Happy Birthday our BestBuddy!

Syukur alhamdulillah. Bertambah satu lagi angka lelaki kesayangan kami. Bersyukur ke hadrat ILahi, En Sudin saya masih diberi nafas, masih boleh melihat dan memeluk anak anak. Masih boleh membawa saya pergi breakfast dan naik kereta kesana kemari.

Lepas ni bwk syg pegi kedai ye, kita beli hadiah special pulak.

Yang ni hadiah from TrioHMs.

Yellow wrapper from Hannah, blue from Hadif n coklat beriben comel of cos dari Hilda.

Ketahuilah papa, we all love u very much!

HAPPY BORNDAY!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Jaket

Saya rasa saya nak carik jaket yg riders/bikers selalu pakai tu la..

Siapa tahu ktmana nk beli dan range harganya berapa RM. Sudi-sudikan la mengkomen disini ok.

Thanks in advance for ur info.

Vocabulary

Yang pertama :

STOS-KIN..

Yang kedua :

STIS-KER..

Yang terbaru

HASNITA..

Ahaks!! Kelakar vocab anakku. Rasanya siapa punya vocabkah itu??




Luka berdarah

Tajuk sensasi je pagi Khamis ni :)

Sebenarnya sikit je yang luka. Kecil je yang luka. Tapi dah nama nya pon luka, so tetaplah ia berdarah.
Amek tisu tepek-tekap kt tempat luka, terhasil lah tisu berdarah.


Nak tau tang mana yang luka? Tangan kah? Kaki kah? Pipi kah?

Haa ni dia gambarajah luka. Hujung bibir atas sebelah kiri. Nampak tak kesan darah tu sekali?


Sebenarnya dia bermula dengan seketul blister kecil kt bibir saya tu. Biasalah, bila ada blister ni, rasa tak selesa je. Apa lagi, saya pecah kan la walaupon ianya OUCCHHH sakit! Setelah beberapa hari, kesan blister yg dipecahkan ni membentukla kesan parut luka yg ada kulit kering tu. Paham kot apa yg saya cuba sampai kan ni.

Saya mmg rimas betul dengan kulit lapisan luka ni. Tangan ni pon gatal aje nk kopek. So yang jadi penyebab luka berdarah ni adalah tangan yang tak reti dok diam ni lah. Huhu. Darah merah pon mengalir, jadi lah hiasan bibir saya.

Nak tau satu petua tak?
Vitamin E boleh membantu percepatkan proses baik luka. Malangnya saya tak bawak pulak kapsul Vitamin E saya. Nampaknya lepas ni, saya kena bawa juga Vitamin E saya kehulu hilir. In case nak jadi cerita luka lagi pada saya atau anak-anak saya.

Cerita orang lain tentang Vitamin E utk pemulihan luka.




Buli-buli manja

Owhh dah petang dah. Tak sabar nya balik balik rumah.

Balik rumah nak landing-landing golek sane sini sambil potpet gaduh marah bebel kt HM Seniors. Maklumlah senior yg sorang tu dah jadi hobi dia pulak buli HM Junior. Rajin sungguh letak tapak kaki dia kt kepala si junior. Hati mama membara je tiap kali tengok situasi sengaja itu. Bila kena marah, dia bajet dia la paling hensem, senyum senyum ingat mama tengah buat lawak ke??



Ni gaya adik buli abang. Abang buli adik, mama tak sempat snap sebab sibuk membebel risau kepala adik terhantuk ke lantai pulak.

Esok raya kan. Happy Diwali to all who celebrate it. Untung jadi rakyat Malaysia yang ada byk festival break. Best!

Happy Holiday Allsssss!!

Sekian entry pendek dipetang hari. Dari saya yang pening buat drawing Visio hihihi!

Pujian???

Saje nk kepochi :)

Hiks tp jangan la anda semua menyampah yer. Ada beberapa kejadian dan situasi lah ni..real story yg tidak dibuat-buat. Entry ni juga bukan entry utk berlagak atau menunjuk-nunjuk.

Di satu tempat, saya nk beli barang. Tengah menunggu turn saya dilayan oleh staff bertugas. Saya ditegur oleh seorang Indian lady.

