan pagi, anak muda itu telah pergi ke pejabat Pengarah tersebut.

Pengarah itu menyedari ada air mata bergenang di kelopak mata anak muda, lalu bertanya,: "Boleh awak beritahu saya, apa yang telah awak lakukan dan belajar semalam di rumah?"
Anak muda itu menjawap," Saya telah membersihkan tangan ibu saya, dan juga menyudahkan kerja membasuh saki baki pakaian."

Pengarah itu bertanya, " Ceritakan perasaan awak.". 

Anak muda itu berkata, "Pertama, saya tahu erti penghargaan/rasa terima kasih. Tanpa ibu saya, saya tidak akan berjaya hari ini. Kedua, saya tahu bagaimana bekerja bersama ibu saya, setelah itu saya sedar bagaimana susah dan sukar untuk menyiapkan sesuatu tugas. Ketiga, saya tahu betapa penting dan bernilainya ikatan kekeluargaan.". 

Pengarah itu berkata," Inilah apa yang saya minta, saya ingin mengupah individu yang boleh menghargai pertolongan orang lain, seseorang yang tahu bagaimana kesusahan dan kesengsaraan orang lain untuk menyiapkan kerja, dan seorang yang tidak meletakkan wang sebagai matlamat semata-mata dalam hidupnya, untuk menjadi pengurus bawahan saya. Anda telah diterima bekerja.".

Kemudian, anak muda telah bekerja dengan rajin dan menerima penghormatan dari semua pekerja bawahannya. Setiap pekerja bekerja dengan tekun dan berpasukan. Syarikat  telah menunjukkan reputasi yang terus menerus meningkat.

Seorang anak yang selalu dilindungi dan secara tabiinya diberikan apa sahaja yang dia mahu, akan membina 'mentaliti hak/kelayakan'  dan sering meletakkan dirinya sendiri yang paling utama. Dia tidak mempedulikan usaha ibu bapanya. Apabila dia mula bekerja, dia meng-andaikan semua orang mesti mendengar/mengikuti dia, dan apabila dia menjadi seorang pengurus, dia tidak pernah tahu kesengsaraan pekerja-pekerja  dan selalu menyalahkan orang lain. Bagi orang bersikap begini, dia mungkin boleh mempunyai 'keputusan' yang baik..mungkin akan berjaya buat sementara, tetapi akhirnya dia tidak akan merasa erti kejayaan, dia akan bersungut dan penuh rasa kebencian dan berjuang mahukan lebih dari itu. Jika kita tergolong dalam golongan ibubapa yang 'terlalu melindungi anak-anak', adakah kita menyayangi atau memusnahkan anak itu?

Anda boleh menyediakan rumah besar untuk anak anda, memberikan makanan terbaik, memberi latihan piano, menonton skrin TV besar. Tetapi apabila anda sedang memotong rumput, benarkan anak anda merasai pengalaman memotong rumput bersama-sama (dgn pengawasan anda). Setelah makan, benarkan mereka membasuh sendiri pinggan dan mangkuk bersama adik beradik mereka. Perbuatan ini bukan kerana anda tidak mempunyai wang untuk mengupah pembantu rumah, tetapi ini kerana anda menyayangi mereka dengan mendidik cara yang betul. Anda mahu mereka memahami, tidak kira betapa kayanya ibu bapa mereka, satu hari nanti rambut mereka akan beruban sama seperti ibu kepada anak muda tersebut. Matlamat paling utama ialah, anak anda belajar untuk menghargai usaha dan merasai kesukaran dan belajar untuk boleh bekerja dalam kumpulan bagi menyiapkan sesuatu tugasan/kerja. 

Anda tidak boleh mengubah destinasi semalaman, tetapi anda boleh mengubah arah tujuan bila-bila masa. 
Wallahualam……..


Gelobang ketiga telah surut

Alhamdulillah. TQ to aunties semua yang mendoakan Hilda cepat baik. Hari ni Hilda dah pergi sekolah macam biasa. Cuti 1 hari je - Jumaat.

