Art by Hannah Marissa

Sekarang cerita pasal cik Hannah Marissa plak.

Sejak dua menjak ni, dia dh terror pakai kamera. Paling terror pakai telepon C3 mama dia lah. Tengah boring-boring and carik mood nak tidur pon dia boleh request mama on kan kamera kt henpon. Dia nak amek gambar. Sekarang ni dh pandai camwhore jugak tau..

Selain dari amek gambar mama, papa, Hadif dan Hilda..dia pandai jugak amek gambar objek-objek sekeliling dia.

Contoh sket:

Spongebob lying on the floor
The sleeping baby :)
Haaaa..guess what is this??
Her cute little fingers
Her cute legs ahahaha!!
Last but not least, the owner of the arts.


Mencuit hati sungguh perangai si kakak Hannah sekarang.


Cik Hilda Marissa demam

Alkesahnya semalam. Cik Hilda saya demam. Utk kali pertamanya demam.

Memang monyok je seharian. Mama agah dia buat tak tau je. Moncong je manjang. Papa balik keje, papa agah pon reaksi dia sama. Mama bawak dia depan cermin dan agah dia lagi. Kalau time tak demam, galak dia ketawa bila tengok muka sendiri. Tapi semalam, monyok jugak.











Petua si manja demam :

-Basahkan kepala, badan dan celah-celah pelipat si manja (jaram) dengan air Basic-H Shaklee.
-Mandikan si manja dengan air Basic-H Shaklee
-Jika si manja anda  fully breastfeed batuk dan selsema, si ibu boleh ambil 2 biji Vitamin C Shaklee, dipatahkan dua dan terus breastfeed baby anda agar dia mudah sembuh.

Saya yang alpa

Serius..
Saya mohon ampun dan maaf, kepada sesiapa sahaja, jika ada yang pernah tersinggung dengan penulisan saya. Saya tak pernah berniat utk menyakitkan hati sesiapa. Tak pernah terlintas utk saya mengguris perasaan sesiapa. Saya juga tak mahu orang membenci saya. Kerana saya tahu sakitnya perasaan benci itu.

Jika tanpa saya sedar, saya telah terkasar bahasa, menyinggung anda, saya mohon keampunan. Maafkan saya. Saya tak berniat begitu. Betul, saya tak pernah mahu bermusuh dgn sesiapa. Tersiksa rasanya bila tahu ada orang marahkan saya. Apapun, maafkan saya..maafkan saya jika selama ini saya alpa. Lebih-lebih lagi saya bukan lah seorang yang pandai memujuk. Pandai bermain kata. Pandai mengambil hati. Pasti anda takkan pernah rasa terpujuk.

Dan bagi sesiapa yang tak suka akan penulisan saya di blog saya ini sendiri, saya pohon agar anda silalah tinggalkan sahaja blog ini. Takperlulah berkunjung lagi. Saya bukan sesiapa pon dalam hidup anda. Jadi biarkan lah saya dengan dunia kecil saya ini.

Itu saja yang saya pohon. Dan akhir kata, maafkan saja saya yang pernah alpa.

Saya bukan sahaja alpa, tapi saya juga lapar disaat ini. ehehe!! OKbye!!

Cuba teka!!!

Apalah yang si hensem mama ni buat sampai begitu sekali expression muka dia.. Cuba teka!!



Bila mama tegur, baru la face expression dia bertukar. Terus tersipu-sipu malu hahaha






AidilFitri 2011 : PBJV Group Sdn Bhd Open House

Sekitar majlis. Sekadar gambar utk kenang-kenangan..















Madah

There comes a point in your life when you realize:



Who matters,
Who never did,
Who won't anymore...
And who always will.
So, don't worry about people from your past,
There's a reason why they didn't make it to your future.


The e-pink roses are from my friends whom don't want to lose me..Thanks ..


Solid Food : Introduction

Untuk Hannah dan Hadif, saya rasa saya tak pernah pon buat entry pasal solid food dorang.

Hannah started solid with Nestum. Dan di taska, dia makan bubur yang disediakan oleh taska. Masa tu. maybe pengetahuan saya tentang macam-macam hal-ehwal baby adalah begitu kurang. Seriously masa anak pertama dulu, kurang membaca sebab access to Internet adalah limited masa tu. Huh salahkan Internet plak dah! Hehe..my bad..memang ada rasa kesal yang amat. Especially on breastfeeding dan solid food nih. Tapi selalu juga saya masak bubur utk dia di wiken hari.

Selepas almost 2 bulan dia makan bubur yang disediakan taska, saya amek keputusan utk masakkan bubur dan bawa bekal ke taska. Nak tau sebab apa? Sebab saya rasa bubur yang dia makan dan bubur itu adalah  masin. Bukan masin sebab rasa ikan bilis. Sebab kita boleh kenal bau ikan bilis dalam bubur tu kan.

Menyesal tak sudah bila saya tau yang baby sebenarnya tak perlu gula dan garam dalam makanan mereka. So sejak hari tu, saya bekalkan makanan pada dia ditaska. Itupon tak lama, sebab waktu umur dia 9bulan, dia dah duduk rumah dengan saya. So dia memang makan masakan saya setiap masa :)

Masa Hadif, memang dah bangkit dari kesilapan masa lalu. He was breastfeed and he was on home-made food made with love by mama. Waktu umur Hadif 7bulan, saya start kerja di tempat sekarang dan saya tetap membekalkan bubur yang saya masak pada dia.