IL : Adik, you umur berapa?
Saya : 29 tahun
IL : Dah kahwin ke?
Saya : Sudah. Saya dh ada 3 anak dah pun.
IL : Really??? (Muka tak percaya?)
Saya : Ye, itu tiga orang anak saya. (Sambil tunjukkan Trio-HM)
IL : Wahhhh I thought u belum kahwin lagi. You just look very young.
Saya : Dah dah..dah ada tiga anak pun.

Of course dalam hati ada taman bila kena puji.

Di surau DEMC waktu bawa Hannah yang demam. Saya baru saja selesai solat maghrib. Kakak yg solat disebelah saya menghulurkan tangan utk bersalam. Lepas bersalaman, dia dengan ramah ajak bersembang.

Kakak : Datang sini, siapa yang tak sihat?
Saya : Saya bawak anak. Dah beberapa hari dia demam malam-malam
Kakak : Owh saya pon bawak anak ni. Anak umur berapa?
Saya : Yang demam tu, umur 4 tahun. Tapi anak-anak yang lain semua pun ikut.
Kakak : Dah ada berapa orang anak?
Saya : Dah tiga kak. Sorang tu umur 2 tahun, yang paling kecik tu 7 bulan.
Kakak : Laaa ye ke. Akak ingatkan awk belum kawin lagi. Nampak macam muda lagi je.

Saya bangun utk simpan sejadah.

Kakak : Tengok tu, badan awak maintain je macam belum kawin je. Tu yang akak terkejut.
Saya : Tergelak-gelak.

Utk mengelakkan taman saya penuh sgt dengan bunga, saya pon minta diri utk kembali ke ruang menunggu.

Dua situasi ni saya ceritakan kt suami saya. Dia kata, dua-dua lady tu saje je nk amek hati saya. Ekekeke lagi tergelak besar saya ni, sebab utk apa dia amek hati saya. Dorang bukan kenal saya pon.

Saya terfikir pula, mungkin kesan dari pemakanan vitamin yang saya amalkan sejak tahun lepas menyebabkan saya nampak muda. Nampak cergas dan bertenaga. Ataupun saya memang sebenarnya masih muda, tp dah gatal sangat nak kawen dan rezeki pulak Allah bagi dapat anak cepat tambah anak pon cepat. Hihi.

Alhamdulillah.

Ape pun saya memang bersyukur kerana dikurniakan anak. Dengan kurniaan anak ini lah semangat utk menyusukan sangat tinggi. Dan atas kesedaran utk memberikan yg terbaik kepada baby juga lah saya terjebak dengan amalan pemakanan vitamin. Asalnya dulu, saya makan vitamin utk menambah susu badan dan juga mengelakkan badan letih selepas seharian berada di opis. Saya tak sangka, kesan-kesan positif lain turun saya dapat.

Dan paling baru saya dpt rasakan, kulit wajah saya semakin elok dan segar. Tanpa penjagaan luaran yang terlalu rapi, kulit saya masih bebas dari jerawat dan jeragat. :)


So kalau anda nk rasa apa yang saya rasa, jom bersama-sama kita amalkan pemakanan vitamin. Tentunya vitamin daripada Shaklee. Best! Barang baik punya!!



Breastfeeding : My first ever class.

Venue : About Umi and Baby, Seksyen U5, Shah Alam
Date : 22 October 2011
Time : 8.15am - 1pm

Alhamdulillah, berjaya jugak saya attend majlis ilmu breastfeeding ni last saturday. Despite few technical problem di saat-saat akhir itu. Since AUB adalah sangat dekat, maka saya tekad juga nk hadirkan diri. Sempat saya kempen pada sorang dua kawan dan akhirnya salah seorang kawan (my ex-opismet) juga dpt datang ke kelas ni. Thanks Ayu. Kita sama-sama kumpul ilmu. Boleh la ko praktikkan pada next baby nnt kan :)

Baru sampai, Puan Nor (owner of AUB) offer kids yang datang dgn mama masing-masing buat aktiviti kaler-kaler nih.
 
 My kids and Pn Nor's kids.

 Cik Hilda dgn aktiviti standard dia.



Hehe..gambar byk yg tak berkaitan sgt je.

Lactation Counselor yang bagi talk aritu is Farah from Sarakids. Alhamdulillah along the talk boleh juga selit-selit dgn QnA session daripada peserta kelas. Berdasarkan problem/situation masing-masing dapatlah kami kongsi info/cabaran/solution dalam dunia penyusuan.

