Penjual Durian Si Penipu

Entah ktmana iklan si Hannah tengok malam Jumaat lepas. Tetiba je buat permohonan nk beli durian kt mama. Since mmg dh ajak papa pegi pasar malam kt Subang Perdana, so mama pon bg jawapan kt dia 'OK'

Dari dalam kereta sambil carik parking dh nampak pakcik jual durian. Sukahati lah anak mama yg sorang ni. Ronda kejap carik makanan utk diner, dan kami pon terusla menuju kt pakcik jual durian.

Papa tanya harga. Tak agak-agak pakcik ni, terus nak bagi sebijik durian yang paling besar saiznya. Papa taknak, dia tunjuk yang saiz kecik sket but stil besar. Pakcik tu punya stok durian besar-besar belaka takpon kecik-kecik je. Takdek pon saiz yang sedang-sedang saja. Pakcik tu kopek sket durian yang papa pilih dan tunjukkan kt papa. OK papa setuju amek yang tu.

Tapi ntah kenapa dia letakkan durian yang papa dah pilih kat tepi, dan pegi tebuk durian yang paling besar ~yang dia pegang awal-awal tadi~ ..tebuk besar OK. dan terus timbang. RM48 kata dia.

Mak oiii!! Giler ke apa pakcik ni. Sebijik sampai RM48. Mama geram je dan cakapla kami tak pilih yang ni. Kenapa tak bagi yang tadi. Dia kata durian yang papa pilih tadi isinya keras. Padahal papa dh testing sendiri pegang isi durian tadi.

Bila mama ala-ala taknak amek durian tu, pakcik tu kata takboleh laa sebab dia dh tebuk. BONGOK betul pakcik tu!! Tapi papa kata its OK dan mintak tawar sikit. Dapatla kurang jadi RM45.

Memang dasar penjual PENIPU dan JAHAT kan! Hangin betul rasanya masa tu Tapi nk argue banyak-banyak pon tak guna. Pakcik BENGONG tu pegang parang kontot. Huhu!

So kepada Hannah, lain kali jangan request durian kt pasar malam lagi ye. Terjumpa penjual yang TAK GUNA macam ni, abesla rabak poket papa and mama.



11 words from u:

MAMASUE said...

isk!nak mkn pun dah potong stim...geraamm je kang everytime tgk durian tu....

kemma said...

geram je ekk...sbaikla dpt pembeli yg ok...klo stgh org, pakai tinggal camtu je..baru padan muka penjual tu..nk kaya cepat sgt kn..

Hanis Azla said...

tak patut betul.. dengar pun rasa sakit hati.. takpe lydzar, tak berkatnya dia berniaga mcm tu..

AzMask said...

Tu ler pasal... pas ni tak nak lalu pasar malam Subang Perdana lagi dah... Memanglah kita nih dah terkena...

Atia Adina said...

ee...peniaga ni teruk betul...nak kaya cepat agaknya....ish...sakit ati jer

e.l.i.s.s.m.i.e said...

memang bengang laa jumpa peniaga menipu mcm ni. me selalu beli durian dah siap kopek kat tesco aje...hehehe. siap bleh tawar lagi.hahaha

Kancilbiru said...

pasni mesti tutup kedai la orang tu kalau asyik menipu ja.. kena sumpah dek customer...

ayu said...

mana boleh macam tu kan...tak patut betul la..

wahida said...

siot je kan tak bagi kita beli yg kita pilih...alih2 dia tebuk lain terus suh beli lak..apa kes??

mmg siut!!

akuzle said...

baca pon sakit hati. x smpt eks amek gambo gerai n pacik tuh...pakat boikot, hampehzz!

Iela Fazielah said...

sakit hati kan.. tp tulah.. benda mkn.. last2 kena mkn dgn redho..tp mahai tu..rm45....huhu

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®