Utk Hilda, dia start solid food dengan juadah raya. Makan nasik himpit yang saya lenyekkan dengan jari dan dia hisap jari saya sesedap rasa. Lepas tu, saya potong buah-buahan ~betik, honey dew, pisang~ ala-ala finger food dan saya bagi dia hisap finger food tu. Dia memang suka sangat makan cara tu. Siap boleh gigit dgn gusi dia buah-buah yang lembut tu. Epal pulak saya sagat.

Okeh, skg nk cerita pasal preparation utk buat bubur nasik Hilda. Saya beli Baby Cube ni masa pegi Open House Lunatots hari tu. Harga retail RM29.90 tapi saya dapat 10% diskaun sebab beli menggunakan voucher dalam souvenier bag yang dorang bagi tu.

Baby cube ni saya guna utk frozenkan puree yang bakal saya campurkan dengan bubur nasi Hilda. Saya dah pernah bagi bubur nasi kosong yang dicampur dengan EBM, tapi dia refuse. Maybe dia dh terbiasa dgn rasa manis buah-buah, so bila diberi bubur kosong, dia tak berselera.


Ini adalah puree kurma ~yang kaler gelap sket~ dan puree aprikot ~ kaler kuning~.
Cara : Rebus atau rendam beberapa biji kurma didalam bekas kecil selama beberapa minit. Kemudia blender kurma dengan air rebusan sehingga halus. Same thing apply to apricot. Bila dah halus, masukkan ke dalam baby cube.
 
Tunggu puree agak sejuk, tutup baby cube dan labelkan dengan tarikh.


Simpan dalam peti beku.  Frozen puree boleh disimpan dalam masa sebulan mengikut pembacaan saya.

Ini adalah beras yang telah disangai dan diblender halus.

Setiap pagi saya cuma perlu masukkan 1 atau 2 sudu beras ini bersama air secukupnya. Dan apabila bubur telah masak, saya masukkan dua biji cube puree kedalamnya. Siap sudah juadah utk Hilda breakfast setiap hari. Saya akan buat bubur utk 2 kali serving. 1 utk breakfast dan 1 lagi utk makan malam.
1 bawak ke taska dan 1 lagi masuk freezer. Makanan yang disimpan dalam freezer bertahan selama 48jam. Kalau dah lebih masa, buang saje :)




Tengok tu, bulat mata dia bila makan :)
Kt gambar ni, Hilda makan Baby Bite Original. Kudapan bila boring-boring dok dalam kereta. Hahaha! Bila boring je makan. agak-agak lepas 2-3bulan kompom anak saya ni gemorks tak!

Open House Lunatots HQ

**Auto publish entry**

Sabtu lepas, kami raya kt kedai Sue pulak. Lunatots HQ dekat Cheras.
Saya rasa macam almost semua mommies kenal dgn Su atau nama glemernya Sue Lunatots nih. Tokeh cloth diaper dan breastfeeding gadgets. Juga Lactation Counselor. So almost semua BF mommies kenal dia kan.

This week Su buat openhouse kt cawangan Putrajaya plak. Moh kita kesana pulak. Hik hik boleh ke Sue?

Sampai ditengahari yang panas, terus carik tuan rumah kt dalam kedai. Fuhhh lega bila masuk dalam kedai sebab aircond. :)

Jumpa tuan rumah, salam-salam kenalkan diri. Takut tuan rumah tak kenal je. Maklumla belom pernah bersua muka di alam nyata. Selalunya mengkomen dan bergurau senda kt blog saje :) Nasib baik Sue kenal hehe.
Isi attendance list utk dapatkan free gift ni dan tinggalkan jejak kt Guest Book dia.


Cik Puan Suraya yang comel orangnya, lemah lembut suara dan gaya cakapnya bizi melayan tetamu yang datang. Lepas tu, apa lagi..kita keluar carik makanan lah kan :)

Ada bihun goreng, laksa johor, fruit tart, apam polkadot, dadih, kuih muih, kuih raya dan macam2 lagi.





Macam biasa take turn utk makan. Sorang pegang anak, sorang lagi layan 2 orang anak makan sambil yang dia tu cuba-cuba makan walaupon memang selalu tak kenyang sbb tak kosentret makan. Tak ape lah.yang penting dah jamah.


Lepas semua setel makan, masuk dalam kedai jap carik apa yang sesuai nk dibeli. Dalam cute bag souvenier tu ada voucher 10% utk apa-apa produk yang dijual kt Lunatots ni. Macam rugi plak kalau tak guna. Yang pasti saya bukan beli CD. Tiada daya saya nak menCD kan semua HM nih. :)

Hadif melekat je kt rocker Elephant ni. Rebut-rebut dengan kakak, dia yang menang.

Hilda dgn Papa yang asalnya tunggu kt luar je. Sebab mama lama sangat carik barang, so dorang pon masuk dalam kedai sekali.


Okeh dah dapat apa yang dihajatkan. Apa bendanya, nanti kita baca entry yang bakal menyusul ye!
Sempat jugak borak-borak ngn Sue sekejap dan ofkos la wajib snap sekeping dua gambar dengan dia. Kenangan yang saya dah pernah jumpa dengan salah seorang wanita hebat yang seusia dan juga beranak tiga macam saya :)

Berharap agar dapat tempias aura success daripada Sue :) ~tapi saya nk bisnes apa lagi ye hehe~


Terima kasih kerana menjemput kami yer Sue. Semoga Sue sentiasa success dgn apa juga yang Sue lakukan. Semoga bisnes semakin maju dan berkembang..Amin.

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®