Satu isu yang dikupas.
Kenapa penghasilan susu boleh berbeza antara kedua belah payudara? Sebelah boleh dapat 3-4oz, manakala sebelah lagi hanya dapat menghasilkan 1oz sahaja.

Jawapan : Kerana salah satu payudara mendapat lebih rangsangan disebabkan oleh breast preference by the mother or the baby. Si ibu atau si anak lebih suka memberi/menyusu dari salah satu payudara sahaja menyebabkan perbezaan tersebut.

Penyelesaian : Lebihkan rangsangan pada payudara yang menghasilkan lebih sedikit susu. Hisapan daripada bayi adalah rangsangan terbaik berbanding dengan menggunakan pam. Jadi lebihkan direct feeding pada payudara yg menghasilkan sedikit susu tersebut.



 At 12pm, selesai sudah talk. Sebelum bersurai kita amek gambar kenang-kenangan.


Yang ni plak aktiviti SGM - Support Group Meeting yg saya dpt join half way saje.


Insya allah, nnt kalau ada kesempatan saya nk join lah aktiviti SGM mcm ni. :)

pssstt : perasan apa-apa yg baru tak kt sini? hehehe


Harta yang berharga

Mereka ni lah harta saya yg tak ternilai.  Alhamdulillah bersyukur dengan rezeki dari Ilahi.

Semakin membesar dengan semakin banyak kerenah yang perlu saya tangani. Terutama yg baju hijau dengan baju Harimau Malaya tu.


Sekarang, bila saya kejutkan bangun tidur utk bersiap ke sekolah. Tak lain tak bukan yang saya kena hadap adalah tangisan mereka bermula dari atas tilam sampai la di bilik mandi. 

'Tak nak mandi mamaaaaaaa! tak nak mandiiiiiiiiiiiiiiii! " jerit yang baju kuning.

'Tak nak bangunnn..nak tidur lagiiii!!! " jerit yang baju hijau.

Bila dah siap mandi dalam keadaan terpaksa dan penuh rayuan, tangisan akan berhenti. Waktu pakai baju "Kenapa asek sekolah je? " "Sekolah tu bukan nya best pon"

Pandai komplen dah. Huhu. Long way to go. You have to go to school sampai umur 17tahun tau tak. 

Sekarang baru 4 tahun. Jangan la anak mama cepat bosan pergi ke sekolah. Kalau mama tak kerja pon, u still have to go to school. Mama tak konfiden nk conduct HomeSchool sendiri lagi.

Waktu sampai depan pintu tadika, drama lagi. Menangis tak mau ditinggalkan. Yang duduk dalam stroller tu pon dh pandai cebik-cebik nak nangis bila mama passkan dia pada cikgu. 

Yang baju hijau request mama angkatkan beg dia bawak masuk sampai dalam kelas. Sampai la abes semua ritual saying bye-bye (salam dan cium tangan, saling cium pipi mama-anak) baru la dilepaskan mama pergi. Kalau tertinggal satu, kompom menangis tak hengat. 

Yang baju bola, takmo keluar dari kereta. Tak nak tanggal selipar. Cakap nak balik rumah dulu. Huhu.

Kekadang sebak je hati ni bila start keluar dari perkarangan tadika. Tapi kalau diikutkan ragam mereka, alamatnya mama tak sampai la ke opis. Bila tanya cikgu, lama ke dorang menangis. Cikgu bagitahu sekejap je. Dah tak nampak mama dorang boleh je main/belajar dgn kawan-kawan.

OK itu melegakan kegundahan mama.

Saya ceduk tips daripada blog Ayu utk rujukan saya sendiri dalam menangani kerenah anak-anak saya.

1.selalu amalkan baca 'Ya Latif' sebanyak 7 kali dan dihembuskan kat kepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak tidur...

2.kita kena sabar bebanyak...pendekatan moden sekarang ialah jgn menangan anak...tapi slow talk dan pujuk lebih baik disamping byk berdoa pada Allah mintak dilembutkan hatinya.