Petang Khamis tu, mama bawak saya pegi Klinik untuk dapatkan rawatan. Punya lah dia cuak sebab saya diserang chickenpox, walaupon dia dh expect saya akan terkena juga dalam masa terdekat ni. Jarak sebulan dari chicken pox abang saya.

Kt Klinik, Doktor tak bagi saya antibiotik mcm Kakak dengan Abang dapat. Katanya sebab umur saya baru 5bulan. Baby bawah 6bulan takkan diberikan antibiotik. Doktor cuma bagi ubat tahan gatal dan ubat sapu saja. Tapi Doktor dh bgtau, insya allah kalau baby usia saya kena, akan cepat baik. Lagi-lagi kalau fully-breastfeed macam saya. Doktor pesan, breasfeedkan je saya banyak-banyak. Mama pon redha.




2 gambar atas tu, saya masa hari kedua diserang chicken pox. Gatal sungguh belakang leher dengan kepala saya. Memang banyak bintik merah naik kt situ. Saya suka jugak la garu-garu walaupon tak berapa nk sampai. Maklumla tangan saya kan pendek lagi. Hihi! Yang bahagian lain, macam kt perut, kaki, kt belakang..memang saya tak dapatla nk garu. Laagi la tak sampai. Mama bagi saya makan ubat dan breastfeed saya, so kuarng la sket gatal-gatal saya tu.





3 gambar ni pulak gambar saya semalam. Haaaa..dh clear kan bintik-bintik kt badan saya. Lepas mandi setiap hari, mama sapukan saya krim Herbal Blend Shaklee tu. Berkesan kan? Kulit kt badan saya dh licin semula. Gebu-gebas gitu. Mama saya tu since kenal dengan Herbal Blend, memang dh tak pakai dah Calamine losyen. Dah la bau tak berapa best, bercapuk-capuk warna putih kt badan saya. Tak cantik kata dia. Sapu Herbal Blend senang, sebab macam sapu losyen je. Tak berbau sangat pulak tu. Eh eh! Saya ni dh jadi duta Herbal Blend kot. Nak kena mintak royalti kt mama nampaknya lepas ni..



Kini saya dah boleh cergas ceria macam biasa. Saje je pinjam songkok Abang kejap. Geram saya tengok dia takmo langsung berenggang dengan songkok dia tu. Tau la raya tinggal seminggu je lagi!
Uwaa! mama tak beli kan saya baju raya lagi!!!


Gelombang ketiga

Hari pertama




Sleeping Beauties

Saya SUKA sangat tengok gaya anak-anak saya tidur. Sebab most of the time, gaya mereka sama.

Yang ni gaya adik dgn abang tidur. Mula-mula je elok terlentang. Tak lama lepas tu mula tergolek terus meniarap. Tidur lebih nyenyak agaknya.

Pemain Harimau Malaya nk berehat dulu. Esok sambung berlatih

Budak botak mama yang sorang ni
Yang ni pulak cara tidur berjemaah bertiga.
Abaikan si Hadif yg togel tak berbaju tu. Masa tu badan dia tengah alergik apentah. Habis timbul ala-ala ruam seluruh badan.


Ishhhh..comel sungguhlah!

Weekend yg sungguh relax!

Memang relax abeslah. Best!!

Mana tak nya, bermula hari Jumaat lagi dh dapat cuti rehat a.k.a cuti memasak :)
Bersambung-sambung hari Sabtu dan Ahad juga. Juadah berbuka beli kt pasar ramadhan, juadah bersahur kena masak la. Tapi tetap nk kategorikan relax sebab masak yg super-simple utk sahur :)

Jumaat, kami pergi pasar ramadhan kt Seksyen 13. Meriah! Banyak sgt variety makanan yang ada. Tak macam pasar ramadhan kt Subang ni. Tapi sedih sebab baru je sempat tawaf satu round deretan gerai, hujan dh mula menitik. Terpaksa la bergegas masuk dalam kereta. Abg dan Hannah je yg pegi beli. Menu hari itu adalah nasi kerabu. Menu abg, laksa penang dan menu anak-anak kueteow sup. Semuanya tak menghampakan.

