**Auto publish entry**
Sabtu lepas, kami raya kt kedai Sue pulak. Lunatots HQ dekat Cheras.
Saya rasa macam almost semua mommies kenal dgn Su atau nama glemernya Sue Lunatots nih. Tokeh cloth diaper dan breastfeeding gadgets. Juga Lactation Counselor. So almost semua BF mommies kenal dia kan.
This week Su buat openhouse kt cawangan Putrajaya plak. Moh kita kesana pulak. Hik hik boleh ke Sue?
Sampai ditengahari yang panas, terus carik tuan rumah kt dalam kedai. Fuhhh lega bila masuk dalam kedai sebab aircond. :)
Jumpa tuan rumah, salam-salam kenalkan diri. Takut tuan rumah tak kenal je. Maklumla belom pernah bersua muka di alam nyata. Selalunya mengkomen dan bergurau senda kt blog saje :) Nasib baik Sue kenal hehe.
Isi attendance list utk dapatkan free gift ni dan tinggalkan jejak kt Guest Book dia.
Cik Puan Suraya yang comel orangnya, lemah lembut suara dan gaya cakapnya bizi melayan tetamu yang datang. Lepas tu, apa lagi..kita keluar carik makanan lah kan :)
Ada bihun goreng, laksa johor, fruit tart, apam polkadot, dadih, kuih muih, kuih raya dan macam2 lagi.
Macam biasa take turn utk makan. Sorang pegang anak, sorang lagi layan 2 orang anak makan sambil yang dia tu cuba-cuba makan walaupon memang selalu tak kenyang sbb tak kosentret makan. Tak ape lah.yang penting dah jamah.
Lepas semua setel makan, masuk dalam kedai jap carik apa yang sesuai nk dibeli. Dalam cute bag souvenier tu ada voucher 10% utk apa-apa produk yang dijual kt Lunatots ni. Macam rugi plak kalau tak guna. Yang pasti saya bukan beli CD. Tiada daya saya nak menCD kan semua HM nih. :)
Hadif melekat je kt rocker Elephant ni. Rebut-rebut dengan kakak, dia yang menang.
Hilda dgn Papa yang asalnya tunggu kt luar je. Sebab mama lama sangat carik barang, so dorang pon masuk dalam kedai sekali.
Okeh dah dapat apa yang dihajatkan. Apa bendanya, nanti kita baca entry yang bakal menyusul ye!
Sempat jugak borak-borak ngn Sue sekejap dan ofkos la wajib snap sekeping dua gambar dengan dia. Kenangan yang saya dah pernah jumpa dengan salah seorang wanita hebat yang seusia dan juga beranak tiga macam saya :)
Berharap agar dapat tempias aura success daripada Sue :) ~tapi saya nk bisnes apa lagi ye hehe~
Terima kasih kerana menjemput kami yer Sue. Semoga Sue sentiasa success dgn apa juga yang Sue lakukan. Semoga bisnes semakin maju dan berkembang..Amin.
Nak Berniaga Tapi Tak Tahu Bagaimana Nak Mula?
-
Zaman ekonomi mencabar sejak tahun 2014 ni memaksa ramai orang mula
mengintai peluang untuk dapatkan pendapatan sampingan atau side income.
Dah cukup berj...
3 words from u:
bestnya dapat gi open house lunatots..tak pat gi sebab jauh kan..
wah...bestnya...
siap ada souvenir dan voucher diskaun lagi.. bagusnya.. semoga aura dan tempias kejayaannya melekat pada lydzar pula..
Post a Comment