3. bangun pagi..peluk anak sebanyak 3x. usapkan kepala & berselawat sambil berniat di dlm hati(bergantung pd niat kita utk si anak)

4. baca al-fatihah,lbaca surah taha ayat 1-5..dan kemudian baca doa NABi DAUD sebyk 3x"YA ALLAH LEMBUT KAN HATI ANAKKU (SEBUT NAMA)..SEBAGAIMANA ENGKAULEMBUTKAn NABI DAUD AKAN BESI" dan hembuskan makanan/minuman atau kalau anak masih menyusu..hembuskan pada susu.

5. Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya-Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19, surah as-Syura bermaksud: “Allah Maha Lembut kepada hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.” Sebaiknya dibaca selepas Subuh iaitu dibaca pada pada air pada semua botol air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.

6. Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200, surah Ali Imran bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang. Semua ini insya-Allah adalah doa pelembut hati.Begitu juga, Surah Toha ayat 1-8, surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam kegiatan lain seperti ketika menemani anak menelaah buku dan membaca al-Quran.
 
Insya allah saya akan cuba amalkan. Pendekatan rohani memang amat membantu dalam bidang keibubapaan ni. Semoga saya dan suami berjaya menjaga dan mendidik anak-anak menjadi manusia yang berguna.
 

Sakitnya gusi saya

Ini lah dia kesan-kesan follow up treatment gigi tadi.

Sakit huwaaaaa!

Tadi, perkara pertama doktor buat adalah membuang kesan-kesan tampalan lama yang masih bersisa. Dan juga membuang nanah yang ada digusi. Then last sekali doktor masukkan ubat dan buat tampalan sementara. Dia cucuk ubat directly ke akar lah kot. Tapi tadi tanpa bius. Sebab tu rasa bisanya sampai ke otak nih. Masa dia dok korek-korek lagi kesan treatment lama kt gigi saya, rasa ohhhh sakit doktor sakittt!

Doktor memang bekalkan saya dgn MC, tapi balik je opis ada kerja kena buat. Tambah lg 'kerja sampingan' saya yg perlu di entertain. Rasa macam kalau balik kompom tak terbuat semua tu. Balik rumah mesti tidur punya. Maka saya stay saja kt opis sambil merenung kertas MC itu.

Dan sekarang saya adalah berdenyut-denyut tahan sakit sambil tahan mata mengantuk sambil juga berasa happy sebab sesuatu yang saya order dah hampir siap. Multitasking haha!




Root Canal Treatment : Follow up

Mana doktor ni? Janji 10.30am.

Skang dh 10.30 am la ni.

Hari ni doktor plan utk cuci gigi dan buat tampalan sementara. Yeay! No more kapas dalam geraham.

Boleh la mkn dgn lebih selesa.

Published with Blogger-droid v1.7.4

Lunch di Grill Asia

Ni pinggan saya. Pinggan org lain lebih kurang juga.
Banyak kan lauk saya amek. Kalau la makan kt mana-mana kedai area Kota Damansara, agak-agak berapa rm tokei kedai caj saya?

Tp saya cuma bayar rm9.70 saja. Bukan takat nasik n lauk2 ni je. Lepas abes yg ni, saya bangun pi amek buah pulak. Amek juga sedikit spageti olio dan air bandung sbb air teh tarik saya dh abes. Saya dh kenyang, jadi saya takmo la membazir pi amek soto ayam pulak. Food and drinks seme tu hanya rm9.70.

Best kan.

Hehe bukan senang nk makan murah skg ni kan?

Yang sebenarnya, tempat saya makan ni tgh buat promosi. Kalau takde promosi, saya pon takkan dtg sini. Ofcourse sebab harganya yg ehem ehem.

Pandaila tokei dia buat marketing strategi mcm ni sebagai daya penarik. Asalnya Grill Asia ni sediakan Western buffet. Mungkin sbb ramai yg berperut melayu takmau menyinggah, jadi dorg come out la idea ini.

Berbaloi-baloi utk kedua dua pihak.

So kalau kawan2 nak try, jemputla ke Dataran Sunway. Tp on weekdays saje ye.

Promosi buffet masakan kampung rm8.90. Campur tax jadilah dia rm9.70.

Published with Blogger-droid v1.7.4

Byebye yang lama, welcome yg baru

Selamat tinggal HP, welcome Dell. AMek ajelah stok yg ada walaupon Dell gedabak beratnya nk kendong bawak balik.

Request replacement laptop sebab saya dh duduk workstation baru. Malas nk angkut skrin PC kesini.

Skg tgh proses mentransfer files dari HP ke Dell.