Hari Sabtu, cadangnya nk pegi ke Seksyen 13 lagi since semalamnya tak dapat nk cuci mata sgt. Sekali hujan lebat jugak! Ayam dh thaw kt dalam sinki. Tp dalam jam 5pm macam tu hujan berenti. So abg suggest kami melawat pasar ramadhan kt Subang Perdana. Menu hari tu adalah ayam golek seekor dan nasik lemak 5 bungkus. Juga tak mengecewakan.

Hari Ahad, cadangnya nk pegi beli lauk kt kedai runcit nak masak. Tp cik Abg pakai kereta pegi keje pulak. Sampai  kepetang masih diopis. So senang cerita petang tu kita order je lah. Petang tu dia tapau nasi beriani pulak dekat pasar ramadhan dekat Subang Bestari. Juga sedap menjilat jari. :D

Paling best, wiken lepas jugak meriah dengan tidur! Lepas bersahur sambung tidur. Subuh pon terlajak ke pukul 7am. Haih! Lepas subuh tidur lagi sampai anak-anak terjaga sendiri. Pastu kol 12pm mata dh mengantuk lagi. Layan tidur lagi. Hihi

Elok-elok rasa perut ni kempis selama 13hari berpuasa, terus rasa perut sebu dan muncit sebab lepas tidur makan, lepas makan tidur, lepas tidur makan, lepas makan tidur..Ntah mana extra pahala nk dapat pon tak tau la. hihi




Terpisah jua

Ni gambar budak bajet hensem bila pasal spekmata hitam.



Tapi mak mana yg tak puji anak kan ~HADIF memang HANDSOME la   just like his Papa~

Semalam berakhirlah kisah Hadif dan spekmata hitam dia ni.
Balik dari Pasar Ramadhan petang semalam, Papa bagitau sepkmata dh patah. Tengok kt tangan Hadif, memang dah patah pon. Ntah apa yang dia buat sampai boleh patah. Terlupa pulak nk snap gambar spekmata dh patah tu.

Papa cerita, Hadif tak kesah pon spekmata dia patah. Sebab dia cakap "Nanti beli lain lah"

Dengan selamba jugak dia pegi masukkan spekmata patah tu masuk dalam tong sampah. OK memang belom reti appreciate barang-barang kesayangan kot. Hilang ke patah ke rosak ke, dia steady je.



Bila Papa tanya, mana duit nak beli spekmata baru, dia pegi check poket Papa.

Hahaha budak ni memang banyak akal skg ni. Mulut pon boleh tahan potpetpotpet macam kakak jugak. Mama dh pening kalau dok dalam kereta sebab nk layan 2orang potpetpotpet.


Supermak makan cheesetart.

Semalam kan saya tak sahur. Amazing sebab bila dh petang, saya rasa saya lebih bertenaga. Tak terlintas pon dalam planning petang semalam utk baring-baring.. tp ada jugak la baring-baring sekejap sebelum waktu berbuka tu.

Balik rumah terus memasak dan do the laundry, then amek anak-anak kt taska terus bawak dorang pegi kedai. Memang selalu, treat saya pada dorang. Once or twice a week, bawak pegi 99Speedmart, kasik chance dorang nk beli apa yang dorang suka. Hehe..kecoh kan, bawak g Speedmart pon nk cerita hahah! Nasib la, sbb saya dh lama tak ke Jusco kan..

Malam pulak lepas berbuka dan tidurkan Hilda, saya boleh buat keje-keje yg sebelum ni saya buat lepas waktu sahur. Siap boleh pegi buang toys anak-anak yg dorang takmau simpan tu. Haha KIJAM kan!!

