Mr Crab Feast

Okeh.. dapatla upload almost semua gambar yg tak berapa byk ni jap tadi. Memang penuh kesabaran.

Cik Abg saya yeng hemsem tu ajak saya ikut dia join geng-geng dia pi makan Mr Crab. Bukan Mr Crab dalam cerita Spongebob tu tau.. mayb adik beradik dia lah. Saya ni memang pantang lah diajak berjalan walaupon cuma ke Giant. Itu pon cepat je saya setuju. Inikan pulak diajak pegi makan ketam. Wajiblah rezeki itu jangan ditolak.

So lepas balik kerja hari Khamis lepas, kami pon menujulah ke puncak eh bukan, menuju ke Port Klang. Saya memang tak tau jalan. Saya duduk je dalam kereta sambil-sambil cik Abg saya tu check GPS kt henpon dia. Almost 8pm jugaklah baru kami sampai kt situ


Sampai je restoran, singgah surau bersolat magrib dulu. Sambil gilir-gilir jaga anak yg excited tengok akuarium kt luar tu. Lagi pulak tempat luas. Budak berdua ni memang pantang ler tengok tempat luas, terus cargas lari sane sini. Bukan lari-lari anak lagi dah. Terus lari laju-laju badan ringan sangat sampai terjatuh si Hannah tu.

Gurau senda adat adik beradik ni

yg sorang ni duduk diam je kt stroller, kaki blom kuat nk lari2
 
Tak lama kemudian. sorang demi sorang kengkawan dia sampai. Terus aje lah duduk kt meja bulat ni. Ntah siapa yang buat order dan apakah menu yang diorder saya pon taktau.


Masa ni menu dah mula sampai. Meriah meja kami! Antara menu yang ada, sotong goreng tepung, telur dadar, sayur asparagus, sayur kangkung, nasi, ketam masak itu, ketam masak ini, ketam masak itu lagi haha! saya tak tau la apa nama masakan ketam ni. Yang pasti semua sedap! Saya paling suka masakan yg ala-ala masam sket tu.


 




 
 




Puas hati okeh makan ketam aritu. Siap ada playar dan tukul utk memudahkan kami makan. Anak-anak makan sket je. Lepas tu dorang pergi main sesama sendiri kt ruang legar restoran. Hilda pulak berpindah dari satu tangan ke satu tangan kawan-kawan Abg.
Berkesempatan la mama and papa makan ketam puas-puas.

Tamatlah sudah riwayat ketam-ketam ini menjadi santapan kami semua :)
 






10 words from u:

AzMask said...

meriahnya dengan ketam

Kancilbiru said...

makk aiii bestnya banyak seafood...

amirah said...

sesungguhnya saya memang sgt2 tak reti nk makan ketam ni lydzar..huhu..maka, tengok jela orng makan camne

not a serious blogger said...

hannah lari laju menurun daripada mama dia kot, sprinter kejora gitu hehhe. cute nya hilda!

mamasue said...

mamasue telan air liur okay tgk gmbr tu...dah la posa ari ni...mana la nk carik ketam tetiba nih =P

lydzar said...

@AzMask meriah kak. saya pon 1st time makan ketam banyak mcmni

lydzar said...

@Kancilbiru bestttttttt! lg best sbb cik abg belanja

lydzar said...

@amirah hehe ami, saya pon tak reti sgt, kekadang main kunyah je kulit ketam yg agak2 lebut tu pastu telan..

lydzar said...

@not a serious blogger hahahaha..kalau dia nk jd sprinter rumah sukan dia nnt pon boleh juga. mesti mama datang time sukan sekolah bg support..

lydzar said...

@mamasue carik kt port klang mamasue :D

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®