Happy working all!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Root Canal Treatment

Malam tadi pi carik klinik gigi. Niat nak tampal gigi yang dah lama tertanggal tampalannya tu. Ada kot almost 2years dah terbiar gigi tu tertanggal tampalan. Very take for granted pasal gigi kan. Last sekali jumpa doktor gigi adalah pada tahun 2007. Skg ni dah 2011. Huhu lama giler kan!

Lama jugak tunggu doktor buat treatment pada patient sebelum saya. Hampir sejam gak la menunggu.

Tetiba nama dipanggil "Cik Norliza..mari masuk"  kelasss kau, cik dia panggil saya. Tapi bila pambantu doktor tu nampak 3orang anak saya yang berderet-deret tu saya terdengar dorang ketawa sambil "Itu puan laa..bukan cik!" Hehe.

So masuk je bilik treatment, baring la dekat kerusi sambil mengadap skrin TV. Dan lampu terang diatas kepala. Doktor tanya ape kes. Cerita la nk tampal. Sekali dia cek situ cek sana, dia kata kena buat root canal treatment. Terus siap-siap bagi harga.

Since kompeni kesayangan hamba tu boleh claim dental, maka saya setujukan saya gigi ini di'surgery' kan oleh doktor. Kalau tak leh claim, maunya saya tutup mulut cakap takpelah doktor saya nak balik umah pikirkan dulu.

Haa ni dia gambar step by step yg Doktor kerjakan keatas gigi saya.


Doktor spray bius terus kebas pipi ni. Then dia cucuk plak gusi saya dgn 2 injection bius lagi. Dah tu bila dh kena bius, ntah apa yg dia korek kt gigi geraham saya tu mmg tak tak terasa sakit pon. Lenguh je sebab terpaksa menganga lama.

Malam tadi, abes segala tampalan lama doktor buang sebab nk masukkan ubat direct to the root. Lepas tu, doktor biarkan je berlubang. Khamis nanti baru dia buat tampalan sementara. Bulan depan baru buat tampalan sebenar.

Boleh bayangkan sekarang gigi geraham saya sedang berlubang mcm gambar kedua dan ketiga tu. Bila nk makan, doktor suruh saya letakkan kapas agar makanan tak terselit dan tertinggal dalam lubang tu. Oh seksa. Seksa sebab takut tetiba tertelan kapas. Sudahnya kompom saya lunch lauk kapas haha!

Lagi satu yg sungguh kelakar. Lepas sejam treatment barulah saya boleh makan. Malam tadi mintak Abg belikan bihun sup. Kelakar sgt sebab saya try sedut mihun dengan bibir yang masih kebas dan tak dapat ditutup sepenuhnya. Dh menjejeh-jejeh jatuh sup dari bibir saya. Sesekali saya tergigit jugak daging bahagian dalam bibir saya tu. Nasib baik tak gigit sungguh-sungguh. Kalau tak mau nya luka.

Nasib baik la pagi ni dh tak rasa kebas dah. Cuma rasa sukarnya nk makan dengan kapas dalam lubang gigi ni.


si comel mama

Comel tak?
Published with Blogger-droid v1.7.4

Langsung dari myTab

Yang ni testing tengok ada signature ke idak. Bak kata mekchu dalam komennya td hihi
Published with Blogger-droid v1.7.4

Teman Baru

Ni la dia teman baru saya.. ermm actually bukan saya sorang pon.

Masa kt rumah, dia teman baik semua orang. Papa, Hannah dan Hadif pon suka kawan ngn dia. Alhamdulillah ada rezeki sket, maka papa pun dgn baik hatinya menunaikan hajat si isteri nk memiliki smartphone :)



Indah perasaaan mempunyai teman baru ni.

Boleh pulak Hannah buat permohonan kt mama malam tadi ~Boleh tak Hannah bawak laptop mama yg kecik tu pegi sekolah. Hannah nk main Angry Bird dengan kawan Hannah~

Haha~ Jawapannya of course CANNOT!



Testing testing 1234

Salam pagi Sabtu.

Saya sedang test test test heheh

Jumaat ku blur

Saya rasa amat blur di kala ini. Tak tau nak buat apa. tak tau nak update apa. Kerja opis pon baru terbuat 2-3jenis saje. Hihi mood sudah ke laut gitu. Yang pasti makan je dh complete. Haha!!