Ada rahsia ke? Ntahlah saya pon taktau..Tenaga SUPERMAK dah datang!!

Maybe jugak sebab excited kot. Kelmarin saya order cheesetart dekat Kak KancilBiru. Kt sapa pulak yang dia order, saya pon tak tau. Then petang semalam order saya dh sampai ke tangan. Cik Abg saya la tolong bawak balik.

Decorations dia agak haru biru la sebab dh berlaga-laga dalam kotak dia. No hal punya. Saya keluarkan dan simpan pulak dalam tupperware.

Sekotak RM30/50pieces.
Dekat KIM sane, ramai kata cheesetart ni milkbooster. So memang excited la nk cuba.

Sebelum saya makan, Hannah dh rasmikan dulu. Dia kata "Sedapla biskut ni mama!"
Saya pon kata sedap juga. Tapi nk makan banyak-banyak semalam tak sempat sebab perut dh penuh dgn nasi dan air. Takpe hari ni boleh sambung lagi. Ada banyak lagi.

Kesan sebagai milkbooster tu, tak nampak lagi. Tak kesah lah yang penting boleh kudap-kudap ganti kuih-muih waktu berbuka nanti. :)

Kesian dia..manjang la meleleh air liur tengok makanan hihihih

Breastfeeding : Konsep demand vs supply

Ni cara-cara mama dan anak tidur lena sangat waktu malam tadi. Bila dedua lena diulit intan, maka tiadalah demand-supply process diwaktu malam. So bila bangun pagi, tangki terasa penuh saja dan bila di pump-out, dapatla hasil penuh satu botol ni.

6.5oz
Tapi jangan selalu dibuat yer, kerana konsep ini salah! Nak buat macam mana, adakala dua-dua pihak  keletihan, so tertidur lena tanpa sedar adalah diluar kemahuan mereka.

Untuk penghasilan susu ibu yang berterusan dan konsisten, rule demand-supply amatlah penting. Bila ada permintaan maka ada lah penghasilan.

Kita boleh bayangkan, tangki air flush kt toilet kita tu.

stylo tank hehehe

Lets imagine, bila kita gunakan toilet dan flush, air dari tank akan dicurahkan ke toilet bowl utk membersihkannya. Then bila dh abes air tercurah, air akan automaticly di refill oleh saluran paip. Air akan mengalir masuk sampai la tanki tu penuh. Even if baru separuh tank refill, then hasben kita pulak guna toilet. Dia flush lagi..Air yang dh masuk separuh tadi akan habis digunakan. Tp proses yg sama ~refill tank~ akan automatik berlaku lagi. Bila tank dah penuh, pengaliran air akan terhenti.

Macam gitulah kaedahnya demand vs supply. Kalau mahu membuat stok EBM, maka kenalah kerapkan mengepam susu. Biarpon hasilnya hanyalah 1-2oz, ianya masih boleh disimpan sebagai stok. Dan walaupon kita baru saja sudah mengepam, anak pula inginkan direct feeding. Layankan saja. Jangan risau susu tiada. Ada sebenarnya, cuma mungkin pengalirannya agak perlahan. Jika anda sabar menanti, letdown reflex tetap akan tiba setelah beberapa minit direct feeding.

Berbalik pada toilet tank tadi, pengaliran air akan terhenti apabila telah sampai ke aras penunjuk air penuh.
satu signal akan dihantar ke otak. Bila di encrypted ia berbunyi.. Supply dah cukup, takyah hasilkan susu dah.
Memanglah kita boleh collect satu amaun yang agak banyak jika mengepam waktu breast penuh. Maklumla ia dibiarkan dalam tempoh yang lama. Tp cara ini akan memberikan efek jangka panjang. Otak jarang mendapat signal kerana menyangkakan supply adalah mencukupi. Lama kelamaan anda akan dapati supply susu anda semakin berkurangan. Ini lah akibatnya kerana tidak memberi rangsangan dan signal kepada otak utk terus menghasilkan susu. Bukan kita tak boleh nk upkan semula production susu, tapi kena kerja keraslah.