Dah makan kuih karipap, dah makan lontong opismet bawak dan minum air bergelas-gelas..petua menghilangkan blur kot. Sapa nk apply dipersilakan la ye. Tapi jgn overdose, cik lemak banyak, jgn marah aii..

Saya cuma sedang berfikir pasal ini


dan juga ini:


Btw, happy wiken to all of u. Hope kita sama-sama isikan wiken yg sgt berharga ni dgn aktiviti yg berguna bersama ahli keluarga. Gitu dia pesanan khidmat masyarakat dari mommalydzar..

Cik Hilda Marissa : New Skill

Budak kecik sorang ni dh dapat skill baru.



Semalam, sampai je rumah, macam biasa letakkan dia dekat ruang tamu sambil mama terus keluarkan botol-botol EBM untuk disimpan. Ternampak dia berjaya mencapai toy yang ada tak jauh dari tempat dia meniarap.

Berbulan-bulan lamanya cuma reti meniarap, then tergolek-golek dan akhirnya dapat juga dia maju ke depan membawa badan yg tak berapa nk berat tu. So skill baru ni dia dapat dipenghujung usia 6bulan. Esok dh masuk 7bulan dah..

Mama suka tengok. Dalam masa yg sama risau juga. Ermm risau sebab dia bakal jadi pengemop lantai. Mop dgn baju, sambil kutip anything kt lantai dengan tangan lalu membuangnya dengan masukkan kedalam mulut. Standard la budak-budak dgn skill ni.

Owh lagi satu skill cik Hilda yang nk kena recordkan dalam blog mama ni, adalah skill terjaga dari tidur setiap kali dia perasan mama takdek kt sebelah. Sekarang nk buat kerja waktu malam, amatlah susah sebab cik Hilda nk mengempeng je.

So mama tukar la jadual waktu kerja ke waktu pagi. Jadual anjal gitu. Hari-hari bangun pagi jam 5pagi pulak. Masa tu lah, masa utk masak bubur cik Hilda, masa nk sidai kain, masa nk gosok baju dan packing beg sekolah. Tak sampai pon 10minit mama buat kerja ada suara menjerit dari dalam bilik. Tak lain tak bukan, si dia yang tak boleh tak nampak mama tu lah.

Kesudahannya, mama amek ringsling kaler oren, babywear the budak kecik dan terus buat kerja. Janji kerja siap. Mama takdek masalah nak bangun tidur sebab alhamdulillah badan memang bertenaga sebab amalkan supplement. Lagi-lagi bila makan ostematrix, memang cergas je. Hahah sempat promote gitu.

Di akhir kata, quote of the day :P Sekian terima kasih

Jika anda sering keletihan amalkanlah  Ostematrix 

pssstt : tetiba karangan lari tajuk!

psssstttt : eh eh hari lah 13 haribulan kan? Laaaa..maknanya hari ni la cik Hilda dh masuk 7 bulan. Boleh plak mama ingat esok hihi

Bercerita dengan Doktor

Tadi saya bawak Hannah ke klinik lagi.. Saya sebut Lagi sebab last week dah pegi..then hari ni pegi lagi..

Dah almost seminggu dia demam. Tapi demamnya waktu malam je. Macam baby-baby pulak kan? Hehe. Apa yang kami buat, bagi makan ubat demam dan jaram kepala dan pelipat dia dgn air Basic H. Dulu guna air asam jawa, skg sejak dh berkenalan dengan produk Shaklee, harusla seisi rumah guna barangan Shaklee.
Alhamdulillah, bila dah tuam dan jaram dgn air Basic-H tu, suhu badan turun dan dia boleh kembali tidur.

Kt sekolah, cikgu kata dia ok je..tak demam pon.

Dekat klinik tadi, saya pon cerita aje lah apa yang berlaku. Doktor kata tonsil belah kanan Hannah masih merah. Tp dada clear takdek bunyi kahak. Then Doktor tanya saya, nak up kan dose antibiotik atau tak? Saya blur..Doktor tanya mama ke? Hahhaha..mama yg blur just reply, saya ikut apa doktor advise je lah.

So Doktor kata, dia takmo upkan dose antibiotik sebab nk bagi sistem immune Hannah meningkat dengan sendiri. Doktor just suruh teruskan bagi makan ubat demam. Dia tanya if Hannah ada consume Vitamin C. Mama senyum. Of course la ada Doktor. Doktor tanya, brand apa yang mama bagi. Dengan senyum manis la mama proudly tell her, jenama Shaklee. So Doktor suruh teruskan bagi Hannah vitamin C tu, 2 biji setiap hari.

Bila Doktor sebut pasal immuniti, terus saya teringat yang Shaklee memang ada produk immune booster. Fungsinya utk meningkatkan imuniti sistem orang-orang yang kerap demam, selsema dan batuk. So saya tanya kt Doktor if kanak-kanak seusia Hannah dh boleh ambil atau tak.

Rupanya Doktor ni pon pengamal suplemen Shaklee. So dia tau cerita Vitamin-C yang agak masam sebab ia adalah dari sumber semulajadi. Doktor cerita dia masukkan Nutriferon (immune booster Shaklee tadi) dalam food atau icecream anak-anak dia. Doktor pecahkan Omega Guard dan suap pada anak-anak dia.

Seronok pulak saya bersembang pasal vitamin dengan dia. Kalau boleh nk sembang lama, tp maklumla Doktor kan tengah kerja. Ramai patient tunggu kt luar tu. So saya pon sedar diri hihih!

Insya allah, lepas ni Hannah akan start Nutriferon pulak selain Mealshake dan Vitamin C. Omega Guard dia tak suka, so Hadif sorang yang conquer.



My SOHO

Saya tak pernah terfikir yang saya akan terjebak dalam berbisnes pon waktu sekolah or zaman belajar dulu. Yang saya angankan, lepas abes belajar dapat kerja makan gaji. Tiap-tiap hujung bulan ada duit dalam akaun. Kerja best-best gaji pon best.. kononnya lah kan..

Ye lah kan zaman belajar, belum tau betapa hebatnya saingan dlm pekerjaan. Membayangkan yang indah-indah saje. Bila dh grad, dapat lah segulung ijazah tu. Berkonvo bersama pakwe ecececeh.. Bermula lah episod mencari kerja. Bukan senang rupanya. Masa tu, nak dapat peluang dipanggil interview daripada permohohan di Jobstreet adalah agak limited. Mayb sebab masih baru grad. No experience, Pointer pon tak setinggi Gunung Kinabalu. Kompetitor memang ramai.

Setahun saya bekerja di bidang pengkeranian di bumi Kuala Lumpur ni. Kerja sajalah apa yang dapat sebab saya takmau duduk menganggur di kampung. Dalam masa setahun ni, mmg gigih setiap hari apply kerja kt Jobstreet dan website yang seumpama dengannya.

Ermmm, rasa macam panjang pulak kalau nk cerita sejarah saya kerja tu. Pendekkan teruslah pasal SOHO saya ni..Boleh gitu hihih

So selepas hampir 4bulan berkecimpung dalam bisnes Shaklee dan Trial Pack, saya persembahkan My Small Office Home Office. ~ MySOHO.



Masih kecil lagi warehouse saya ni, dan saya target 3-level racking ni akan menjadi Wall Mounted Racking memenuhi ruang bilik kecil yang saya allocate utk simpan semua stok saya.

Ada kawan bertanya, anak-anak tak kacau ke opis saya ni. Buat masa sekarang, mereka memahami. Sesekali masa saya tengah bekerja, mereka akan duduk sama-sama sambil memerhatikan mama. Mungkin satu hari nanti, mereka bakal meluaskan lagi empayar yg mama dh set-up nih :) Siapa tahu kan..

Apa yang saya jual? Bagi yang baru singgah ke sini, saya menjual makanan kesihatan a.k.a vitamins daripada Shaklee.  Anda boleh lawati blog Kedai Triple-S untuk bacaan lanjut. 



Antara produk yang saya jual. Sesuai untuk semua golongan. Menjaga kesihatan kaum lelaki dan wanita, Tidak ketinggalan warga tua dan kanak-kanak. Fokus juga diberikan kepada golongan yg berusaha mendapatkan anak, ibu mengandung, berpantang  dan ibu menyusukan baby.