So advise saya..juga utk peringatan diri sendiri juga..

* Kena patuh pada jadual mengepam yang konsisten di tempat kerja dan kerapkann memberi directfeeding dirumah termasuk penyusuan diwaktu malam.

Anda boleh pilih untuk disiplin dan konsisten, atau menggelabah ketika masalah melanda. Pilihan ditangan anda. Saya memilih utk konsisten..walaupon mmg kadang-kadang terlanggar juga prinsip itu (kes malam tadi) hehe

Simple dan tak sahur

Yang simple-simple saja. 

Lauk berbuka petang semalam yang tak sempat disahurkan sebab saya terbangun jam 6.10pagi tadi.
So hari ni memang ada leftover, except for ikan tu. Tapi kan Elis, rasanya memang bakal masuk ke tong sampah saje la tuu..

siakap bakar
Sayur campur
Ayam masak lemak kuning
Terkejut jugak saya apsal boleh terjaga kol 6.10pagi. Padahal selalunya akan terjaga at least kol5.30am kalau bukan Ramadhan, dan pasti bangun jam 4pagi dalam masa seminggu Ramadhan ni. Rupanya, saya tidur jauh dari C3-Pink saya. Saya tak dengar alarm berbunyi. C3-Pink sudah tersorok dibawah bantal Hannah rupanya. Patut laaaaa..

Nasib baik la saya dh teguk 2tumbler air sebelum tidur jam 12malam tadi. Huhu!

Insya allah, boleh meneruskan puasa sampai waktu berbuka nanti. Saya ni bukannya kerja kt panas terik mentari kan. Walaupon bukan dalam coverage 100% hawa aircond ~maklumla aircond rosak tak dibaiki lagi dari zaman saya makyong sampai sekarang~, atleast angin dari kipas berdiri ni tetap memberi saya keselesaan dan saya tak terlalu dahaga. 

Lydzar BOLEH!!

Ramadhan 2011

Saya rasa saya tak bercerita pon daily rutin Ramadjhan 2011 ni kt blog. Cerita Ramadhan 2010 disini.

Macam tahun lepas juga, opis bagi pelepasan seawal jam 4petang pada semua staf. . Best sangat balik kol 4pm, kalau  bukan Ramadhan balik jam 6pm. Beza 2jam sebab tu lah terasa hari-hari ku sungguh indah sekali. 

Last year, sehabis boleh saya akan balik rumah dulu, masak, solat asar then baru la pegi amek Hannah dan Hadif kt taska. Rushing jugak bila nak balik masak dalam masa 1jam tu. Saya amek dorang dalam kol 5.45 or 6pm. Dan saya ada masa golek-golek depan tv sejam sebelum waktu berbuka. Hehe itu lah alasan UTAMA sebab saya nk rehat. Maklumla Ramadhan tahun lepas saya diawal stage of pregnancy. Letih mmg terasa sbb baru tau pregnant. Hehe psikologi je tu. Masa blom tau pregnant, takdek la nk letih sangat pon. 

Tahun ni, saya amek dulu myHMs kt taska. Kalau ada benda/barang yang saya nk beli, saya akan singgah kedai dulu..lepas tu terus amek dorang dan pulang. Semalam sempat juga tidur 10minit sesampainya dirumah sebab terlalu mengantuk. Hannah dan Hadif buat kerja 'mengemas' rumah. Hilda, asalkan saya ada kt tepi dia..dia dh senang hati dah..Jam 5.30pm terjaga..terus bangun solat asar dan mula memasak. Jam 6.20pm dah siap masak hehehe..biasalah menu simple saje. Takdek la nk masak beriani ke ayam panggang ke lamb chop ke.. Siap je masak, saya akan terus suap 2 orang yg tak puasa tu makan. 