Bagi yang pernah membeli produk-produk ini, saya akan terus mengforwardkan promosi-promosi yang menarik utk anda. Konsultasi tentang penggunaan produk saya berikan secara percuma. Anda boleh terus keep in touch dengan saya. Anda yang masih belum pernah mencuba, boleh la emailkan saja pada saya apajua kemusykilan anda. Saya tak lokek ilmu punya :)

Terima kasih tak terhingga saya ucapkan kepada semua customer yang telah membeli daripada saya. Kerana andalah saya semakin kukuh berdiri :)

Hannah Marissa 1st School Trip

Akhirnya, dalam pada mama debor nk lepaskan Hannah..

Sabtu lepas, bangun pagi timing sama macam nk pergi sekolah. Kena berkumpul kt taska jam 7.30pagi.
Ramai juga yang ikut rombongan ni. Untuk kelas 4tahun, hanya 4 orang saja yang join. Yang lain-lain dari kelas 5 tahun, 6 tahun, transit dan juga ada tadika lain tumpang berombongan.

2 bas digunakan dalam trip ni. Destinasi adalah kilang Domino Pizza, Pusat Sains Negara dan jugak Sunway Interactive Zoo.


Ni dia aksi budak takut-takut kena tinggal dek mama and papa. Actually dia jadi agak meragam macamni, sebab kami tunggu dia. Bila disuruh berkumpul dan buat barisan cikgu nak kira attendance dia ajak mama join sekali. Haih! Bila mama tunggu kt luar, dia mula menangis.

Kalau mama just drop dia, mungkin dia tak begini. Tapi of course la mama nk tunggu dan tengok apekah aturcara majlis semua kan.



Lepas mama pujuk, tak jalan..papa take over. Tak jalan jugak sebenarnya. Lastly mama cakap kt papa, kalau sampai time naik bas pon dia nangis lagi, kita cancelkan trip dia ni. But if time naik bas dia OK, dia boleh proceed the trip. Rugi la kan kalau tetiba tarik diri. Sebab dh bayar RM60. Banyak tu kalau dipersia-siakan dengan peel macam ni.


Sambil-sambil tunggu cikgu kira attendance, datang pulak 2 orang cikgu taska ~yang jaga Hilda~ sembang-sembang dgn mama. Dalam masa yang sama dorang dok pujuk Hannah. Yang akhirnya dorang berjaya membuat Hannah ceria dan terus nak pegi beratur dengan kawan-kawan dia. Rupanya cikgu bgtau dia yg dorang nk pergi main taman kt dalam KFC..hihihi! OK good job done cikgu berdua. Tengs ye!


With her BFFs. Biha dan Sara. Balik-balik memang nama kawan berdua ni lah dia cerita kt mama after school. Tengok tu, dh boleh senyum dah.

Dalam bas, sibuk lambai-lambai kami. Most of the kids pon melambai kt parents memasing. Macam nk hantar anak pegi oversea kekdahnya hehehe..

Dan beransurlah mereka menuju destinasi. Dorang balik jam 6.30pm nanti.

Demi nak pujuk Hadif yang nk ikut kakak, kami tunaikan la permintaan dia. Nak breakfast bubur nasik dekat McDonald. Mama mintk dia tukar menu ke roti canai, dia tak mau. Layankan aje.

Then pergi ke kedai carik barang-barang dan free gift utk bisnes Kedai Triple-S mama.


Kakak naik bas, Hadif naik motor BESTkt Giant KD.

Okeh dah jam 6.30pm, jom kita pegi amek kakak.



Waktu balik, turun dari bas dia terus join beratur. Tak pegi pon dekat mama yang betul-betul dekat depan pintu bas. Hohohoooo confident level dah tinggi la tu. Plus lagi dgn perasaan excited dan seronok berjalan-jalan. 2 orang cikgu yang berjaya pujuk dia pagi tadi, datang dekat mama bgtau report.

"Dia seronok sgt berjalan kak. Orang lain menangis tengok dinasour, Hannah tak nangis pon. Dah dpt jalan, tak ingat mama dah"

Balik rumah sampai la kehari ni, masih lagi potpet pasal Domino Pizza ~hannah buat pizza tp hannah tak makan pon pizza tu, Hannah makan KFC je~, pasal dinasour ~dinosour tu dia makan darah~, pasal ZOO ~monyet, zirafah, gajah tp semut takdek pun kt zoo ~

Next time mama nk pegi jugak la tempat-tempat Hannah pegi tu.


 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®