Iklan : Memang Mealshake Shaklee terbukti membantu meningkatkan selera makan Hadif.

Sesekali kami beli juga kuih-kuih. Buat kuih memang saya tak reti. Kalau buat dessert moden pulak mcm puding karamel etc saya sorang je pulak yg makan. Cik Abg saya tak layan. So takyah la buat.

Setakat ni, saya enjoy memasak lauk-lauk berbuka. Sebab bak kata orang, memasak sendiri lebih berbaloi berbanding beli juadah kt luar. Tapi tengok la, mesti ada satu masa gak saya boring dan ajak makan/beli kt luar..hehehehe. Sesekali amek leave kan..bagi rezeki pada peniaga pulak.

Sahur, makan aje lah lauk berbuka tadi. :) Jam 4pagi, bangun utk panaskan lauk. Dalam waktu yg sama buat la semua keje rumah yg mmg saya tak buat malam tadi tu..Sidai kain, gosok baju, kemas beg dan 1st sesi pumping dirumah dan online FB update status or update page Kedai Triple-S saya. Kalau ada lg lebih masa, sempatla saya nap skjap sblm mandi, solat dan pegi keje.

So macam tu lah rutinnya saya dan Ramadhan 2011..

Wajah-wajah kekasih

Inilah wajah-wajah terbaru kekasih latest saya. 

Kekasih-kekasih lama tetap dihati. cuma yang latest ni special sebab bau bucuk masyam dia kucium-cium takpernah puas lagi. Lagi masam, lagi best nk cium. Bau muntah pon tadek hal lah kena gomol jugak :D


Happy dengan mainan dia yang satu ni. Tangan kaki semua bergerak serentak nk usik toys yang bergantungan tu
Grrrrrrrrr..muka geram dan tensi dgn kakak yang suka usik dia.
Dengan topi ala MingMing Wonderpet.

Lagi gambar minum susu sendiri. Kakak tolong pantau actually time mama tgh bz memasak :)
Budak sorang ni, asal mama baru sudah panaskan lauk utk sahur dia pon bangun. Nak temankan mama n papa sahur. Dia pon nk sahur sekali la tu. Sebab lepas je Mama makan, dia akan dapat makanan dia. Seb baik tak menangis meragam.


Waktu malam pon dh takmo tidur awal. Nak ajak mama tidur sebelah dia jugak baru dia nk tidur betul-betul. Kalau tak, mama bangkit ingatkan dia dh lena, dia pon celik mata. Haih, kena la baring semula. Last-last mama pon tidur aje lah sama-sama..


psst : Dengar cerita, baca kt FB status, baca kt blogs insya allah warga gomen dapat Vitamin B..Yeay!!!  Eceh tumpang tempias aje lah hehehe




Abang Aji dan spek matanya

Mama : Okeh dah sampai..Jom turun!

Hadif : Mama, mana abg nye songkok? Mana abg punye spekmata?

Mama : Abg nk buat apa? Takyah la bawak, nnt hilang.
Hadif : Panaslah!!

Cikadak ok mamat ni, nk turun pi kedai runcit pon nk bawak dua harta kesayangan dia tu. WAJIB bawak, kalau tak, panas! Hihi anak mat saleh mana la alergik cahaya matahari ni?

Erkkk anak matsalleh bukan ke suka berjemur kasik tan..so ni memang anak orang Asia yg sibuk takut hitam, seb baik blom reti pakai whitening sebab nak putih, kan?

Dah siap-siap pakai dua aksesori baru la dia turun kereta.
Perghh bajet macho hemsem abeslah tu. Bila mama tanya, nampak jalan tak? dia jawab "TAK" kahkahkah..

Pakai seluar pendek ke, seluar panjang ke, songkok tetap dikepala. Sampai brother kt kedai runcit yg selalu kami shopping tu panggil dia 'Abg Aji'

nampak tak spekmata kt tangan dia


aha dh compelte mcmgini, baru la boleh pegi kedai!



 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®